Am i?

Tuesday, July 5, 2011


Looking right and left..
Up and down..

Am i making the right decision??

Difficult to be in this situation. 
Feel like going home and stay by my parent's arms. 

Am i strong for this??

Can i cry over all this thing??

I want to be alone..
Yet,
i need someone to hold me up..

Gulp!

Sunday, July 3, 2011

Hujung minggu datang lagi.. Hip hip hooray!.. Lompat tinggi2x.. Semalam dapat tahu dalam FB, rakan satu MRSM dah pun bertunang. Kedua-duanya pun satu MRSM.. Sama-sama belajar dari Tingakatan 1 sampai Tingkatan 5. Buat Aida Ridzuan dan Barut (Err..cam lupa nama betul dia..hehehe).. Tahniah!. Selamat Bertunangan.. Semoga kekal sampai ke ikatan yang sah dan seterusnya kekal sehingga ke akhir hayat.. Dah nak kahwin nanti jangan lupa jemput ye?..
 
Berbual-bual mengisi masa lapang. Biasalah..dah ada mulut. Takkan nak senyap je.. Kot ada emas, untung juga kan.. Topik hari ini:-GULP!
 
Hahaha.. Tajuk topik sungguh tak menarik bukan? Tapi entahlah..sekadar ingin bercerita.. Cerita kedai Kopi. Tiada hakim tiada saksi. Cerita sensasi di kedai Kopi~

A : Kau sewa bilik ke? Sehari berapa?
B : Urmm..ambil bilik single. Rate biasa RM4.50 sehari.
A : Sewa sampai bila?
B: Sampai hari terakhir yang dibenarkan untuk sewa.
A: Mahal tak? Berapa?
B: Lebih kurang RM300++.. Ok lah untuk tempoh 70 hari..
A: Aku nak tumpang boleh?
B: Gulp!
A: Bolehlah ek..
B: Berapa lama nak tumpang?
A: Urmm.. tak tahulah.. seminggu dua?.
B: Gulp!

Di satu sudut yang lain...
C : Dah selesai urusan bilik kat sana?
B : Dah. RM4.50 sehari. Ok tak?
C : Ok lah tu. Dah bayar ke?
B : Belum. Debit. Berhutang. Dah kata suruh tunggu gaji masuk.
C: Cukuplah tu. Jimat-jimat apa yang ada. Abah nak bagi banyak pun, adik-adik kat rumah nak pakai duit juga..
B: Urmm...
C : Kalau tak cukup duit nanti bagitahu. Abah bank-in lain. Dapat gaji esok jangan lupa bayar duit bilik tu..
B : Ye..

Di ruangan yang lain pula..
B: Mak, ada kawan nak tumpang bilik..
D : Berapa lama?
B: Entah, dia kata seminggu dua..
D : Lamanya. Bukan tumpang sehari dua?
B : Tak. Dia kata tak pasti sampai bila..
D : Besar ke bilik kamu tu?
B : Tak delah besar mana pun. Bolehlah.
D : Sama-sama bayar?
B : Tak dalah. Bilik ni nama saya, sayalah yang kena bayar semuanya.
D : Dah tu, kalau nak duduk lama, dia tak boleh sewa bilik macam kamu buat ke?
B : Entah.
D : Kamu selesa ke nak kongsi-kongsi bilik ni?
B : Kurang. Tak da privacy lah nanti.
D : Pakat-pakat kongsi tak boleh ke? Pakat bayar separuh-separuh.
B : Kalau bayar separuh-separuh, semua dalam bilik ni pun kena guna separuh-separuh jugalah. 1 katil kongsi separuh. Almari pun kongsi separu. Macam ni baik saya sewa bilik berdua ja.. Sama-sama bayar, sama-sama guna.
D : Dah tu, kamu cakap apa dengan dia.
B: Diam
D : Dah kalau tak selesa, cakap je tak boleh. Bilik kamu. Kamu yang bayar. Member-member yang lain?.
B : Sebab tak nak kongsi tu lah yang pakat-pakat sewa bilik single. Walaupun terpaksa debitkan dulu. Tunggu dapat duit nanti baru nak bayar. Duit abah bagi dok buat makan je. Itupun kadang-kadang puasa setengah. Nak jimat duit.

Dah sebulan duduk dekat UTM. Tak banyak pakai duit. Syukur Alhamdulillah. Dipermudahkan. Masa nak turun JB, abah bagi RM300. Guna untuk sebulan ni. Beli barang-barang keperluan. Selebihnya buat duit poket. Miskin? Tak delah miskin sampai papa kedana. Ada lagi insan yang lebih miskin dan kurang berkemampuan daripada saya. Sederhana. Bersederhana. Walaupun menyewa bilik single kedengaran keterlaluan dalam bersederhana, itu adalah untuk keselesaan. Keluarga saya sederhana. Apa yang dibeli adalah untuk keperluan. Kehendak ditolak ketepi dahulu. Andai ada rezeki lebih, barulah kehendak itu dipenuhi.

Tapi saya tak pernah merasa diri ini serba kekurangan. Apa yang ada, saya guna untuk mencari keselesaan diri sendiri di saat diri berjauhan dengan keluarga. Diam saya tak bereti saya setuju. Tak juga bermaksud sedang marah. Cumanya gusar andai apa yang dilontarkan mulut mengguris hati pihak yang mendengar. Susah bukan berhadapan dengan manusia bila meletakkan hati sebagai keutamaan. Cakap banyak orang tak suka. Tak cakap banyak pun orang tak suka. Sudahnya, simpan dan makan hati sensorang. Nak diluah, nanti dilabelkan kedekut. Bila tak luah, dengan mudah orang mengambil kesempatan. Jadi, apa sebenarnya cara yang terbaik? Tanpa perlu mengguris mana-mana hati hatta diri sendiri?
 
 

Jigsaw Puzzle

Friday, July 1, 2011

Kehidupan ibarat jigsaw puzzle. Apa bahasa malaysia untuk jigsaw puzzle? Entah. Macam tak jumpa pula dalam senarai kosa kata yang dijilidkan di dalam sel-sel otak. Tapi itulah yang mampu saya katakan tika ini. 
Kenapa? Adakah sedang merindui zaman bermain jigsaw puzzle? Owh tidak! Tapi, adalah juga. Bermain jigsaw puzzle itukan sangat mencabar. Tapi kurang mencabar kalau engkau bermain yang adik-adik punya. Cuba beli yang kecik-kecik tapi menghasilkan satu potrait yang besar itu. Itu baru namanya mencabar.
Saya ambil contoh kerja yang sedang saya laksanakan sekarang. Ibaratnya saya sedang bermain jigsaw puzzle. Kenapa? Sebab kesemua kepingan-kepingan jigsaw puzzle sudah kelihatan di depan mata. Begitu juga saya. Semua maklumat dah script code sudah tersedia di depan mata. Sama ada kepingan-kepingan ini lengkap atau tidak, bergantung pada proses menyiapkannya. Mungkin ada kepingan yang hilang. Tapi tak akan kita sedari selagi jigsaw puzzle belum bercantum.
 
Nak cantumkan kepingan-kepingan ini bukannya mudah. Nak pula kalau bermain dengan 1000++ kepingan jigsaw itu. Kalau tiada kesabaran, tidakkah rasa seperti hendak melemparkannya jauh ke tengah lautan? Ye! itu yang saya sedang rasakan tika ini. Rasa hendak melemparkan kesemua script code, pic dan burner ke dalam tasik UTM. Sungguh!. Semuanya dah ada, tapi entah di mana silapnya, hardware tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Wajar bukan tindakkan saya?. =D
Give up? Ye, mungkin juga. Bila berpuluh-puluh kali mencuba dengan keadaan diri yang kekurangan ilmu, tidakkah "give up" itu satu penyelesaian yang mudah. Tidak perlu berfikir panjang. Tapi...diri saya kah itu? dengan mudah berputus asa? Owh Tidak!.. Saya perlu mencari kepingan puzzle yang mungkin terlepas dari retina mata saya.. dengan cara itu, kalimah give up, putus asa boleh saya nyahkan jauh-jauh..
10.50am_1hb Julai 2011_Makmal Elektronik Perubatan_FKE_UTM

1hb Julai 2011

Tengok kalendar. Ya! Dah 1hb Julai 2011. Maknanya? Maknanya, pertengahan tahun kedua bagi tahun 2011 telah bermula dengan rasminya. Sebelum 1hb Julai datang mengetuk pintu, sempat bertemu dengan 30hb Jun 2011. Apa maknanya? Maknanya, dah genaplah 4 tahun menjejak UTM bermula 30hb Jun 2007. Cepat bukan masa berlalu?
 
4 Tahun bersamaan dengan 8 semester pengajian. 6 Semester yang sangat ligat beraktiviti. Sana sinun pegang jawatan. Folder sijil pun macam nak meletup-letup. Tapi belum tentu semuanya laku di mata penemuduga bila nak minta kerja nanti. 5 Semester berjaya meletakkan diri di dalam senarai dekan sedangkan orang lain 8 semester berturut-turut masuk senarai. Tak pe. Daripada tiada, biar ada. 4 tahun sudah, berjaya juga dapat 4 lintang. Rezeki yang datang, grad dalam kelas kedua tinggi. Tak pa. Itu yang sudah dituliskan DIA. Terima apa adanya.
Hari ni 1hb Julai. Bermulanya satu lagi kisah hidup yang baru. Bulan depan Ramadhan datang bertamu. Moga diberi nafas untuk terus menikmati Ramadhan. Apa azam untuk pertengahan tahun kedua ini? Entah~. Mudah bukan jawapannya?. Sememangnya saya sendiri tidak tahu ke mana hala tuju saya selepas ini. Hanya mampu menunggu. Melihat. dan menganalisa apa yang berlaku. Mencari di mana jua rezeki yang dituliskan Allah buat saya. Semoga dipermudahkan..
 
Julai datang bertamu, tapi tak banyak cerita yang boleh dikongsikan. Sebab rasa macam dah lama tak buat aktiviti yang menyeronokkan untuk dikongsi. Hari-hari rutin harian adalah menghadap laptop, membulatkan mata melihat kepelbagaian bahasa alien yang membuatkan sel-sel dalam otak bergaduh sesama sendiri, membina dan membangunkan bandar di dunia maya sebab nak jadi Datuk Bandar di alam realiti memang tinggal angan-angan, melancong ke korea dari pagi sampai ke malam menerusi maadu.com.. Indah bukan? Tapi membosankan juga kadang-kadang..(^O,^)
Ok. Kembali membuat kerja meskipun tak tahu macam mana nak troubleshoot.