Bila gaji naik~

Monday, October 10, 2011

Assalamualaikum...

Selamat Pagi!! Ohayou Minnasan!!!...

Apa khabar semua?? Pagi isnin yang dinantikan..Ahaks..---> Pertama kali rasa begini.. =D

Bual bicara kita pada pagi ini adalah berkisarkan tentang Bajet 2012 yang dibentangkan Jumaat lepas.. Saya terlambat?? Ye saya tahu.. Sebab saya tak mendengar. Sekadar membaca.. Sana sini sinun saya baca sebab nak tahu apakah intipati bajet 2012 kali ini.. Yang saya faham dari satu sumber yang saya tak ingat dari mana, kadar defisit negara di tahap yang membimbangkan. Err..saya tak pasti apa itu defisit. Tapi bila baca dan baca.. Ianya seolah-olah kadar hutang yang ditanggung kerajaan. Betul kah? Ok. skip bab ini.. Kita serahkan pada yang pakar..


Minnasan.....
Ada beberapa perkara yang saya nak sentuh dari perspektif pemikiran saya yang tak brape nak betul ni..ahaks.. Jadi, tak payahlah nak buat kecoh ke apa. Ini apa yang otak saya fikirkan..

1. Gaji dinaikkan..
Yeehaaa.. Yabeda bedu.. Sukakan kakitangan awam mendengarnya? Seronok sangat ke gaji naik ni? Pada saya, tak.. Sebab apa? Sebab sama je dengan pengumuman gaji naik, harga barang pun ikut naik.. Hello der..cuba kau buat kira-kira balik. Rasanya tak ada perubahan pun. Gaji penjawat yang naik.. Tu gaji pesawah, petani, orang kampung tu mana naik kan?? Tapi harga barang? Semuanya naik.. Ada ke kita g kedai-kedai, cakap nak beli barang.."Bang, gaji saya tak naik..harga barang untuk saya pun tak naik jugalah kan??."


Ada-ada?? Ce jawab sket.. Ingatkan bila gaji naik, taraf hidup blehlah berubah sketkan? Tapi, hakikatnya...Gaji yang naik tu untuk menampung harga barang keperluan yang meningkat naik.. Jadi, pada dasarnya, tiada apa pun yang naik..

p/s : surat kepada bakal suami saya nanti.. 

To my Future Husband,
"Bang, i tak nak apartment. Kalau you sayang i, belikan i rumah teres lot tepi yang ada banyak tanah. You nak tahu kenapa? Sebab I nak tanam sayur, cili, serai, daun kari, daun sup, daun bawang, kesum, kacang buncis.. Dan i nak bela juga ayam.You makan itik tak? Kalau u makan, kenalah i bela juga.. Kalau tak, kita bela ayam pun dah cukup. Kalau lot tu besar, i ingat nak bela lembu (You mesti nak makan daging kan?) juga.. Kalau boleh lagi, i nak buat kolam. Nak ternak ikan keli, udang, sotong.. Urmm..apa lagi ye?.



Bukan apa Yang, gaji memanglah naik.. Tapi, you tengoklah harga barang-barang dapur pun naik. Kiranya, you melabur beli rumah lot tepi untuk i.. Nanti i melabur masa dan tenaga i bercucuk tanam untuk jimatkan penggunaan duit. Degree i tu? Kita gantung je buat pameran untuk anak-anak tengok. Duit ni, you guna untuk isi minyak kereta. Harga petrol pun naik kan? I nak gali petroleum untuk buat minyak isi kereta you, macam tak mampu je.. Ini je lah caranya.. Boleh ye sayang?.. 

Lagi satu Yang, rumah kita nanti, you tak payah susah-susah nak buat dapur cantik-cantik untuk i.. Ye lah.. tong gas pun bukannya murah dah.. You nak i guna dapur elektrik? Alahai, bukan i tak nak Yang.. Tapi you pun tahu kan, tariff elektrik dah naik.. I ingat nak buat pangkin dekat tanah belakang rumah tu, lepas tu buat dapur kayulah..I masak, then kita lunch and dinner kat situ je.. Tak payah pasang air cond dah.. Angin sepoi-sepoi je kat luar tu..

