Episode 69: Bamboo Grooves & Romantic Train

Tuesday, January 27, 2015

End of January 2015.
Untuk entrie ke-2 bagi tahun 2015 ni, meh ler nak celoteh pasal trip ke Kyoto awal tahun lepas. Eh?

Take it as sambungan kepada entrie sebelum ni:

Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Kyoto City Bus

Hari kedua!
Or should I say hari ketiga?

Hari kedua di Kyoto.
10th March 2014
Kami sepakat untuk ke kawasan Higasyiyama sebab nak tengok Bamboo Grooves.
Rimbunan buluh yang buat kita rasa macam tengah masuk ke satu dimensi baru. Wahhh.. gitu bahasanya.

  
 

Wahhhhh... SUgoi yo!

Arashiyama Bamboo Grooves antara a MUST place to go if you come to Kyoto. Dan kebetulan pula masa kitorang sampai je dekat Bamboo Grooves ni, salji turun! Walla.. Fefeling Winter Sonata sangat walaupun hakikatnya begitu banyak salji dah tengok dekat Yonezawa nun. =D. 

Tapi, tak pelah. Cuma nak bagitahu yang dekat Kyoto pun salji turun! Hikhikhik..
Ok! Dan seperti entrie-entrie sebelum ni, pengangkutan utama kami sepanjang bercuti di Kyoto adalah Bas! Yes! Dengan menggunakan Kyoto City Bus Pass yang berharga 500 Yen sehari tu dan berbekalkan map yang diberikan, here we come! Nak sampai sini mudah ja! Follow the flow. Ahaks..

Sebab ini kawasan pelancongan, makanya walaupun rasa hilang arah korang ikut je langkah orang-orang dihadapan. InsyaALLAH, they will lead you here. Sebab diorang pun memang nak ke sini.



Eh, sebelum tu. Meh nak cerita ikut itenerary. Uish, melompat-lompat pula kan? Ngeeee..

Dari guest house, kitorang ambil bas menuju ke Sagano Torokko Station. Dari sini, boleh beli ticket Romantic Train dengan harga 600Yen untuk sehala. Oh ya! Ambil sehala je. Niat hatinya nak menikmati pemandangan di sekitar arashiyama ni.

 

Subhanallah!!!
Cantik giler sungai dia yang warna emerald green tu. Eh, ke turquoise? Tapi macam warna batu emerald je. Cantik sangat-sangat! Speechless. Masa kitorang pergi ni, bulan 3 sakura tak berkembang lagi. Itu yang pokok ni togel je. Nak tengok view yang cantik, pergilah masa sakura blooming atau autumn. 

 

Subhanallah!! Indahnya ciptaan langit dan bumi-MU. Kagum sangat-sangat. How i wish to be there again and again. One fine day! Honeymoon sini nak? Kata pun Romantic Train! Ahaks.

Kebiasaannya memang tourist akan ambil one way je romantic train ni. Then, nak balik g tengok bamboo grooves tu boleh pilih option lain. Supposely dekat penghujung tu, nak jenjalan dulu tengok sungai yang emerald ni secara dekat. Tapi, apakan daya. Hujan lah pulop. Ame! Salji + hujan end up hujan. Hahaha..

So, kitorang ambil train dari Umahori Station back to Arashiyama. Kena berjalan sketlah nak ke train station tu. But, not a big deal.

 
Lengang!

 

Dari Umahori Station, kitorang turun dekat Arashiyama Saga sebab nak pergi Path of Bamboo tu. Nampak tak signboard tu? Kenalah menapak sedikit.

Masa on da way nak ke Path of Bamboo ni lah Salji turun. Mewujudkan suasana yang sangat romantic you all~

 

Masa tu rasa amazing sangat! Yuki turun dekat Kyoto? Hahaha.. Ingat dekat Yonezawa je ke ada Yuki? Dan sepatutnya this trip, i called it as Winter Escape! Tapi, sampai kyoto pun jumpa Yuki! Rezeki Allah nak bagi. And now, i miss it!

 

Haaaa... tudia.. All the photos are not being edited. Cabaran masa nak ambil gambar dekat sini adalah, orang yang terlalu ramai. Oh mmmm GGGG!! I nak gambar sensorang. Tak naklah ada background orang lain. Tapi, memang menguji kesabaran untuk itu!

Oh ya! Tak ada entrance fee. Unless korang nak masuk temple-temple yang ada sebelum sampai bamboo grooves ni kan? Tapi, i olls tak masuk temple dah. Nak menikmati deretan pokok buluh ni je. 

 

And that's the end of our journey inside the bamboo grooves. Cantik sangat. Semua sudut cantik. Sampai tak tahu nak tala kamera pi kot mana. Dang!

