Tajuk : Solat Kebaikan dari Perspektif Sains
Penulis : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok
Penerbit : Universiti Malaya
Check List diri sendiri :
1) Anda mengerjakan ibadah solat yang dituntut ALLAH cukup 5 waktu;
2) Anda Solat 5 waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat yang lain;
3) Anda solat 5 waktu + solat-solat sunat dan anda hafaz setiap ayat yang dibaca dan faham
maknanya.
4) Anda Solat 5 waktu + solat-solat sunat tetapi anda tidak menghafal dengan lancar ayat
dan surah yang dibaca.
5) Anda nak solat 5 waktu pun kadang-kadang tak cukup apatah lagi nak kerjakan solat
sunat dan menghayati setiap ayat yang dibaca dalam Solat.
Penulis mulakan dengan persoalan untuk anda dan penulis sendiri check list diri sendiri. Tak perlu menghebahkan jawapannya. cukup sekadar diri sendiri yang mengetahui. Pernah tak kita terfikir hikmah yang ada disebalik setiap pergerakan dalam solat yang telah disusun indah oleh ALLAH? Pernah tak kita terfikir, kenapa perlu adanya rukuk dan sujud? apa relevannya semua ini dengan fizikal tubuh badan kita yang diciptakan ALLAH?
Sebuah kajian dan penyelidikan telah dibuat di UM. Kajian untuk membuktikan kepada masyarakat betapa Solat itu sangat indah aturannya. Dan kajian ini telah dilakukan dengan mengambil sampel pemuda-pemuda yang terbahagi kepada beberapa golongan yang penulis sebutkan di atas.
Menggunakan peralatan perubatan seperti ECG bagi mengukur Cardiac beat, EMG bagi mengesan electrical signal transmit from muscle during perform solat, and EEG bagi mengesan brain wave ketika solat. Hasil penyelidikan mereka jelas membuktikan bahawa keadaan kesihatan, degupan jantung, signal brain wave serta rintangan yang sekaligus membawa kepada level kesihatan seseorang yang mengerjakan solat sangat berbeza dengan mereka yang sering meninggalkan solat.
Pernah tak diantara kita yang mengetahui bahawa kedudukan ketika sujud merupakan kedudukan yang paling baik untuk jantung kita mengepam darah. tika ini, kadar degupan jantung berada di tahap yang paling rendah kerana jantung berkedudukan lebih tinggi daripada otak kita. itulah sebabnya mengapa kita sering diunjurkan untuk sujud dengan lebih lama. Penulis tidak mahu mengupas dari sudut agama kerana penulis pasti, penerangan lebih panjang.
Kenapa ini terjadi?
Itulah yang akan dikupas lewat sebuah buku ini. Malah penulis juga mendapat tahu bahawa dengan menunaikan solat secara sempurna dari sudut pergerakan dan bacaan akan memberikan kita kesihatan yang lebih optimum. Rintangan dalam badan seseorang yang mengerjakan solat dengan seseorang yang gagal menyempurnakan solatnya juga berbeda.
Penulis menyarankan sahabat-sahabat penulis untuk membaca buku ini. sayangnya, penulis tidak memiliki buku ini.. makanya, penulis tidak dapat meminjamkan kepada sahabat-sahabat yang berminat. Penulis sekadar membaca buku ini sewaktu menziarah seorang teman di UPM.
p/s :-
Kepada teman-teman satu course yang sedang sibuk menyiapkan PB-Lab, berminat nak buat kajian menggunakan circuit ciptaan kalian? 8 kumpulan yang sedang berusaha menyiapkan 4 projek iaitu ECG, EMG, EEG dan EOG. Kesemua ni, boleh digunakan kalau ada yang berminat nak mengkaji kebenaran yang tertulis lewat buku ini.
Apa bezanya brain wave seorang yang sedang khusyuk solat dan brain wave orang yang tidak khusyuk menunaikan solat....ataupun mengira electrical impulse send by nervous system bagi seseorang yang menunaikan solat dengan pergerakan yang sempurna dengan orang yang pergerakkannya tidak teratur....atau pun melihat kadar dengupan jantung orang solat yang akan berubah dari awal solat sehingga memberikan salam....('o,').. Lebih real dari sekadar membaca...('o,')
0 comments:
Post a Comment