Jom Kitar Semula

Sunday, April 14, 2013

Hai olls...
Assalamualaikum...

Ok.. Hari ni I keluar date dengan Mimito a.k.a pemilik blog Kerana Lily. Sebelum bergelar blogger, dia kawan saya. Hehehe... Lama kan dia tak update blog? Orang tengah busy tau!
Tapi hari ni, kitorang jumpa juga..


Sebab nak bersteamboat dan berbbq..
Mimito kata dia tak pernah jejak kaki lagi ke sini.. Jadi, saya bawakan..
Dekat mana?
Seoul Garden, KL Festival City!
Muahaha...
Hari ni ambil feeling Korean gitu..

Lepas tu kitorang jalan-jalan dalam KL Festival City tu.
Dan di ruangan tengah tu tengah ada pameran LOVING EARTH = LOVING SELF..

Memula, dari tingkat atas kitorang teruja tengok bumi ni:


Macam awesome kan?
Kreatif sungguh...
Lepas tu kitorang pun turun laju-laju sebab nak tengok apa lagi yang ada dekat situ..
Dan nampaklah ini:


Perghhhhh....
Kreatif kan?
Guna cardboard je.
Ada banyak lagi.. 
Nanti saya update gambar-gambarnya dalam blog lagi satu..

Yang paling menarik adalah....


Dari botol minuman kita boleh hasilkan tekstil baru!
Eco Scarf, eco shirt, eco tote bag, sport vest and even eco blanket!
Dan nak tahu?
Material yang dihasilkan itu mempunyai kualiti yang setanding dengan material tekstil yang lain. Sungguh!..

Jadi, kenapa perlu dibuang menjadi sampah yang akhirnya mengotorkan bumi kita?
Ayuh..
Kumpul dan hantar kepada mereka untuk dikitar dan diguna semula..
Kertas, Tin, Botol minuman, botol kaca semuanya ada kegunaan sekunder yang lain..
Bantu mereka untuk selamatkan bumi kita..

Nak tahu lebih banyak?
Kalau yang tinggal berdekatan, bolehlah datang ke pameran mereka yang akan diadakan sehingga 22hb April ini di KL Festival City..
Lihat dan rasainya sendiri..

 



3 comments:

UniMeOw said...

kan,,apa salahnya kitar semula..^_^

sdpnya stmbot!!!

Kaca Lensa said...

fewiitt.. dah masuk dlm list feveret ke sara? ;P dating berdua tu..jom kitar semula!! byk paper terpakai nih, hehe

Bella Isabella said...

hye awk, bella da follow awk. follow bella blk ae :)