Best ke ek?

Monday, August 15, 2011




Salam 15 Ramadhan. Bertemu kita di pertengahan Ramadhan. Syukur ke hadrat Ilahi..

Urrmm..Best ke ek? Apa yang best?
Best ke dok cerita buruk-buruk pasal orang ataupun pasal kawan kita kat orang lain? Yok, btau sikit. Best ek? Ada kepuasan yang menyelubungi hati tu ke? Mengadu dengan memburuk-burukkan orang lain..Tak sama kan? Kita mengadu if kita ada masalah yang stok direct contact dengan orang tu, dan tak mampu tahan makanya kita mengadu dengan insan yang paling rapat dengan kita.

Tapi kalau memburuk-burukkan orang lain? Yang tak berkenaan pun ikut diburukkan. Astaqfirullah..Apa nak jadi? Takut kan ada kawan macam ni? Ye lah, entah apa je yang dia dok citer kat orang, tetiba orang tengok kita semacam je.. Ala-ala pandang slack gitu.. Dengan orang macam ni, susahlah sket nak amalkan konsep "Forgive and Forget". Double F. Susah2x.. Walaupun memaafkan itu lebih baik daripada meminta maaf..Eh, ye ke? 

Nak tahu apa major problem saya? Saya mudah lupa! Lupa dengan cerita-cerita yang disampaikan pada saya.. Hari ni orang bercerita itu ini,malam jap g saya tido..Esok, orang tanya, konfem lupa! Tapi bila orang start bercerita, saya pun..."Urmm,mcm pernah dengar!" Hahaha...Inilah namanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!..

Mungkin otak saya tak cukup besar untuk simpan semua cerita tu. Kalau betul tak pe gak. Yang tak betul tu, automatik otak saya akan syncronize,defragment kan segala data dan mana yang dirasakan tak perlu, dia akan buat proses cleaning. Menarik kan?! Hahaha...Banyak lagi wei kegunaan otak saya ni daripada nak simpan cerita yang pelik-pelik tu.. Lainlah kalau ada orang cakap macam ni:

"Sara, aku nak cerita kat ang ni.. Masalah aku. Tapi ang jangan btau sesiapa tau."
"Sara, jangan gtau sesiapa ek."
"Sara, rahsia!"

Ok. Otak saya menjalankan tugasnya dengan begitu baik. Macam ada satu folder,"Biar pecah diperut jangan pecah dimulut!". Maksudnya, segala kisah yang berkaitan dengan tukang cerita yang meluahkan itu dan minta saya jangan btau sesiapa akan dimasukkan ke dalam folder itu. Mudah! Mana-mana yang terkeluar dari folder-folder pemikiran, delete adalah yang terbaik..

Hahahaha...apa point cerita hari ni? --------> Best ke Memburuk-burukkan orang lain? Kome ada kawan yang macam ni tak? Apa yang korang buat dekat dia ek?

Adios~



Whoa!! Teddy!! Teddy Bear!!


Daebak! Jjang!.. Hahaha.. terbaiklah.. Kenapalah dah sampai Korea dulu tapi tak sampai sini??? Aih, terkilannya rasa hati.. Bilalah boleh sampai sini ?.. Bayangkan korang masuk sebuah muzium yang dipenuhi dengan ribuan teddy bear yang comel-comel tu. Tak ke rasa sangat teruja? Muzium tempat untuk belajar tentang sejarah. Tapi, kalau sejarah itu diolah dan diadaptasikan melalui teddy bear yang comel macam ni, tak ke orang lagi teruja nak tahu tentang sejarah tu? Ahaks..


Ini semua penangan cerita Princess Hours dengan Prince Hours. Berkali-kali tengok sebab di akhir cerita akan ditunjukkan gelagat teddy bear ini..Soooo cute ok.. Nak tahu tempat ni dekat mana? Dekat sini..


Jeju Teddy Bear Museum. Dibuka pada 24 April 2001. Muzium ini diasaskan oleh Presiden Amerika yang ke-26 iaitu Theodore "Teddy" Roosevelt. Menurut rangkaian sejarah, Presiden Roosevelt dikatakan gemar mengikuti Bear-Hunting Trip tetapi tidak menembak seekor pun beruang di penghujung trip itu. Bermula dari situlah, kebangkitan pelbagai teddy bear di seluruh dunia.. Hahaha..nak tahu cerita sebenar, sila klik sini...


Walaupun muzium ini diasaskan oleh Presiden Amerika, tetapi kebanyakkan teddy bear ini disusun dan dipamerkan mengikut keunikan budaya masyarakat Korea. Bermula dari pertabalan Hwang-ta jae mama, Perkahwinan di antara Crown Prince dan Crown Princess in other word, Royal Marriage and etc. 


