Showing posts with label KDH. Show all posts
Showing posts with label KDH. Show all posts

C.O.U.S.I.N.S

Thursday, August 15, 2013


 







Resmi Padi

Saturday, July 27, 2013

Ikut Resmi Padi...
Semakin berisi semakin tunduk ke bumi..

 

26hb Julai 2013
Sg.Korok, Ayer Hitam, Kedah Darul Aman

 



 

 



Mr.Brownie cedera ringan

Thursday, May 9, 2013

Uhuk...
Rasa nak nangis je pagi semalam sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur..
Bukan sebab anak manja tak nak berpisah dengan mak abah...
Sebab bukannya tak biasa kan??
Eheh..

Tapi....
Rasa nak nangis bila tengok Mr.Brownie (Nisa Chik yang bagi nama!) cedera.. Dan rasa nak nangis bila bukan saya yang mengakibatkan kecederaan itu. Jauh sekali abah saya!

 

Astaqfirullah...
Allah.. bantu aku.. Jauhi aku dari sifat maki hamun dan caci-cerca...
Jauhi lidahku dari menyebut perkataan-perkataan kesat hanya kerana amarah menguasai diri....

Astaqfirullah...

Sedihhhhhh habaq kat hang!
Kereta yang dijaga dan dibelai hatta dibayar bulan-bulan disagat mereka yang tidak bertanggungjawab.
Hancur luluh!
 
Walaupun sedih, nak tak nak kena balik juga KL..
Banyak urusan yang belum selesai..
Tabah!
 Lepas brunch, bermulalah perjalanan pulang ke Kuala Lumpur...
Wilayah ilmu buat saya..

 

Berhabuknya kereta kamu cik Sara!!!
Eheh...
12:04 tengah hari. Tapi rasanya tepat pukul 12:00 tengah hari saya start enjin kereta. Ini sebelum keluar taman, baru teringat nak ambil gambar!
Hahaha...

Kononnya nak guna Touch & Go!
Sampai dekat Tol Pendang, tak boleh tambah nilai dekat lane tu. 
Redha je lah...
Touch kad tu, baki adalah dalan RM7.60..
Hahaha...
Nak sampai Sg.Dua berapa ringgit ye? Gasak jelah..
Sebagai langkah berjaga-jaga,
sampai je dekat Sg. Dua, saya masuk laluan Touch & Go dan Tunai.
Yelah kalau tak cukup yang dalam kad, boleh tambah external money.. Ye tak?
And as expected. Memang tak cukup pun!
Pendang ke Tol Sg. Dua adalah RM9.30 ye kawan-kawan..
Esok-esok kalau nak mai kenduri kahwin chek, sila take note!.. Eheh...

Makanya baki dalam kad adalah RM0.00. Terbaik!
Sampai Juru, dek kerana laluan Tunai dan Touch & Go sangat banyak kenderaan,
dan tetiba ada orang yang melambai-lambai dekat laluan Touch & Go, saya pun redahlah ke situ..
Ambil kad! Ada awek cun bagi..


Bermulalah perjalanan lebuh raya yang panjang itu.
 Sampai dekat Gunung Semanggol, berhenti kejap..
Buat apa yang patut.. Hahaha...
Nak isi minyak pun banyak lagi...
Oh ya!
Belilah Nescafe Latte dengan gula-gula mint..
Teman saya ketika memandu!
Weeeee....

Ha! Dekat sinilah saya jumpa beberapa buah trak polis yang dipenuhi dengan anggota polis!
Tak pelah...
Saya teruskan perjalanan...
Adalah hujan di satu dua tempat..
Lebat pula tu..
Huhuhu...
Sampai dekat mana ntah...
Sebelum terowong tu...
Terserempak pula dengan trak polis ni lagi.. Konvoi 5 biji guna lane kanan.
Tu diaa....
Line kiri dahler ada lori yang slow..
Dekat situ pula cuma dua lane je...
Sabau jelah...
Tetiba nampak ada kereta selamba je dia potong dan menyelit antara trak-trak polis tu..

Oh!
Boleh ek? Hahahaha...
Maka bermulalah aktiviti ala-ala minah rempit yang sedang kebosanan di atas lebuh raya itu..
Eh! rempit bukannya bawa laju pun.. 110-120km/h je.. Cuma adalah sedua kali macam tak sedar tertekan sampai 140km/h tapi cepat-cepat perlahankan semula kenderaan...
Jangan laju sangat bro!
Biar lambat asalkan selamat!
Hahaha...

Dan bermulalah episod yang macam kelakar pun ada...
Elok-elok dah potong trak polis tu, tetiba ada kereta dekat depan (lane kirilah takkan selamanya nak dok lane kanan kan?) slow.. Kita pun jadi slow..
Trak polis pun potonglah semula.. Aiseh...

