1hb Julai 2011

Friday, July 1, 2011

Tengok kalendar. Ya! Dah 1hb Julai 2011. Maknanya? Maknanya, pertengahan tahun kedua bagi tahun 2011 telah bermula dengan rasminya. Sebelum 1hb Julai datang mengetuk pintu, sempat bertemu dengan 30hb Jun 2011. Apa maknanya? Maknanya, dah genaplah 4 tahun menjejak UTM bermula 30hb Jun 2007. Cepat bukan masa berlalu?
 
4 Tahun bersamaan dengan 8 semester pengajian. 6 Semester yang sangat ligat beraktiviti. Sana sinun pegang jawatan. Folder sijil pun macam nak meletup-letup. Tapi belum tentu semuanya laku di mata penemuduga bila nak minta kerja nanti. 5 Semester berjaya meletakkan diri di dalam senarai dekan sedangkan orang lain 8 semester berturut-turut masuk senarai. Tak pe. Daripada tiada, biar ada. 4 tahun sudah, berjaya juga dapat 4 lintang. Rezeki yang datang, grad dalam kelas kedua tinggi. Tak pa. Itu yang sudah dituliskan DIA. Terima apa adanya.
Hari ni 1hb Julai. Bermulanya satu lagi kisah hidup yang baru. Bulan depan Ramadhan datang bertamu. Moga diberi nafas untuk terus menikmati Ramadhan. Apa azam untuk pertengahan tahun kedua ini? Entah~. Mudah bukan jawapannya?. Sememangnya saya sendiri tidak tahu ke mana hala tuju saya selepas ini. Hanya mampu menunggu. Melihat. dan menganalisa apa yang berlaku. Mencari di mana jua rezeki yang dituliskan Allah buat saya. Semoga dipermudahkan..
 
Julai datang bertamu, tapi tak banyak cerita yang boleh dikongsikan. Sebab rasa macam dah lama tak buat aktiviti yang menyeronokkan untuk dikongsi. Hari-hari rutin harian adalah menghadap laptop, membulatkan mata melihat kepelbagaian bahasa alien yang membuatkan sel-sel dalam otak bergaduh sesama sendiri, membina dan membangunkan bandar di dunia maya sebab nak jadi Datuk Bandar di alam realiti memang tinggal angan-angan, melancong ke korea dari pagi sampai ke malam menerusi maadu.com.. Indah bukan? Tapi membosankan juga kadang-kadang..(^O,^)
Ok. Kembali membuat kerja meskipun tak tahu macam mana nak troubleshoot.

2 comments:

Hazirah Barakbah said...

sara buat apa lani? jadi RA atau sambung master?

Cik Sara said...

tak jadi RA.. sambung master pun tak.. tengah tunggu SHELL..
tapi sekarang ambil upah ngan Supervisor buat projek.. Tak register jadi RA pun..