Seharian..

Tuesday, September 11, 2012

Uhuk..uhuk...
Panasnya badan!
Sah demam! Haaaaa....baru jejak KL semalam, dah demam? aigoooo....
Seharian semalam...
Saya naik public transport je... Rasanya habis semua public transport tu saya naik dalam satu hari tu.. bangun pagi ni, terus demam! Dasat tul!..
Semalam, dari Alor Setar ke Kuala Lumpur... saya ambil flight. Air Asia je. Yang tambang murah tu. Ikutkan schedule, flight saya pukul 8.35am. Dari rumah, memang berdesuplah nak g airport tu kan.. Takut gate closed! Sampai Airport Sultan Abdul Halim tu, jam pukul 7.55am. Good! Memang betul-betul 20 minit sebelum gate closed. 1st time tu nak naik flight dari airport sultan abdul halim tu. And honestly, tak tahu pun dekat mana balas perlepasan and kastam semua bagai.
Tengah gelisah sebab tak tahu gate mana nak tuju, dengaqlah ada annoucement..
"Penerbangan dari AOR ke KUL ditunda disebabkan cuaca yang tidak menentu di Kuala Lumpur."

Amek kau! Tunda! Sejam! Maknanya, kena tunggu flight dari Kuala Lumpur ke Alor Setar dulu. Fuhhhh.. Menunggu jelah. 9.40 dapat pengumuman untuk on board. Around 9.55am barulah flight to depart. Dan sampai di LCCT pukul 10.55am hampir 11am jugalah. Sebabnya, bila masuk langit kuala lumpur boleh nampak langit kelam, awan yang tebal. Bergegar jugalah flight tu, compared masa berada atas kedah + perak.

Dari LCCT, terus pergi beli tiket KLIA transit. RM12.50. Dapat tiket tu, terus naik shuttle bus yang menanti. Sebab nanti, shuttle bus tu akan berhenti dekat Salak Tinggi. For us to take the ERL. Naik pula ERL sampai KL Sentral. Lepas tu, naik Putra LRT untuk ke Stesen Damai. Lepas tu, ambil teksi pergi ke UTM.. Muahahaha... Sampai awal, masuklah lab kejap kan? huhuhu.. Around 3.30pm, balik kolej. Naik bas kolej. Lepas tuuuuuuu......

Bukan nak rehatkan? Boleh pula g ambil teksi pergi LRT Sri Rampai untuk ke SOGO. Matlamatnya, bukan SOGO tapi Jalan TAR. Nak ikut mereka berjalan-jalan. Nak ke SOGO kena turun dekat Bandaraya. Tapi sebelum tu kena tukar dari Putra LRT ke Rapid. Muahaha... Pointnya? Habis semua kenderaan awam saya naik dalam satu hari!

Aeroplane -> Shuttle Bus -> ERL -> Putra LRT -> Teksi -> Bus -> Teksi -> Putra LRT -> Rapid!
Sampai dekat KLCC, tekak rasa semacam je.. adoi! ini tanda-tanda nak demam ni! huhuhu.. Sampai kolej, terus g beli panadol. Lepas makan je, terus telan panadol. Dan tido! Pagi-pagi dah rasa badan lain macam. Panas! Sakit kepala! Tekak sakit! Terbaiklah pakej tu. Dalam separuh sedar tu, cari towel kecik. Nak tuam kepala. Tak boleh biarkan. Kipas memang tak slow dah. biar lelaju. Comforter tolak tepi. Bagi haba tu keluar dan tak terperangkap! 

Alhamdulillah.. la ni dah ok sket. Panas pun dah berkurangan. Sakit tekak still ada. Sakit kepala dah ok sket. Rehat sket lagi, boleh sihat sepenuhnyalah nanti.. Sambil-sambil tu nak buat keje. huhuhuhu...

Haaaa... ada banyak cerita dan gambar yang tertunggak. Nanti ada free time, edit gambar dan story! Doakan saya cepat sembuh ye! ^^,

Dah lama tak demam!
 



1 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

bayar hutang naik public transport dlm 1 hari?heheehhe...gempak!