Episode 39: ドケルバン病

Wednesday, April 30, 2014

ドケルバン病

do-ke-ru-ba-n ya-ma-i

Bahasa inggeris mudah faham adalah "Dokeruban Disease"
Apa ke bendanya semua ini???

Ok..ok.. jom saya kongsi benda berilmiah sikit. Asyik merapu-merepek je kan? Ngeee...
Ada satu hari tu, sakit dekat pergelangan memang dah tak mampu dibendung lagi kesakitannya. Nak buat angkuh dan ignore rasa sakit pun dah tak mampu. End up, masa lunch hour g klinik ortho yang tak jauh dari gakko. Disebabkan ini lawatan kali kedua (yang pertama lepas tergolek atas ais musim sejuk yang lalu), rekod dah sedia ada dekat klinik tu.

So, ikut procedure kena x-ray tangan dulu. Lepas tu baru consultation dengan doktor. Well, the consultation session is the hardest part. Isha (medical doktor) boleh speak english light-light je. Saya pula macam kebengongan nak cerita dekat doktor apa yang sakit. Sebab tu jadi the hardest part. Mihmihmih..

 

Penerangan dalam website ni lebih kurang macam yang doktor ortho bagitahu. Siap dia bagi pamplet pasal penyakit ni lagi. Hiu..hiu..

 

Nak cerita detail pasal penyakit ni, memang saya pun tak reti sangat. Cuma yang saya faham, disebabkan penggunaan ibu jari secara berlebihan (dan mungkin disebabkan saya banyak menggunakan laptop) menjadi penyumbang terbesar kepada kesakitan yang saya rasai. Sedih r gini.. Habis je winter, macam-macam penyakit keluar.

Eh..eh..
Istiqfar sara. Penyakit tu kan satu ujian juga. Jangan mudah leka deh.
Oh! berbalik pada cerita penyakit tadi. Eheh..
Doktor perubatan bagitahu, kalau severe a.k.a teruk sangat sakitnya, biasanya diorang akan bagi sejenis anaestatic yang dicucuk pada pergelangan tangan. Fiu..fiu.. ngeri pula dengarnya.

Dan kalau tak sembuh juga, ultimate way adalah pembedahan pada pergelangan tangan. Gulp! Telan ayaq liuq terus time ni. Chek tak mau lah sampai kena bedah. Jauh kot dari mak ayah. Dah lah tangan kanan pula tu. Mahu take time nak pulih kan? Isy..isy..isy.. Allah, minta jauhkan dari musibah besar itu..


Doktor bagi painkiller dengan ubat apa ntah. Lepas tu siap bagi koyok lagi. Isy, malasnya lah nak makan ubat kan? ENd up, doktor suh makan sehari tiga kali saya makan sehari dua kali je. hehehe... Lepas dua hari terus tak makan ubat dah.. Hahahaha... Lepas tu, mengadu lagi sakit tak hilang. Bila terlupa yang tangan sakit, terus buat macam-macam kerja sampai lupa nak rehatkan tangan kanan. Ngeee.. my mistake too.

Bagitahu mak. Mak cakap tuam dengan tuala panas. Rendam dalam ayaq hangat, tak pun panaskan dengan seterika. Option yang pertama tu susah sket, sebab bila rendam dalam ayaq hangat, tuala pun jadi hangat susahlah nak pegang kan? Jadi, saya pun kemalasan untuk berubat. Saya biarkan aja. Sambil pakai koyop yang doktor prescribed tu. Tapi lepas tu, end up tangan sakit yang menjadi-jadi sampai tahap kebas tangan kanan. Ok. masa ni memang rasa nak nangis. terus teringat dekat mak. Ambil iron, panaskan. Lepas tu cari tuala kecil. Dan panaskan dekat iron tu, tuam dekat pergelangan tangan kanan. 

Masa letak tu memang sakit. Fiu..fiu.. Janganlah sakit melarat. Tak nak jumpa doktor dah. Tak nak makan ubat. Tak best. Perlahan-lahan tuam, ulang dua tiga kali. Sakit macam dah surut sket. Esoknya dan sampai hari ni ulang buat lagi. Tuam tangan. Maklumlah, banyak kerja nak buat dengan tangan kanan sebab saya dominan tangan kanan.

Nak makan, nak masak, nak menulis hatta nak menaip dan menganalisis data guna komputer. Semuanya perlukan kepantasan tangan kanan. Jadi, haruslah kena bagi sihat seperti sedia kala kan?

 

Sakit giler bila doktor suruh buat cenggini. Fiu..fiu..

Eh, oklah! Tangan baru nak ok g menaip banyak-banyak pula kan? Kang melarat lagi, sendiri yang susah.
Bye!

Oh ya! Salam 1 Rejab you alls..

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan"
H.R Baihaqi 
 
 
 
 

 



0 comments: