Makannnn jeeee..

Sunday, September 2, 2012



Take it or leave it. Deal or die.. Muahaha.. Selamat Pagi Ahad.. Eh, dah nak dekat tengah harilah!! Hehehe.. Buat adik-adik yang sedang menuju ke pusat pendaftaran universiti masing-masing, "Selamat bergelar Mahasiswa Universiti!!!"..

Urmmm.. dekat bawah tu pun mesti ramai juga. Walaupun tak seramai yang mendaftar dekat UTM Skudai nun, tapi ramai jugalah sebab lebih dari 2 orang.. Hahaha.. Welcome to KSJ. Welcome to UTM KL and specifically, Welcome to MJIIT my dearest adik-adik. Belajar di tengah-tengah ibu kota ni sangatlah mencabar ok! Tapi, apa-apa pun jangan mudah terleka dan terhanyut dengan arus perdana sekeliling kita ni. Hidup kena sentiasa merendah diri. Sebab tak selamanya kita akan menongkat dunia. Betul tak?

Ahah.. motif gambar dekat atas? Hehehe.. hasil rembatan 31st August hari tu. Makanan. Makanan. dan makanan. No wonderlah berat semakin bertambah kan? hehehe.. Lepas je makan steamboat BBQ dekat Seaoul Garden, kitorang berjalan tanpa arah.. Muahaha.. sedor tak sedor, sampai ke Gombak dah eh. Kalau tak u-turn, silap hari bulan sampai bentonglah jawabnya! Hahaha...

Masuk MRR II. Kononnya nak pergi Hutan Lipur Ampang. Kami berdua ingatnya exit nak ke hutan lipur Ampang tu dekat Zoo Negara. Masuklah exit Zoo Negara. Rupa-rupanya banyak benor rumah mewah belakang Zoo tu rupanya! Eheh.. tak sangka i. Keluar dari Zoo Negara, terus lagi ikut MRR II tu. Nampak Taman Ukay apakebenda ntah, lalu Bukit Antarabangsa.. Wahh..selama ni tengok dalam TV je.. Sekali dok KL, tak jauh ghupanya tempat-tempat tu.. Memang berbukit bukau pun. Rumah semuanya stock ada security jaga kat depan tu. Hebattt...

Eh, bukan itu motipnya. Dek kerana jam dah pun pukul 6.15pm, kitorang decide untuk balik jelah. ikut Jalan Ampang. Tapi, bila dah masuk Jalan Ampang ni, tetiba rasa nak singgah KLCC pula! Muahaha.. Dah alang-alang keluar, kenapa tidak kan? Terus pesongkan direction. Mencari parking KLCC yang berdekatan dengan Masjid Asyakirin tu. Jam pertama, RM2.50. Kenapa g KLCC? Macam biasalah..cari makan! nak beli barang, mana mampu der!..

Apa kebendanya makanan yang di cari? Haaa.. seperti gambar di atas. ingatkan nak beli Nasi Ayam Penyet AP dekat signature tu, tapi tetiba rasa perut kenyang lagi dek minum petang dengan Oreo Cool Blog Vanila tadi. Sudahnya beli Octopus Takoyaki dekat Cold Storage dengan snack dekat Auntie Anne's. Sedap.. Dinner dengan itu je. Ha! ternampak pistachio ni.. atau nama glamernya Kacang Cerdik, lepas makan terus cerdik! Hehehe.gurau je..

Suka makan kacang ni. Memang rembat sebekaslah kan? Boleh buat snack dekat bilik ni.. Eh, dah pukul 10.30++.. kejap lagi nak keluar cari makan dekat cafe bawah nun.. Selamat Tengah hari!! Selamat mendaftar!!..
 




0 comments: