Bukan menggunakan mesin pengimbas kertas a.k.a Scanner dekat pejabat mahupun dekat bilik tu. Tapi dengan menggunakan Imbasan Kefungsian Magnetik Resonan. Eh, apakah? Bahasa mat salehnya fMRI. Functional Magnetic Resonace Imaging.
Eh, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~
Sihat tak? Kalau ada masalah di bahagian otak jom ikut saya buat ujian!
Eheh...
Hasilnya....
Eh.. Jap..jap...
Bila masa pula saya kata saya adalah masalah mental?
Choilah lu! Ceit!
Kalau masalah mental, jumpa psikiatri lah. Nak masuk dalam mesin transformer ni buat apa??
Kihkihkih...
Mesin transformer kau bagi nama Cik Sara???
Ok..ok..
Kenalkan kawan-kawan..
Inilah fMRI. Atau nama panjangnya seperti yang telah saya taip sebelum ini.
Selama hampir dua tahun jugalah berjuang untuk dapatkan kelulusan ethic bagi menggunakan mesin pengimbas otak yang satu ni..
Alhamdulillah...
Dengan izin ALLAH...
Kalau ada yang bertanya tentang research saya,
Inilah sebahagiannya..
Doakan urusan saya dan Kak Ena dipermudahkan..
Dan dapat siapkan penyelidikan kami mengikut jadual dan perancangan yang telah kami buat..
InsyaALLAH...
Al-kisahnya, ingatkan nak betulkan sequence antara stimulus dengan fMRI tu sahaja..
But then, En.Radiographer yang membantu kami tu cakap dah boleh try run on subjek.
A.k.a pilot study..
Dan kalau boleh yang tidak berkaca mata..
Sebab kalau rabun jauh, atau rabun dekat takut nanti tak nampak pula stimulus yang nak diberi..
Dan orang yang paling layak di situ, adalah saya!
Muahaha...
Kerana sayalah insan yang tidak berkaca mata dan tidak mempunyai masalah mata!
Maka masuklah saya ke dalam mesin transformer pengimbas otak itu.. (>.<)"
Takut.. gementar.. semuanya cukup lengkap...
Tapi bak kata En.Radiographer tu:
"Kalau awak sendiri tak yakin dengan mesin tu, macam mana awak nak yakinkan murid-murid sekolah yang nak jadi subjek awak nanti?"
Ok!
Fine!
Hambo tolak jauh-jauh rasa fobia tu..
Oh ya! Nak masuk dalam fMRI ni, make sure no metal with you. Bahaya..
Makanya,
Segala jewellery di leher dan tangan kenalah buka. Jam tangan juga. Pin tudung juga.
Tudung janganlah buka pula..
Pin tudung je yang dibuka..
Ceit!
Memula masuk, macam pening-pening lalat sikitlah. Mungkin sebab baru nak adapt dengan suasana dalam bilik MRI tu. Lepas few minutes, dah ok. Untuk 1st 5 minute, En.Radiographer suruh tenangkan diri dan dia buat Imbasan pertama. Kalau tak salah saya, image yang dihasilkan nilah yang dipanggil Stuctural Image.
Within 5 minute tu, memang bertendang sungguhlah.
Eh, bertenanglah!..
Lepas tu, baru mula dengan Imbasan otak ketika menjalankan pengiraan matematik secara congak di otak.
During this time, kena pastikan kepala kita tak bergerak. Kalau banyak movement, akan hasilkan artifact. Dan akibatnya, image tak boleh diguna pakai..
Jadi, memang statiklah kepala otak saya ni..
Punyalah lama tak buat mental calculation kan?
Soalan mudah pun rasa mencabar gila!
Hahaha...
It takes about 10 minit to complete the task..
Lepas habis je task dan Imbasan Otak tu, bolehlah keluar dari mesin transformer tu..
Hehehe.. Tapi, jujur.. Saya pening kepala sikit. Mungkin sebab mata terlalu fokus pada stimulus yang dipancarkan. Dan perubahan dari ruang linkup yang kecil kepada ruang lingkup yang besar..
So, macam pening-pening lalat sikit untuk mencari semula kestabilan diri untuk berdiri..
Tapi, so far.. Ok je lagi..
Memang tak ada negative side effect pun..
Even, i can drive to KLCC after finish our task there!
Pergi KLCC buat apa???
Wahhhh....
Empal penyet in the house!!!!!
My Favourite!!..
Lepas tu, tebus coupon yang Yan bagi hari tu...
Buy 1 and purchase the second one at RM3 only. In total, sorang bayar RM7.50 sahaja instead of RM11.00++.
Original Crusher kot.. Lupa dah..
Tak biasa sangat beli Boost Juice ni..
Selalunya beli Juice Works!
Kihkihkih....
Ok... Itulah pengalaman yang sangat menakjubkan bagi saya selama 20++ hidup di muka bumi ini...
Alhamdulillah..
Dulu berpeluang mengendalikan dan beramah mesra dengan mesin Ultrasound, dan kini dengan fMRI pula.. Mungkin di masa hadapan dengan EEG pula..
Doakan ya!
0 comments:
Post a Comment