 

Ada kawasan Rehat dan shopping! Eh, tak! Tapi bolehlah singgah pekena goguma bakaq seround. Goguma? Oh lupa! Ubi keledek.

Goguma bakaq ditemani yuki yang turun ke bumi! Dekat sini ada jual cenderahati yang berkonsepkan romantic train dan arashiyama bamboo grooves. Rasanyalah! Nak dekat setahun dah peram cerita. Jadi jeruk dah. Eh?

And i think, that's the end of our journey to Arashiyama and bamboo Grooves. Disebabkan sudah tengah hari dan zohor pun dah masuk, we decided to take the bus and continue our journey to Kinkakuji temple atau dikenali sebagai Golden Pavilion yang terletak di utara kyoto!



Sambung next entrie lah pula kan? walaupun tak tahu bila nak taip. ngeeee

Sayonara~
Ja ne~


 


 



Jom Aktifkan MyKad

Sunday, January 11, 2015

Akemashite Omedetou Gozaimasu!
Hai!
Selamat Tahun Baru!
Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru!
Apa Resolusi atau azam anda untuk tahun ni?

Walau apapun resolusi yang anda nak buat, pastikan utamakan perkara yang lebih utama!

Fiu~~
Lama sangat tak update blog kan?
Dan untuk entrie permulaan tahun 2015 ni, saya nak ajak awak-awak semua aktifkan MyKad.
Eh? Dah kenapa?

 
(google)
 
Tahukah kamu-kamu semua, MyKad yang kita miliki ni ada 50 aplikasi berguna yang boleh dimanfaatkan dalam 1 kad.
Ha? 50?

Yes! Dan aplikasi yang pertama dan anda semua dah pun sedia maklum iaitu Identity. Haaaa.. ramai yang ingat JPN yang buat MyKad kan?

Oh ya!
Dan aplikasi yang ke-50 MyKad adalah Affiliate Marketing.

Eh? Mende apa pula Affiliate Marketing ni?
Yang penting, Affiliate Marketing ni bukannya program MLM ntah apa-apa tu. Dan yang paling penting, Affiliate Marketing ni diiktiraf sendiri oleh MDeC dibawah MSC sebagai aplikasi MyKad yang ke-50.


"One of our greatest achievements in this area is the implementation and delivery of the MULTIPURPOSE SMART CARD APPLICATION on the MyKad" - Datuk Badlisham Ghazali, Chief Executive Officer, Multimedia Development Corporation (MDeC)

Oh ye! Kembali kepada tajuk.

Pernah baca surat khabar? Pernah dengar tentang program MyKad Smart Shopper Program (MSSP)?
 Berbelanja menggunakan MyKad dan nikmati diskaun dan kumpul mata point dari kedai-kedai yang terlibat.


Ini benefit sebagai pengguna atau end user. Sebagai merchandise atau perniaga pun ada juga benefit dia. Tapi, memandangkan rakan blogger saya ramai yang jadi pengguna, jadi saya nak kongsikan kelebihan yang dapat sebagai pengguna.

Tapi, sebelum tu.. Jom Aktifkan MyKad. Kalau MyKad tak aktifkan ke dalam sistem MSSP, ceritalah 10 kelebihan, 1 pun takkan dapat. ngeeee.. Dalam kata lain, sekarang atau nanti-nanti, awak tetap kena aktifkan myKad juga. Kalau tidak, melepaslah.

1st of all, pendaftaran mykad adalah percuma. Tiada yuran tahunan. Sebab once in a lifetime. 



 Siapa yang boleh daftar? Semua yang ada MyKad. Daftarkan aja dalam link di bawah ni. Atau klik je mana-mana perkataan JOM AKTIFKAN MYKAD


2nd, Berbelanja di kedai-kedai yang telah menyertai program ini.
Oh! Macam mana nak tahu kedai apa yang dah join program ni?
Nak mudah, pergi dekat Google Playstore, search MSSP dan muat turun ke dalam telefon pintar anda. 
 
Saya percaya, zaman sekarang ni semua orang pun ada telefon pintar. Jadi, bolehlah muat turun aplikasi MSSP ni dan mula berbelanja.

Dan yang terakhir, Discount and Priviledges.

Ye..ye.. saya akui. Tak banyak lagi kedai yang masuk ke dalam sistem. Tapi, pihak Affiliate sedang dalam usaha untuk memasukkan lebih banyak kedai dan perkhidmatan ke dalam sistem agar pengguna dapat menikmati cash rebate di lebih banyak tempat. Dan semakin banyak kedai yang ikut serta ke dalam sistem. Apa-apa pun, Jom Aktifkan MyKad dengan segera dan dapatkan info penting dari masa ke semasa.

Berbelanja ! Berjimat ! dan kumpul mata!