70-80km/h atas lebuhraya yang tak berapa nak ada kenderaan tu sangat mengantuk ok kalau memandu seorang diri...
Apa lagi, cari kesempatan untuk memotong lagi trak polis tu!
Muahaha....
Bahagianya Saraaaa..

Dalam 4-5km sebelum terowong, hujan dengan lebatnya...
Jalan disitu macam ular kena palu ok!
Jadi, memang kena slow downlah..
Berhati-hati di jalan raya bro!
Kesian pula tengok encik-encik polis atas trak polis tu..
Pakat keluarkan baju hujan memasing...
Maklumlah..
Naik trak polis yang bumbung atas je tutup..
Kiri kanan terbuka..
Ha? Tak pernah naik trak polis?
Tak payah naik bro, tengok je dekat balai polis tu banyak..

Sampai je dekat Ipoh, terpisahlah dengan trak-trak polis tu..
Ikut perkiraan saya ada 10 buah kesemuanya...

Sampai dekat Simpang Pulai, saya berhenti sebab nak refill minyak.. Tinggal lagi dua bar je.. Kalau tak isi sesiap, nak sampai Sg.Buloh macam jauh lagi. Takut ado yang tolak kereta atas highway pula nanti...
 
Sampai dekat Tol Duta, mujurlah tak sesak lagi..
Juru - Tol Duta = RM43.30.
Terus masuk DUKE = RM2.00


Yesza!
5:20 tepat!
Saya sampai dekat hostel, Kolej Siswa Jaya, UTM.
Maknanya, 
Dari Simpang Pulai Sampai Kolej, habis dua bar minyak.

Secara total, penggunaan minyak untuk perjalanan jauh Alor Setar - Kuala Lumpur adalah full tank!
Approximately RM56.00

Now...
Back to KL..
Put your momentum back Sara!
 
 
 
 




427km to the north

Tuesday, April 30, 2013

Assalamualaikummmmm...

Hai olllssss!!!
Eheh... Bersiaran dari aloq staq kedah... Awesome!

Heavennya dapat balik rumah.. Tengok wajah bonda dan ayahanda.. Makan masakan rumah.. No more air tangan Indon! Eheh...

Nak tau dak? Chek balik Aloq Staq pagi semalam. Puas dok golek-golek atas katil, end up chek ajak adik-adik bangun mandi and kitorang gerak pukul 4:30 pagi.. Kihkihkih... Setyle... Tak pernah buat sebelum ni..

Mujur pak guard kolej tak banyak tanya, kalau tak chek tak taulah nak jawab apa. Eheh...

Sampai ja dekat Tapah, betui masuk subuh.. Berhenti kat situ untuk rehat.. Pakat sambung tidoq balik sampailah matahari terbit.. Muahaha...

Perjalanan dari KL ke rumah.. Menggunakan lebuhraya utara selatan. Puasss...

Masuk dekat Tol Duta, exit dekat Tol Juru. Lepas tu masuk semula Tol Sg.Dua dan exit dekat Tol Pendang. Dari Tol Pendang nak ke rumah saya dah tak jauh mana. Sebelum sampai rumah, saya berhenti dekat Petronas Kota Sarang Semut nak full tank semula tanki minyak yang dah tinggal satu bar tu. Eheh...

Eh, gambaq tu saya snap petang tu.. Sampai ja dkt umah tak teringat nak snap.. Letih sgt.. So, petang tu sebelum kereta gerak semula, cepat2x saya snap gambaq... Kihkihkih...

And now, i'm officially at home and prepare to vote! Vote! Vote!

Otak yang diimbas....hasilnya...

Sunday, April 14, 2013

Bukan menggunakan mesin pengimbas kertas a.k.a Scanner dekat pejabat mahupun dekat bilik tu. Tapi dengan menggunakan Imbasan Kefungsian Magnetik Resonan. Eh, apakah? Bahasa mat salehnya fMRI. Functional Magnetic Resonace Imaging. 

Eh, Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~

Sihat tak? Kalau ada masalah di bahagian otak jom ikut saya buat ujian!
Eheh...
Hasilnya....


Eh.. Jap..jap...
Bila masa pula saya kata saya adalah masalah mental?
Choilah lu! Ceit!
Kalau masalah mental, jumpa psikiatri lah. Nak masuk dalam mesin transformer ni buat apa??

Kihkihkih...
Mesin transformer kau bagi nama Cik Sara???
Ok..ok.. 
Kenalkan kawan-kawan..
Inilah fMRI. Atau nama panjangnya seperti yang telah saya taip sebelum ini.
Selama hampir dua tahun jugalah berjuang untuk dapatkan kelulusan ethic bagi menggunakan mesin pengimbas otak yang satu ni..
Alhamdulillah...
Dengan izin ALLAH...
Kalau ada yang bertanya tentang research saya,
Inilah sebahagiannya..
Doakan urusan saya dan Kak Ena dipermudahkan.. 
Dan dapat siapkan penyelidikan kami mengikut jadual dan perancangan yang telah kami buat..
InsyaALLAH...

Al-kisahnya, ingatkan nak betulkan sequence antara stimulus dengan fMRI tu sahaja..
But then, En.Radiographer yang membantu kami tu cakap dah boleh try run on subjek.
A.k.a pilot study..
Dan kalau boleh yang tidak berkaca mata..
Sebab kalau rabun jauh, atau rabun dekat takut nanti tak nampak pula stimulus yang nak diberi..
Dan orang yang paling layak di situ, adalah saya!
Muahaha...
Kerana sayalah insan yang tidak berkaca mata dan tidak mempunyai masalah mata!

Maka masuklah saya ke dalam mesin transformer pengimbas otak itu.. (>.<)"
Takut.. gementar.. semuanya cukup lengkap...
Tapi bak kata En.Radiographer tu:
"Kalau awak sendiri tak yakin dengan mesin tu, macam mana awak nak yakinkan murid-murid sekolah yang nak jadi subjek awak nanti?"

Ok! 
Fine!
Hambo tolak jauh-jauh rasa fobia tu..
Oh ya! Nak masuk dalam fMRI ni, make sure no metal with you. Bahaya..
Makanya,
Segala jewellery di leher dan tangan kenalah buka. Jam tangan juga. Pin tudung juga.
Tudung janganlah buka pula..
Pin tudung je yang dibuka..
Ceit!

Memula masuk, macam pening-pening lalat sikitlah. Mungkin sebab baru nak adapt dengan suasana dalam bilik MRI tu. Lepas few minutes, dah ok. Untuk 1st 5 minute, En.Radiographer suruh tenangkan diri dan dia buat Imbasan pertama. Kalau tak salah saya, image yang dihasilkan nilah yang dipanggil Stuctural Image.
Within 5 minute tu, memang bertendang sungguhlah.
Eh, bertenanglah!..

Lepas tu, baru mula dengan Imbasan otak ketika menjalankan pengiraan matematik secara congak di otak.
During this time, kena pastikan kepala kita tak bergerak. Kalau banyak movement, akan hasilkan artifact. Dan akibatnya, image tak boleh diguna pakai..
Jadi, memang statiklah kepala otak saya ni..
Punyalah lama tak buat mental calculation kan?
Soalan mudah pun rasa mencabar gila!
Hahaha...
It takes about 10 minit to complete the task..
Lepas habis je task dan Imbasan Otak tu, bolehlah keluar dari mesin transformer tu..
Hehehe.. Tapi, jujur.. Saya pening kepala sikit. Mungkin sebab mata terlalu fokus pada stimulus yang dipancarkan. Dan perubahan dari ruang linkup yang kecil kepada ruang lingkup yang besar..
So, macam pening-pening lalat sikit untuk mencari semula kestabilan diri untuk berdiri..
Tapi, so far.. Ok je lagi..
Memang tak ada negative side effect pun..
Even, i can drive to KLCC after finish our task there!

Pergi KLCC buat apa???
Wahhhh....


Empal penyet in the house!!!!!
My Favourite!!..

Lepas tu, tebus coupon yang Yan bagi hari tu...


Buy 1 and purchase the second one at RM3 only. In total, sorang bayar RM7.50 sahaja instead of RM11.00++.
Original Crusher kot.. Lupa dah..
Tak biasa sangat beli Boost Juice ni..
Selalunya beli Juice Works!

Kihkihkih....
Ok... Itulah pengalaman yang sangat menakjubkan bagi saya selama 20++ hidup di muka bumi ini...
Alhamdulillah..
Dulu berpeluang mengendalikan dan beramah mesra dengan mesin Ultrasound, dan kini dengan fMRI pula.. Mungkin di masa hadapan dengan EEG pula..
Doakan ya!
 
 
 



Jom buat semakan..

Wednesday, April 10, 2013



 

Parlimen : Kuala Kedah
Dun : Pengkalan Kundoq

Jujurnya, saya tak tahu siapa yang bakal bertanding bagi kedua-dua pihak..
Dah tahu nanti, kita buat background study yok!
Lepas tu kita pergi dekat lokaliti dan membuang undi!..
Yeay!

Anda dah semak?

Akhirnya...
Buat julung kalinya saya bakal mengundi.. Yeay!
Semoga ALLAH permudahkan urusan kita..

p/s: Lebat weiiii hujan dekat luaq tuuu.. Chek nak balik kolej.. Nak makan.. lapaq.. Tapi hujan macam tak memberi tanda untuk berhenti.. Huhuhu...
p/s/s: Oh ye! Lagi dua nama tu, nama mak dengan abah saya.. Mak kata ye tak dapat surat dari SPR dan tak tau kena mengundi tang mana.. Itu yang saya buat semakan sekali..

 
 





Let's VOTE!




Weee...
Tunggu apa lagi?
Let's go home and VOTE!!
Tunaikan kewajipan anda sebagai rakyat Malaysia..
Jangan dok sembang kencang dalam Facebook, twitter, dan kedai kopi ja..
Kita mainkan peranan..
VOTE for our Future!!

Nak undi siapa?
Kalau cakap pasal manifesto,
Tak dinafikan, kedua-dua pihak punya manifesto memang gula-gula untuk rakyat..
Not a big deal..
Sama ada laksanakan janji itu atau pun tidak, itu urusan yang berjanji dengan ALLAH..

Sebagai rakyat Malaysia, dan semestinya sebagai seorang MUSLIM...
Ayuh kita buat pilihan yang tepat..
Semoga ISLAM terus dimartabatkan di bumi Malaysia..
Semoga Hak-hak istimewa Melayu masih diangkat di bumi Malaysia..
Semoga...semoga..dan semoga...

Ayuh kita lihat dengan mata hati..
dan pemikiran yang lebih terbuka..
Jangan terlalu taksub..

Let's Fly Home to Vote..
Eh, saya tak fly kot.. No money.. Berdesup balik dengan Mr.Elegance kot..
Pheewwitt..
"You mesti dah rindu nak balik kampung halaman kan?.. Let's go home my love!"

5hb Mei 2013
Save the Date!



Jalan-Jalan cuci mata.. TWO TONES in actions!

Tuesday, March 12, 2013

Kalau bab berjalan, nombor satu!
Tak payah tanya banyak... Laju je nak ikut!
Hehehe..

Bila zaman berubah, macam dapat hobi baru pula..
Camwhore.. Instagramwhore..
Actually, what does whore means ek?


Dah alang-alang bertapak di bumi Kuala Lumpur ni, baiklah kita jejak satu persatu tempat yang menarik di Kuala Lumpur ni. Ye tak? Dulu 4 tahun duduk JB, puas juga atuq tempat. Tapi ingat nak berjalan ke JB lagilah. Nak pergi JPO dengan LEGOLAND! Al-maklumlah, 4 tahun dulu dua destinasi ni tak siap-siap lagi.

Eh, comotnya muka! Abaikan.. Janji hati riang. Betul tak?


Dapat ambil feeling ala-ala tourist gitu. First time jejak Pusat Sains Negara. Bukan setakat jejak, first time drive ke sana juga. Banyaknya dinosourrrrrr... Bila pergi Pusat Sains Negara ni, terus jatuh rindu dengan Pusat Sains dekat Korea dulu. What's the name? Gwancheon National Science bla..bla..bla.. Ala! Tak ingat! Ok. Kumpul duit, pergi semula.. Ngeee...


 Adoi! Macam tak de kerja pula kan? Walau hakikatnya terlalu banyakkkkk kerja. Lagi gambar? Err.. Kena g beli tudung bawal two tones yang barulah.. Kihkihkih...
Eh, entrie ni bukan nak jual tudung bawal two tones ok! Tak buat part time job pun..
(y) peace yaw!

Tapi kalau dapat stok tudung bawal two tones lagi pun awesome juga. Pink+baby blue dah. Orange+ people pun dah. Pink +hitam dah.. Yellow+hitam pun dah.. Haa.. Green+ black pun dah.. Ha! Dark Purple+light purple pun dah.. Maybe nak cari warna merah, blue or etc pula..

Eh, sekali lagi! Ini bukan entrie nak jual tudung bawal two tones! =D
Fokus asal adalah, jom berjalan-jalan melihat alam. Banyak lagi tempat menarik untuk di lawati di negara kita ni.

p/s : Al-Fatihah buat parajurit muda yang gugur di Sungai Nyamuk, Lahad Datu dalam peperangan pagi tadi. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..



Done!

Monday, February 18, 2013


O namae wa ....... desu..
Douzo Yoroshiku Onegaishimasu!
 
Hari ni mula belajar bahasa jepun kembali.
KEMBALI!
Maksudnya.. sebelum ni dah belajar. tapi ditinggalkan tanpa ada apa-apa praktikaliti. 
Yang mengajar, seorang pensyarah MJIIT. 
FOC!
No exams!
But hopefully in few years lates, could take JLPT exam..
Wish for that..
Ameeennn...
 
 
Lepas habis kelas, bawa kereta pergi Proton Service Center dekat Jalan Pahang. Yang paling hampirlah tu. Ye lah.. tak puas hati kot.. Kereta baru lagi dah keluar bunyi pelik-pelik bila brek. Gusar hati nak tidoq malam! Hahaha...
 
Nice service! Sampai je, technician Proton SC tu jemput di pintu.. Hahaha.. Tanya nak service kereta ke? Haruslah tak. Sebab baru je service hujung tahun lepas. Tak cukup mileages lagi. I told him, i wanna you to check my brek. Ada bunyi bila tekan brek.
 
Lepas dia buka-pasang kembali tayar, dia ajak test drive. Hahaha... He drive!
"Tak ada bunyi lagi kan?"
 
Angguk..angguk..
"Ok.. saya tak dengar bunyi lagi.. Tapi nanti kalau bunyi lagi?"
 
"Tak da hal. Bawa mari. Service percuma saja.."
 
Okkk...
"Tapi kenapa bunyi? Brake drum dengan brake disk saya ada masalah ke?"
 
"Oh tak ada.. Itu HABUK sahaja."
 
"Betul ni brake drum dengan brake disc saya ok? Tak ada masalah?"
 
"Betul. Ini kereta baru lagi. Nanti next service you boleh minta diorang tengok juga kalau ada bunyi lagi.."
 
"Ooooo... ok! Thanks ya!"
 
Dalam setengah jam dah siap. Tak ada bunyi lagi. FOr this moments lah.. Tapi ingat nanti balik aloq staq nak suh ye check betul-betul.. Hahaha.. saja nak menyusahkan orang dekat Proton Service tu. I beli barang dengan you, belum pun sampai 6 bulan i pakai dah berbunyi haruslah i mahukan perhatian lebih! hahaha... Next service 11 000km. Sekarang baru 9093km. Nice eh? ada lagi 1907km.. Fuiyoooo...
 
That's all.. Jom sambung siapkan all those "tertunggak" workload!
  



7 1/2

Tuesday, January 29, 2013

Assalamualaikum!
Hye ollss!!

Hot fm kini sudah menjangkau usia 7 tahun! Tahniah HOT FM!. Tapi ini tak ada kaitan pun dengan tajuk dekat atas tu.. =P

7 1/2 jam! 7 1/2 jam untuk sampai ke Rawang. Dari mana? Dari Aloq Staq! Fiuuu... Mujur kereta Auto. Kalau manual, mahu pengsan hari ni!. Niat hati nak balik KL hari ni.. kihkihkih.. Nak skip tak mau masuk lab lerr tu... Tetapi, perancangan berubah. Zassss...
Abah ada kerja dekat Rawang + Shah Alam. Dalam erti kata lain, abah pun nak turun KL juga. Ok! Please take note that, KEDAH TAK CUTI ye hari isnin itu! Jadi, pagi tu abah pergi pejabat dulu. Sementara saya bawa mak pergi Mydin Hypermate untuk beli beras+minyak+gula+susu untuk kenduri kawan mak(Sistem Kut ni.. lain kali i story!)

Nak dijadikan ceritaaaa...
We all gerak dari rumah pukul 3.30petang macam tu lah. Well said, from pendang until Sg.Dua, traffic quite good! Oh ye! Saya konvoi kereta dengan abah. Alang-alang abah nak pergi KL, baiklah saya balik sekali kan? Stay dekat rumah pun, mak dengan abah tak ada. Tak best. Kihkihkih..

Kesesakan traffik mulai terserlah bila masuk Seberang Jaya untuk tembus ke Tol Juru. Kereta memang dah banyaklah. Dari Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur memang banyak main lane kanan. Kononnya nak laju plus kereta banyak.. Tapi end up, lane kanan lagiiiii slow! Lane kiri pula yang laju.. Hampeh!
Konvoi dengan abah, memang selalulah kena tinggal. Dah kalau saya main 110 - 120 je.. abah main sampai 140! Mahu tak tertinggal? Kihkihkih.. Tapi tak kisah.. Highway je kot.. Tertinggal cenggitu tak ada hallah. Bila lepas je sempadan kedah (Bandar Baharu), memang jalan totally jammed! Tak ada maknanya nak main 110 bagai.. Main brek adalah!


Kami berhenti dekat RnR Bukit Gantang. Fullamak!! Ramai sungguh umat manusia. Tapi, alhamdulillah.. dipermudahkan untuk dapat parking kereta. Makan-makan isi perut dulu.
I'm not sure where is Sayong. Tapi kalau tak salah, masa ni baru keluar RnR Bukit Gantang. Sesakkkkkk... Kereta pula tak nak bagi laluan untuk kita masuk walaupun dah bagi signal. Grrrrr...

Dan dari sini bermulalah traffic congestion yang menguji kesabaran.
Oh abah! Sebab tu lah angah nak balik hari ni (Selasa).. kihkihkih... Nak kata ada kemalangan, minor accident tu adalah. Yang major tak ada. Tapi, traffik tetap perlahan. Dari Bukit Gantang nak sampai ke Simpang Pulai...Fuhhhh.. Tak taulah chek nak habaq. Sampai ja kat Petronas Simpang Pulai, berhenti sat.. Nak buat urusan kecil! Kahkahkah.. Alang-alang dah sampai Petronas, full tank baliklah minyak. Walhal, banyak je lagi minyaknya! Tak kira..tak kira.. Nak buat urusan kecil pun kena beratur! Punyalah ramai umat manusia di atas lebuh raya semalam!



  Ha! Tu dia.. Dekat Pukul 11pm sampai Rawang. Kalau teruskan perjalanan ke Tol Duta, gamaknya kena merayu-rayulah dengan pak guard kolej untuk masuk sebab sampai mesti dah lewat. Lagi pun, abah yang ajak tidur kat Rawang. Sekali dengan emak dan adik. Hotel tu! Isy.. Lain kali je cerita..

Apa-apa pun.. Alhamdulillah..sebab tak hujan langsung semalam. Sekurang-kurangnya, perjalanan masih lancar kan? Pagi ni gerak dari Rawang. Sesak dekat SUngai Buloh sampai Tol Duta. Tapi 500meter sebelum bayar tol tu, lengang pula.. Kahkahkah..

Ok..sebelum mental breakdown sebab lama sangat dok atas highway, jomlah teruskan buat research!




Bercuti ke Cameron Highlands!

Sunday, January 13, 2013

Selamat malam.. Eh, belum nak tidur lagilah. Tapi..nak sambung kisah percutian ke Cameron Highlands yang entah berapa kali dah tertunda tak berkesambungan tu.. ahaks..

Nak sambung pergi MARDI Agrotech Park, Cameron Highlands pula. Destinasi wajib kalau dah panjat Cameron Highlands tu. Dari BOH Tea Plantation, we all naik balik ke Tanah Rata. Singgah sekejap dekat Cameron Bharat Plantations. Alang-alang dah nampak tepi jalan tu kan, singgahlah sekejap. Yang ini, tea plantation tepi jalan je. Tak payah nak penat-penat panjat bukit bagai. Dan kebanyakan orang memang lagi suka ke sini. Tepi jalan. mudah akses kata orang. Fullstop.

Dekat MARDI, nak masuk kena bayar ye. Kalau tak salah saya, dewasa RM3, kanak-kanak RM1.50 kot. Ala.. terlupa sudah. Bianata.. Dari pemerhatian saya, MARDI ni sangat luas! Patutlah abah tak mau singgah petang sebelumnya. Dah masuk tu, memang dilepas bebaslah. Pergilah mana pun nak pergi. Dan yang paling menarik perhatian retina mata saya, sudah tentulah ROS GARDEN! Awesome!


Banyaaaakkkk jenis bunga ros yang ada. Warna-warni. Saya suka! Eheh. Jatuh cinta di Cameron Highlands. .(^____^).

Selain tu, ada ladang anggur, ladang apple, ladang tomato. Tapi, unfortunately tak berapa nak nampak pun anggur dengan applenya. Yang saya nampak cuma buah tomato yang dah masak tu.. Nyum..nyum.. Rasa nak petik je sebiji! Eheh. Tapi, tak buleh..

Lepas tu, jalan-jalan lagi, jumpa Taman Herba Dapur. Waaa..gitu.. Dan mulalah terbayang.. Kalaulah aku ada Taman Herba Dapur ni dekat rumah sendiri satu hari nanti.. Kan best! Ada labu air, salad, cili padi, cauliflower, herbs yang pelbagai. ohsem! Rasa macam masuk taman dalam halaman orang!..

Dan jalan-jalan lagi jumpa pelbagai jenis orkid. Dan yang paling menarik perhatian saya orkid liar yang warna baby blue + purple tu. Cantik kan? In reality, saya nampak warnanya macam biru turqoise kehijau-hijauan sikit. Tak pe.. Yang pentingm cantik!.

Oh ye! Yang pasti, mestilah ada ladang strawberry, vegetable farm and etc. Tak rugi pun datang MARDI ni. sangat menarik pada retina mata saya..=D
 

Dari MARDI Agropark tu, saya dah tak ingat kitorang ke mana. Sebabnya, berhenti je dekat setiap destinasi masa on da way nak turun ke Simpang Pulai. Berhenti beli sayur-sayuran. Oh ye! We all borong je strawberry yang dah siap pack. Sebabnya...intai punya intai. Dah tak bergayut sangat pun buah strawberry dekat pokok. So, kalau nak petik sendiri macam tak berbaloi je. Plus, harga petik sendiri lagi mahal dari harga yang dah siap pack! Jadi, kita kena egonomiclah..~

Malam sebelumnya dah beli sayur-sayuran dekat Pasar Malam Brinchang tu. Ye lah, selonggok yang banyak tu baru RM10. Beli je lah. Simpan semalaman dalam bonet kereta pun bukannya nak layu. Segar bugar lagi ada. Tapi, sebelum balik Aloq Setaq, abah kata nak beli tambah. Nak bagi dekat atok nenek di kampung. Takkan nak bawa balik tangan kosong je kan??  


Dannn.. ini dekat Cameron Bharat Plantation menghala ke Simpang Pulai. Singgah sebab abah nak beli teh lagi. Saya, kakak dan adik-adik apa lagi.. pakat dok menggedixs ambil gambar lagilah. Tak masuk pun cafe tu tengok apa teh yang ada! Hahaha... Maaflah.. Saya lagi tertarik dengan environment dan view-view yang indah. Sebab tu kalau saya pergi holiday, jarang perhabis duit! Sebab lebih tertarik dengan panorama yang terbentang! Eheh.. 
 
Dan itulah dianya...Penutup kepada Kisah percutian di Cameron Highlands. For the first time, ini pengalaman yang sangat-sangat berharga. Since, i drive there by myself. Memang sangat-sangat mengujakan. Lebih mengujakan bila duit minyak dan tol, abah yang support! =D. Jadi, tak sampai seratus pun saya berbelanja dekat atas tu.
 
RM10 saya beli fridge magnet yang 4 biji RM10.
RM50 saya beli buah strawberry. Berapa paket ntah. 
RM25 untuk dua biji bantal strawberry yang saya letak dalam Mr.Elegance.
Baki beberapa puluh ringgit ntah, saya buat beli strawberry coklat, udang goreng, brocoli goreng and...
Oh ye! RM23 for my lovely pink sweater! Eh, RM100++ juga but still less than RM150 in total!
 
Kami sampai rumah sekitar jam 9.30malam waktu tempatan. And it rest hour! Let's sleep..



Family Time!

Wednesday, January 2, 2013

Weeehuuu...
Nak melagho sat.. Al-maklumlah..lepas makan ni, mata rasa berat je.. Kalaulah boleh landing atas katil, pejam mata peluk bantal dakap ketat-ketat..muahahahaha...

Tahun lepas(ecehcehhh..macam dah lama je kan?), i oolllss pergi Cameron Highlands! Niat asal, abah dengan mak nak ajak bercuti dekat Kelantan. Melawat sedara mara dekat sana.. Tapi, unfortunately dekat sana tengah hujan jadi tak digalakkan untuk datang.. Takut terperangkap dalam banjir! Hehehe.. Jadi, sampailah i olls ke Cameron Highlands..

I oollss gerak dari rumah pukul 8.30 pagi dengan dua biji kereta. My Saga FLX and abah punya Waja.. Dan mulalah aktiviti merempit bersama abah di atas lebuhraya utara selatan. Phewww... Lepas tu berhenti dekat RnR Bukit Gantang, brunch. I oollss ambil exit Simpang Pulai. Sebab kalau ambil exit Tapah, jatuh jauh balik. Jadinya, dari simpang Pulai ikut signboard untuk sampai ke Cameron Highlands. Jauh juga ek? Mencabar betul untuk kawalan stereng. Al-maklumlah.. saya ni newbie lagi bab-bab memandu kereta. Tak boleh bandingkan dengan abah yang dah super duper expert tu. 

On da way nak ke Cameron Highlands tu, ada perkampungan orang asli. Banyaklah teratak buluh+nipah tempat orang asli jual durian+petai+madu+pulasan dan memacam lagi.. Sempat lagi abah i berhenti tepi jalan pekena durian! Muahahaha... Kata orang, jalan nak ke Cameron Highlands ni agak mencabar. Berliku. Banyak selekoh oooo... Dah tu, siap ada jurang (?) cerun lagi dekat sebelah kiri tu.. Langsung saya tak nafikan. Memangggg mencabar. Tapi, saya tak fikirkan semua tu.. I just drive..Follow belakang kereta my abah. As long as saya follow abah, no worried! Hehehe.. Ha! Sebelum tu, dah full tank minyak sesiap dekat Petronas Simpang Pulai tu. Hehehe...

First destination : Strawberry Farm. Masa sampai tu, hujan gerimis. Memang sejuklah kan? Dengan kabus berarak.. Saya memang tak buka air-cond. Suruh adik buka tingkap. Ambil angin gununglah konon-kononnya. Sampai dekat Strawberry farm, teruja tengok banyak bungaaaa... Wahhhh... excited kejap. Rasa nak angkut semua bunga tu bawa balik rumah.. eheh...