Dengan pendekatan sebegini, kanak-kanak akan lebih tertarik dan berminat untuk mengetahui sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Saya yang dah dewasa ni pun jadi tertarik untuk mengetahuinya. Contohnya :"Eh, teddy bear ni buat apa? Dia pakai baju apa ni? Eh, istiadat apa pula ni..Weee..comelnya teddy bear ni pakai hanbok..and etc" Betol tak? Betol tak cakap saya? haaaa...

Cantikkan hanbok ni? Menutup Aurat.. Kalau macth pula dengan tudung, jadilah versi macam dibawah ini.. Ini versi saya dan kawan-kawan..Heee...


Kisah di sebalik Hanbok ni? Awal tahun ri tu dah story banyak2x..Jom usha sini.. Seronok beb melancong ke Korea..


Ok.. dalam proses nak kumpul duit ni.. Banyak tempat dalam angan-angan ni.. Nak g Pulau Manukan, Universal Studio Singapore, Jeju Island + Seoul Korea, Jepun and ultimate..of courselah nak g Mekah. Teringin sangat-sangat nak tengok Kaabah + Masjid Nabawi dengan mata sendiri.. Jom2x..kumpul duit..hehehe..



Kururu Task

Sunday, August 14, 2011

Yeay! Hip hip hooray! Akhirnya sampai juga ke task yang terakhir.. Yippe!!!.. Task kelima daripada Segmen 5 Alien Task ini adalah...




Matlamat dan Harapan dalam Dunia Blogging?


Matlamat :- Untuk menambah lebih ramai kenalan dan berkongsi cerita dan berita dengan rakan-rakan di alam maya. Meskipun blog saya ini lebih bersifat personal blog, tapi ada kalanya saya suka berkongsi ilmu dengan semua. Muge-muge apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada yang membaca..

Harapan :- Untuk menambah lebih ramai kenalan di dunia maya ini.. Follower pada saya adalah kenalan alam maya. Lebih ramai kenalan, lebih bercambah isu semasa yang saya peroleh. Dan semoga blog saya juga mendapat tempat di dunia blogging ini..Toink toink..

Dan yang paling penting......Boleh dijadikan rujukan di masa hadapan.. Yeay! Manalah tahu, kalau umur panjang, nak kenang zaman muda-mudi, remaja, single mingle..blehlah mengunjungi ruangan maya sendiri ni.. Ye tak?? hahaha..

Salam perkenalan semua..=)


Jom usha task kawan-kawan Kururu yang lainnya..
Keroro Task - Ceritakan Tentang diri Anda
Tamama Task - Ciri-ciri Pasangan Pilihan Anda
Giroro Task - Kelebihan dan kekurangan Diri Anda
Dororo Task - Idola Blogger dan Blog Kegemaran





Dororo Task


Sejak siang tadi dah buat 3 task. Sekarang ni masuk task yang keempat. Kalau rasa cukup bertabah untuk membaca dan melihat ketiga-tiga task yang sebelum ni, yok usha:

Dah g baca? Jom kita lanjutkan dengan task yang seterusnya.

Dororo punya task berkisarkan tentang Idola Blogger dan Blog Kegemaran?

Idola blogger? Wahh..soalan susah juga ni.. Tapi memula saya kenal dunia blogging ini melalui Sunah Sakura dan Kak Mutiara aka K.Ena. Both of them merupakan senior saya masa undergrad dan tinggal kat s24. Terkadang terlihat mereka berdua mengupdate blog. Jadi, terus tertanya2x..dan bermulalah aktiviti berblog. Bolehlah saya katakan mereka idola saya dalam berblogging...('o,')

Selain itu, Ben Ashaari juga antara Idola Blogger saya sebab sangat pesat perkembangannya di dunia blogging. Sekejap je dah dikenali ramai. Walaupun tulisannya santai dan bersahaja, tapi ada isi tersirat dan tersurat yang hendak disampaikan. Rasanya ramai je blogger kat luar sana yang bersetuju dengan saya... Ye tak?

Ok.. Blog kegemaran? Banyak deh. Tak terucap. Yang pasti, blog rakan-rakan sekampus sentiasa menggamit kedatangan saya untuk mengetahui perkembangan mereka. Begitu juga dengan Dapur Tanpa Sempadan(DTS) milik Mat Gebu. Saya pernah rasa masakan dia, jadi sangat percaya dengan resepi yang ditampilkan..ngee.. 

Dan..mana-mana rakan blogger yang update isu best, konfirm saya singgah. =)