Novel : I Love You Cikgu

Thursday, April 4, 2013

Hai all...

Hehehe... Ambil mood kejap.. Malam ni saya nak kongsikan satu novel melayu.. Haaaa... Jangan tak tahu..saya ni memang kaki novel... Segala jenis bentuk novel saya nak pulun baca.. Sama ada dalam bentuk hardware mahupun software. Eh? Apsal pelik sangat bunyinya???

Maksud saya hardcopy dan softcopy... Alahai.. Berbelit pula lidah ni haaa... Banyak-banyak buku memang saya layan habis novel melayu ni.. Novel inggeris memang tolak tepilah.. Bukannya apa..dah penat wei dok hadap journal paper dengan buku ilmiah yang berbahasa inggeris tu.. Siap boleh laju speaking english bila bad mood.. Muahaha...

Ok.. Novel yang saya nak review ni, tajuknya : I LOVE YOU CIKGU.
Secara keseluruhan memang best. Kelakar pun ado.. Sedih pun ada.. Sedih bila malam tu nikah, x sampai 24 jam suaminya meninggal dalam kemalangan jalan raya.. Whoa.. (T_T).. Kelakarnya bila lelaki muda kahwin perempuan tua (tp x lah tua sangat pun..beza umor 8 tahun je kot)..

Banyaklah kisah yang kelakor.. Nak tahu baca sendiri... Jap..nak kongsikan sinopsisnya.. Ini bukan select + copy +paste ek.. Ini versi taip sendiri guna touchpad handphone yang cinonet ni..

Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikan sebuah penantian??

Jeng..jeng..jeng...
Selamat malam semua..

Till then,
XOXO

1 comments:

UniMeOw said...

waahhhhh nak baca!!!kalo jumpa akan dibeli...:D