Mr.Brownie cedera ringan

Thursday, May 9, 2013

Uhuk...
Rasa nak nangis je pagi semalam sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur..
Bukan sebab anak manja tak nak berpisah dengan mak abah...
Sebab bukannya tak biasa kan??
Eheh..

Tapi....
Rasa nak nangis bila tengok Mr.Brownie (Nisa Chik yang bagi nama!) cedera.. Dan rasa nak nangis bila bukan saya yang mengakibatkan kecederaan itu. Jauh sekali abah saya!

 

Astaqfirullah...
Allah.. bantu aku.. Jauhi aku dari sifat maki hamun dan caci-cerca...
Jauhi lidahku dari menyebut perkataan-perkataan kesat hanya kerana amarah menguasai diri....

Astaqfirullah...

Sedihhhhhh habaq kat hang!
Kereta yang dijaga dan dibelai hatta dibayar bulan-bulan disagat mereka yang tidak bertanggungjawab.
Hancur luluh!
 
Walaupun sedih, nak tak nak kena balik juga KL..
Banyak urusan yang belum selesai..
Tabah!
 Lepas brunch, bermulalah perjalanan pulang ke Kuala Lumpur...
Wilayah ilmu buat saya..

 

Berhabuknya kereta kamu cik Sara!!!
Eheh...
12:04 tengah hari. Tapi rasanya tepat pukul 12:00 tengah hari saya start enjin kereta. Ini sebelum keluar taman, baru teringat nak ambil gambar!
Hahaha...

Kononnya nak guna Touch & Go!
Sampai dekat Tol Pendang, tak boleh tambah nilai dekat lane tu. 
Redha je lah...
Touch kad tu, baki adalah dalan RM7.60..
Hahaha...
Nak sampai Sg.Dua berapa ringgit ye? Gasak jelah..
Sebagai langkah berjaga-jaga,
sampai je dekat Sg. Dua, saya masuk laluan Touch & Go dan Tunai.
Yelah kalau tak cukup yang dalam kad, boleh tambah external money.. Ye tak?
And as expected. Memang tak cukup pun!
Pendang ke Tol Sg. Dua adalah RM9.30 ye kawan-kawan..
Esok-esok kalau nak mai kenduri kahwin chek, sila take note!.. Eheh...

Makanya baki dalam kad adalah RM0.00. Terbaik!
Sampai Juru, dek kerana laluan Tunai dan Touch & Go sangat banyak kenderaan,
dan tetiba ada orang yang melambai-lambai dekat laluan Touch & Go, saya pun redahlah ke situ..
Ambil kad! Ada awek cun bagi..


Bermulalah perjalanan lebuh raya yang panjang itu.
 Sampai dekat Gunung Semanggol, berhenti kejap..
Buat apa yang patut.. Hahaha...
Nak isi minyak pun banyak lagi...
Oh ya!
Belilah Nescafe Latte dengan gula-gula mint..
Teman saya ketika memandu!
Weeeee....

Ha! Dekat sinilah saya jumpa beberapa buah trak polis yang dipenuhi dengan anggota polis!
Tak pelah...
Saya teruskan perjalanan...
Adalah hujan di satu dua tempat..
Lebat pula tu..
Huhuhu...
Sampai dekat mana ntah...
Sebelum terowong tu...
Terserempak pula dengan trak polis ni lagi.. Konvoi 5 biji guna lane kanan.
Tu diaa....
Line kiri dahler ada lori yang slow..
Dekat situ pula cuma dua lane je...
Sabau jelah...
Tetiba nampak ada kereta selamba je dia potong dan menyelit antara trak-trak polis tu..

Oh!
Boleh ek? Hahahaha...
Maka bermulalah aktiviti ala-ala minah rempit yang sedang kebosanan di atas lebuh raya itu..
Eh! rempit bukannya bawa laju pun.. 110-120km/h je.. Cuma adalah sedua kali macam tak sedar tertekan sampai 140km/h tapi cepat-cepat perlahankan semula kenderaan...
Jangan laju sangat bro!
Biar lambat asalkan selamat!
Hahaha...

Dan bermulalah episod yang macam kelakar pun ada...
Elok-elok dah potong trak polis tu, tetiba ada kereta dekat depan (lane kirilah takkan selamanya nak dok lane kanan kan?) slow.. Kita pun jadi slow..
Trak polis pun potonglah semula.. Aiseh...

70-80km/h atas lebuhraya yang tak berapa nak ada kenderaan tu sangat mengantuk ok kalau memandu seorang diri...
Apa lagi, cari kesempatan untuk memotong lagi trak polis tu!
Muahaha....
Bahagianya Saraaaa..

Dalam 4-5km sebelum terowong, hujan dengan lebatnya...
Jalan disitu macam ular kena palu ok!
Jadi, memang kena slow downlah..
Berhati-hati di jalan raya bro!
Kesian pula tengok encik-encik polis atas trak polis tu..
Pakat keluarkan baju hujan memasing...
Maklumlah..
Naik trak polis yang bumbung atas je tutup..
Kiri kanan terbuka..
Ha? Tak pernah naik trak polis?
Tak payah naik bro, tengok je dekat balai polis tu banyak..

Sampai je dekat Ipoh, terpisahlah dengan trak-trak polis tu..
Ikut perkiraan saya ada 10 buah kesemuanya...

Sampai dekat Simpang Pulai, saya berhenti sebab nak refill minyak.. Tinggal lagi dua bar je.. Kalau tak isi sesiap, nak sampai Sg.Buloh macam jauh lagi. Takut ado yang tolak kereta atas highway pula nanti...
 
Sampai dekat Tol Duta, mujurlah tak sesak lagi..
Juru - Tol Duta = RM43.30.
Terus masuk DUKE = RM2.00


Yesza!
5:20 tepat!
Saya sampai dekat hostel, Kolej Siswa Jaya, UTM.
Maknanya, 
Dari Simpang Pulai Sampai Kolej, habis dua bar minyak.

Secara total, penggunaan minyak untuk perjalanan jauh Alor Setar - Kuala Lumpur adalah full tank!
Approximately RM56.00

Now...
Back to KL..
Put your momentum back Sara!
 
 
 
 




2 comments:

Ann Ishak said...

time to mengadap buku pulak :)

aDisH.sHidA said...

eh 9.30 ke pendang sg dua..rasa akak 9.40...


kena sagat kat mana tu mr brownie