Segmen : TAHUKAN ANDA!!!!

Saturday, September 29, 2012


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan
Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahay) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
Perkara yang menyebabkan bertambah daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Inilah segmen TAHUKAH ANDA!!!!! yang saya peroleh daripada majalah maktab tahun 2001.. Muahaha... Dasat tak? Masih simpang sampai sekarang tu.. Orang yang gagal dalam melaksanakan 5S itulah saya! Hehehe.. suka sangat nak menyimpan.. Susah benor nak amalkan konsep sisih dan buang. Ngeee.. Apa-apa pun, Selamat membaca!!!..
 



0 comments: