Showing posts with label Kupasan buku. Show all posts
Showing posts with label Kupasan buku. Show all posts

Bedah Buku : Lembutkanlah Hatimu

Saturday, January 22, 2011


Pengarang : Amaluddin Mohd Napiah
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn Bhd

“Hati diibaratkan sebagai enjin yang ada di dalam sesebuah kenderaan. Enjin ialah komponen terpenting bagi sesebuah kenderaan itu. Andainya enjin kereta itu berada dalam keadaan baik, maka kondisi kereta itu dikira amat baik. Sebaliknya, jika enjin bermasalah dan asyik semput, maka besarlah masalah kereta itu dan akan membabitkan tuan punya kereta sekali.

Enjin kereta akan bermasalah dan mengalami kerosakan jika tuannya bersikap “bermalas-malas” untuk menjaga dan melakukan “servis” ke atas keretanya. Panduan atau “manual” yang diberikan tidak diendahkan. Jadual penukaran minyak hitam tidak diambil pusing. Kebocoran minyak hitam tidak dipedulikan. Air tidak diisi secukupnya. Kita semua tentu dapat meneka dan mengagakkan apakah risiko yang bakal berlaku akibat kecuaian dan pengabaian itu.

Demikianlah juga halnya hati yang menjadi “enjin” atau lantera kehidupan manusia di dunia ini.”

Itulah sebahagian daripada intipadi penulisan Ustaz Amal di dalam buku setebal  216 muka surat itu. Penulisannya lebih ringan dan mudah difahami. Ustaz Amal turut menggunakan situasi semasa sebagai bahan bual bicaranya. Membaca ruangan mukaddimah sahaja sudah cukup menarik. Membuatkan kita terasa hendak meneruskan lagi pembacaan. Hati dan akal adalah dua komponen yang berbeza. Walaupun terdapat perbezaan mendapat dalam menyatakan fungsi hati, namun seperkara yang pasti adalah HATI adalah sumber asal kehidupan seluruh anggota termasuklah otak. Malah ada hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa kesejahteraan jasad lahiriah dan fikiran di hubungkaitkan dengan hati.

Selain itu, buku ini turut mengupas tentang kepentingan Azan dan iqamat yang dialunkan di telinga si anak saat dilahirkan di bumi yang fana ini. Apa yang terjadi bilamana Azan itu diswastakan? Apa yang dikatakan sebagai Penswastaan Azan? Bilamana azan yang dialunkan bukan datang dari suara si ayah sebaliknya dengan bantuan pelbagai teknologi masa kini. Alangkah sedihnya si anak yang baru lahir itu saat mendengarkan azan yang diswastakan itu.

Sedekah. Satu amalan yang mulia tetapi ramai yang tidak memahami erti sedekah. Sedekah yang diiktiraf islam ialah mempelajari sesuatu ilmu yang bermanfaat, kemudiannya mengajarkannya pula kepada mana-mana saudara seagamanya dengan syarat ilmu itu bermanfaat untuk kehidupan duniawi mahupun ukhrawi dan diredhai oleh Allah S.W.T. Jangan hanya melihat sedekah itu dalam bentuk kewangan mahupun keselesaan materialistik tetapi perkongsian ilmu itu juga satu sedekah. Ini sesuai dengan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

“Sedekah yang paling utama ialah seorang Islam yang mempelajari ilmu kemudian ia mengajarkannya pula kepada saudaranya (yang muslim).” (Riwayat Ibnu Majah)

Ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan sebaliknya akan terus bertambah. Bukankah itu suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan? Medan untuk kita bersedekah terbuka luas.

Untuk pengupasan yang lebih menarik, saya anjurkan kalian semua untuk membaca naskah ini. Sejujurnya, ia sebuah naskhah yang menarik, mudah difahami, seiring dengan situasi semasa dan bersifat lebih santai. Selamat membaca..

Doa ini dipetik dari keseluruhan buku ini.

“ Ya Allah ya Tuhanku, mana-mana hamba-Mu, baik lelaki mahupun wanita yang menyayangi diriku dan berdoakan untuk keselamatanku, maka bimbing dan pimpinlah ia ke Jannatul Firdaus-Mu yang tinggi dan mana-mana hamba-Mu, baik lelaki mahupun wanita yang pernah menzalimi, mengumpat atau menfitnah diriku atau mengatakan sesuatu perkara yang tidak ada pada diriku, maka dengan lapang dada sepenuh redha memberikan kemaafan ke atas mereka setulusnya dan kuserahkan segalanya pada-Mu ya Allah.

Ya Allah! Perjalankan daku dalam kelompok hamba-Mu yang Mukminin dan Muttaqin.”

Keabadian Masa Dan Hakikat Takdir

Monday, May 17, 2010


Buku “Keabadian Masa dan Hakikat Takdir” ditutup rapat. Buku yang berasaskan fakta yang dibaca semula dua hari yang lalu akhirnya sampai jua ke muka surat terakhir. Kebenaran yang dirungkai membuatkan aku terfikir berulang kali. Andai benar apa yang dihujahkan lewat terbitan buku setebal 138 muka surat ini, sememangnya aku antara manusia yang berada dalam kerugian.

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..”

Kenapa aku katakan aku antara manusia yang rugi? Kerana aku antara manusia yang sering mengejar keduniaan. Manusia yang tahu bersyukur tetapi sukar untuk sujud kepada DIA yang satu. Penulisan Harun Yahya yang telah dialih bahasa ini sedikit sebanyak membuka ruang mindaku. Membuka mataku yang selama ini sering ditutupi kebendaan. Aku inginkan kemewahan yang pada hematku akan menjamin kehidupanku pada masa hadapan.

Aku sering idamkan banglo yang besar untuk keselesaan seisi keluargaku. Tetapi aku sering lupa untuk mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kehidupan hakikiku di dunia yang sebenarnya. Kehidupan di dunia realiti ini hanyalah sebuah pengembaraan dalam mengumpul bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal. Tapi, aku sebagai manusia biasa sering terlupa tentang fakta yang satu ini.
KEABADIAN MASA DAN HAKIKAT TAKDIR

Membaca tajuk, pada mulanya aku tidak menangkap apakah yang cuba disampaikan oleh penulis. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk membaca setiap rangkaian huruf yang membentuk ayat itu. Pada peringkat awal aku membaca, bagaikan sesak pemikiranku dengan 1001 fakta yang dihidangkan. Seakan tidak mampu dicernakan oleh kotak mindaku. Hasilnya, buku ini ku letak ketepi. Seakan tidak mampu untuk menghabiskan keseluruhan isinya. Dan hari ini, setelah empat hari berehat di rumah, aku manfaatkan masa-masa lapangku untuk menghabiskannya.

“Kepercayaan kepada satu dunia luaran yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah satu tindak balas yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik”

Inilah titik permulaan atau asas utama kepada kefahaman teks yang seterusnya. Sukar untuk memahami kalau kita cuba untuk mengekang kotak fikiran dari menerima sesuatu yang lebih meluas. Malah, dalam buku ini turut memuatkan petikan kata-kata dari saintis-saintis dan ahli falsafah berkenaan fakta yang dihujahkan. Penemuan sains membuktikan apa yang diceritakan di dalam kalam Allah itu. Penemuan yang kukuh untuk menyangkal falsafah ahli materialism bahawa kehidupan manusia adalah berasaskan kebendaan.

“Kita mempercayai kewujudan benda-benda hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia digambarkan kepada kita melalui persepsi atau tanggapan kita.”

Sebuah persepsi? Dalam erti kata lain, ia hanyalah imej yang terbentuk semata-mata mengikut prospek pemikiran kita. Andai objek, binatang, manusia yang terbentang di balik retina kita hanyalah sebuah persepsi semata-mata, apa pula yang akan menjelaskan kebenaran kepada lima deria milik kita? Sememangnya buku tulisan Harun Yahya ini mengupas isu ini dengan lengkapnya. Apa yang kita lihat umpama sebuah mimpi. Dalam maksud yang mudah, kehidupan kita di dunia luaran ini sebenar-benarnya adalah sebuah mimpi. Bila kita akan dibangkitkan dalam kehidupan yang abadi, hanya DIA yang mengetahui. Untuk lebih memahami isi yang hendak disampaikan ini, aku cuba memahami konsep mimpi saat kita lena.

Bila tiba waktu untuk beristirehat, pastinya tilam dan bantal menjadi sasaran. Mengharapkan mimpi indah menemani malam hari. Adakalanya, apa yang dimimpikan sangat indah. Sehingga tidak terasa untuk bangun dan keluar dari keindahan mimpi. Namun ada kalanya, mimpi yang dialami amat mengerikan. Seakan tidak mahu lena. Mengharapkan siang masih panjang.

Begitulah kehidupan yang sedang kita alami sekarang. Sangatlah rugi kalau masa yang ada tidak digunakan sebaiknya untuk mengumpul bekalan bagi kehidupan yang abadi. Bagi yang ingin memahami lebih mendalam, rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca buku ini. Sebuah buku hasil penulisan Harun Yahya. Andai saya tidak tersilap, buku Harun Yahya banyak yang diolah ke bentuk e-book.

Marilah membaca…Membaca amalan yang mulia…

Solat : Kebaikan dari perspektif Sains

Friday, February 5, 2010




Tajuk : Solat Kebaikan dari Perspektif Sains
Penulis : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok
Penerbit : Universiti Malaya

Check List diri sendiri :
1) Anda mengerjakan ibadah solat yang dituntut ALLAH cukup 5 waktu;
2) Anda Solat 5 waktu dan ditambah dengan solat-solat sunat yang lain;
3) Anda solat 5 waktu + solat-solat sunat dan anda hafaz setiap ayat yang dibaca dan faham
maknanya.
4) Anda Solat 5 waktu + solat-solat sunat tetapi anda tidak menghafal dengan lancar ayat
dan surah yang dibaca.
5) Anda nak solat 5 waktu pun kadang-kadang tak cukup apatah lagi nak kerjakan solat
sunat dan menghayati setiap ayat yang dibaca dalam Solat.

Penulis mulakan dengan persoalan untuk anda dan penulis sendiri check list diri sendiri. Tak perlu menghebahkan jawapannya. cukup sekadar diri sendiri yang mengetahui. Pernah tak kita terfikir hikmah yang ada disebalik setiap pergerakan dalam solat yang telah disusun indah oleh ALLAH? Pernah tak kita terfikir, kenapa perlu adanya rukuk dan sujud? apa relevannya semua ini dengan fizikal tubuh badan kita yang diciptakan ALLAH?

Sebuah kajian dan penyelidikan telah dibuat di UM. Kajian untuk membuktikan kepada masyarakat betapa Solat itu sangat indah aturannya. Dan kajian ini telah dilakukan dengan mengambil sampel pemuda-pemuda yang terbahagi kepada beberapa golongan yang penulis sebutkan di atas.

Menggunakan peralatan perubatan seperti ECG bagi mengukur Cardiac beat, EMG bagi mengesan electrical signal transmit from muscle during perform solat, and EEG bagi mengesan brain wave ketika solat. Hasil penyelidikan mereka jelas membuktikan bahawa keadaan kesihatan, degupan jantung, signal brain wave serta rintangan yang sekaligus membawa kepada level kesihatan seseorang yang mengerjakan solat sangat berbeza dengan mereka yang sering meninggalkan solat.

Pernah tak diantara kita yang mengetahui bahawa kedudukan ketika sujud merupakan kedudukan yang paling baik untuk jantung kita mengepam darah. tika ini, kadar degupan jantung berada di tahap yang paling rendah kerana jantung berkedudukan lebih tinggi daripada otak kita. itulah sebabnya mengapa kita sering diunjurkan untuk sujud dengan lebih lama. Penulis tidak mahu mengupas dari sudut agama kerana penulis pasti, penerangan lebih panjang.

Kenapa ini terjadi?
Itulah yang akan dikupas lewat sebuah buku ini. Malah penulis juga mendapat tahu bahawa dengan menunaikan solat secara sempurna dari sudut pergerakan dan bacaan akan memberikan kita kesihatan yang lebih optimum. Rintangan dalam badan seseorang yang mengerjakan solat dengan seseorang yang gagal menyempurnakan solatnya juga berbeda.

Penulis menyarankan sahabat-sahabat penulis untuk membaca buku ini. sayangnya, penulis tidak memiliki buku ini.. makanya, penulis tidak dapat meminjamkan kepada sahabat-sahabat yang berminat. Penulis sekadar membaca buku ini sewaktu menziarah seorang teman di UPM.

p/s :-

Kepada teman-teman satu course yang sedang sibuk menyiapkan PB-Lab, berminat nak buat kajian menggunakan circuit ciptaan kalian? 8 kumpulan yang sedang berusaha menyiapkan 4 projek iaitu ECG, EMG, EEG dan EOG. Kesemua ni, boleh digunakan kalau ada yang berminat nak mengkaji kebenaran yang tertulis lewat buku ini.

Apa bezanya brain wave seorang yang sedang khusyuk solat dan brain wave orang yang tidak khusyuk menunaikan solat....ataupun mengira electrical impulse send by nervous system bagi seseorang yang menunaikan solat dengan pergerakan yang sempurna dengan orang yang pergerakkannya tidak teratur....atau pun melihat kadar dengupan jantung orang solat yang akan berubah dari awal solat sehingga memberikan salam.
...('o,')..

Lebih real dari sekadar membaca...('o,')