Ok.. tak lama pun dekat Strawberry Farm tu. Abah ajak teruskan perjalanan. Nak mencari homestay yang abah dah booking. Nak rehat-rehat dulu sebelum berjalan-jalan. Kami ambil homestay dekat Kampung Taman Sedia. Marina Chalet and Homestay. Sepatutnya harga dalam RM180. Tapi sebab peak season kononya, kenalah RM280! Hampehkan? Untuk satu malam je. Dengan heater dalam bilik air yang tak berfungsi dengan sempurna... Grrrrr... sabun apa pun tak ada.. Rasa bengkek je. Dalam homestay yang ala-ala chalet tu ada sebuah katil Queen Size dan 2 buah katil double deck king size. Plus sebiji tilam extra. Memang ngam-ngamlah untuk kitorang yang datang bertujuh ni. Tapi..siyesly! Dah lah mahal. Tak ada breakfast disediakan. Heater tu macam nak terima sumpahan je rasanya. Dah ler dekat Cameron Highlands tu sejuk kan? Ingat dapatlah mandi ayaq hangat. Sekaliiiii..Grrr....bengkekkkkk je rasa!

Mujurlah saya bawa sabun mandi sendiri. Kalau tak, pakat tak bersabunlah.. Huh! Dalam pukul 3.30petang macam tu we all keluar g cari makan. Yelah, last makan dekat RnR Bukit Gantang dalam pukul 10.00pagi kot. Mestilah dah kebuluq kan? Singgah dekat Foodcourt Tanah Rata. Bersebelah dengan Terminal Raflessia tu. We all makan nasi campur je. Harap nasi je panas, lauk semua dah sejuk. Walaupun sebelum ambil, tengok macam berasap je elok dah letak dalam pinggan, tak sampai berapa minit, sejuk dah lauk pauknya.. Muahaha...

Lepas makan, jenjalan dalam kereta je. Sebab dah dekat pukul 5. Nak singgah MARDI pun takut tak puas berjalan dekat dalam tu. Semua aktiviti ditolak untuk keesokkan harinya. End up, we all pergi Pasar Malam Brinchang je lah.. Perghhhhh....banyak kereta habaq kat hang! Mujur bawa kereta auto, kalau tidak....mesti penat kaki nak main clutch + brek! Curam giler bukitnya tu.. Dengan kereta yang banyak. Memang kena jaga jaraklah.. Kalau tidak, unduq langgaq kereta belakang. Tak ke haru?

Datang sejauh itu untuk pasar malam je? Muahaha.... Nak buat macam mana.. Macam-macam we all beli. Tips bagi yang nak bercuti ke luar negara pada musim sejuk tapi bajet ciput. Silalah shopping winter attire dekat Cameron Highlands. Mafla baru RM10 untuk 2. Sarung tangan pun. Kalau beli dekat mall, konfem korang tak dapat harga tu. Eheh...

Dan yang membezakan pasar malam Brinchang dengan pasar malam simpang empat dekat rumah i ooolls adalah minuman sejuk. Ate, dah nama pun Cameron Highlands ni sejukkan? Tak gaduh dah nak jual ayaq. Orang tak beli pun. Yang laku, makanan panas. Tapi masa beli je panas. Sampai dekat Chalet, dah sejuk macam baru keluaq peti ais. Haru sungguh! Ok. Hari pertama tak banyak cerita. sebab pukul 9.30malam, we ollss pakat dah terlena! Hahaha...daaaa...sambung lain kali.. Gambaq dalam S II lagi.. ^^.



Hari iniiiii...

Tuesday, December 18, 2012

Yo! Today i learned new thing lagi.. Selepas dua bulan bersama Mr.Elegance. Eheh.. Mende  apa yang new thing tu? Stereng lock! Hahaha...

Bukan pakai external lock tu.. Tapi external lock tu ada beli juga. Cuma bila tengok member boleh lock stereng without the external lock dekat kereta persona dia, i pun jadi eager juga nak tahu. Dalam manual kereta pun ado. 

Ikut arahan yang diberikan.. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya..petang tadi berjaya juga! Ngeee....Dah tahu cara nak lock stereng, tapi tetiba macam blurr pula macam mana nak unlock stereng tu. (+___+)"

Ok.. No prob.. Manual kan ada?? Eheh.. Tunggu apa lagi? Buka manual lagi.. Itulah gunanya simpan buku manual kereta dalam kereta kan? 

Godek-godek.. Akhirnya.. Yes! I did it! Tahniah Mr.Elegance.. See you tomorrow morning ya! Laa ni, chek na layan Running Man episod 124 dolu.. Penat g window shopping dekat KL Festival City Mall.. Dasat weiiii...Sale sana sini..Fuh..fuh.. 

Gud nite everyoneee...

Oh ye! Gigih tadi nak printscreen nilai niii..

 

88888 <- ahaks..oyasumi="ahaks..oyasumi" favourite="favourite" font="font" nasai="nasai" ni="ni" number="number">