I ingat nak ajak you duduk kampung je.. Tapi, ada pula kerja you ni dekat kampung kan? Jadi ini je lah penyelesaian yang i nampak.. Tapi..kalau gaji you sebulan dekat 6-7 ribu, i nak request pembantu rumah bleh?? Tak luak pun duit you untuk i kan? "

----> Grrr....takkan kena sampai macam ni kot? Adoilah..



Sara!!! Apa yang kau tengah mengarut ni? Hahahaha..=D


Apa lagi ek? Hoo..otak tak bleh fikirkan.. Ada perkara yang membolehkan amarah memuncak.. Mujur bukan projek psm dah.. Paling best, mujur dah grad! Hahaha.. Ok lah..adios~

p/s : Haaa..mesti ada yang kata.. Aih, kerajaan bagi lebih pun bising.. Bagi sikit pun bising.. Tak..jangan salah faham.. Saya bukannya anti kerajaan bai.. Saya pun sokong juga kerajaan.. Dalam sesetengah perkara lah..Cuma seperti yang saya tuliskan sebelum ini, ini adalah pendapat peribadi saya..

Oh Weekend!

Sunday, October 9, 2011

Saya takut weekend..
Ini fakta bukan auta..

Kalau dulu..saya paling tak sabar nak tunggu weekend.. Sampaikan boleh sepakat dengan member-member kelas supaya seminggu ada 3 hari je kelas.. Jadi, dapatlah weekend 4 hari.. Itu sangat menarik bukan?? Tapi sekarang..

Saya harap tiap-tiap hari adalah weekdays.. 
Kerana Weekend saya sekarang sangat memBOSANkan!!!


Owh!! Terderanya perasaan setiap kali weekend datang bertandang..
Nak balik rumah? Nanti dah tak jadi weekend.. Terus saya jadikan HoliWeek (Holiday Week)..=P

Grrr..kemana hilangnya nikmat weekend yang sering dinikmati sebelum ini?? Tolong2x!!..

Weekend War


Awak yang terakhir...

Short entrie..

Tadi jenjalan kat blog jap. Sampailah satu blog ni. Tengok The Proposal. Kisah benar Raja Lawak menjadi Raja Sehari[?].. Mungkin ada yang dah tengok. Tapi cam lucu pula bila dengar ayat ni:

"Saya tahu,mungkin awak bukan yang pertama hadir dalam hidup saya.. Tapi saya akan pastikan awaklah yang terakhir.."


[Lucu di sini bukannya apa..macam pernah sms ayat ni dekat kawan..Cuma bukanlah ayat "awak"...]


Saya suka ayat ni.. Iyalah, tak semestinya bila kita kahwin nanti, orang tu adalah first love kita kan? Kalau ye, tahniah! Bagi yang bukan.. Memang betullah kan ayat tu? Lihat statement ni dari sudut yang positif ok!

Adios~

Tak sama!

Tuesday, October 4, 2011



Tak sama maksudnya..

Tak ingat tak bererti tak tahu..
Mengingati tak bererti merindui..

Hidup manusia subjektif..
Ada kalanya kita merindui mereka yang jarang kita ingati..
Dan..
Adakalanya, yang diingati tak semestinya yang dirindui..

Sama juga dengan konsep pembelajaran..
Ada kalanya kita mengetahui tentangnya..
Namun, kita gagal mengingatinya..
Bukan sebab kita tak pernah mempelajarinya..
Cuma apa yang dipelajari tidak dipraktikkan selalu..

Begitu jugalah dengan konsep kehidupan..
Ada kalanya kita mahukan sesuatu..
Tapi tak bererti kita impikannya..
Sebab yang diimpikan kadang-kadang sukar untuk digapai..
Tapi tak bererti ianya mustahil..

Kadang-kadang kita sering mencari yang jauh..
Hakikatnya, dia berada berhampiran kita...
Tak kiralah cita-cita mahupun cinta..

Sebesar mana pun perancangan kita..
Kembali kepada Pencipta-NYA..
sebab perancangan DIA jauh lebih sempurna buat kita..
Sebab itulah..
Kadang-kadang apa yang kita peroleh..
Bukan sesuatu yang kita angankan!

Sebab...
ALLAH MAHA MENGETAHUI lebih dari apa yang kita ketahui..