Lunch Box!

Monday, June 18, 2012


Haaa... tahu apa itu Lunch Box? Kat negara kita, dah tak berapa nak popular sangat fenomena Lunch Box ni. Dah semakin ditelan zaman. Orang dah tak suka bawa homemade food ke tempat kerja. Apatah lagi ke sekolah. Maklumlah..ada duit. Semuanya boleh didapati dengan mudah. Tak payah susah-susah bazirkan masa untuk memasak. Tapi, kalau kita pandang ke timur sekejap, mesti kita dapat lihat fenomena lunch box masih popular di sana. Malah sering dipaparkan di dalam drama-drama mereka. Malah, masyarakat di sana semakin kreatif dalam menonjolkan lunch box mereka.

Tapi, itu bukan isunya sekarang. Isunya sekarang....Siapa nak lunchbox percuma?? Sila angkat tangan!!! Hahahaha... Haaa... jom tengok ni.. Ini lunchbox percuma!


 Pssssstttt:: Tak payahlah fokus sangat pada novel dan background tu. Tak penting pun. Amacam? Comel tak lunch box tu?? Lunchbox signature! Siapa tak tahu, angkat tangannn...

Haaa... Signature ni, kalau nak tahu foodcourt dekat KLCC tu.. Macam mana nak dapatkan lunch box tu? Senang je.. Dengan pembelian air 22oz f&N dan hidangan yang bernilai lebih dari RM9.90. Pendek cerita, beli makanan + minuman large = (>RM9.90) lunchbox free!!.. Dan kebetulan pula tadi, saya dan kengkawan pergi KLCC.. Buat apa?? Cari nasi ayam penyet! Hahahaha.... Harga set nasi tu dalam RM8.80. Dan air large = RM2.70.. Lebih dah kan??? Dapatlah lunchbox tu.. Ada 2 warna.. Putih dengan hijau. Tapi tadi ye cakap warna hijau dah abis!! Huhuhu..

Walaupun tak tahu bila zaman nak guna lunchbox ni, tapi kita simpanlah dulu ye..~ eheh.. 



Lambat atau cepat.....





Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

♥ Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
♥ Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan ..
♥ kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Mode : Menanti saat hadirnya seorang lelaki yang dengan berani dan jujurnya melafazkan "Aku terima nikahnya...". Kerana aku ingin menjadi yang HALAL.

Lambat atau cepat, semuanya sudah tertulis. Janji ALLAH itu pasti. Yakinlah pada-NYA. Amiiiinnnnn...

Pesan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid:
"Bagi yang tak da pasangan hidup lagi (Sayalah tuuu..), "Jaga Hubungan dengan ALLAH" (Baik Ustaz). Tak gaduh cari.. InsyaALLAH dia mai. Pasai ALLAH sayang kita. ALLAH bagilah orang yang sayang kat kita. ALLAH bagi orang yang sayang kat DIA tu sayang kat kita jugak. Kenalah~.."

Haaaa... gituuu.. Baiklah.. Ingat pesanan itu... JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH!..




"Mesra Wanita"

M.A.S.J.I.D

Ok.. topik kita pada malam ini adalah masjid. Lengkapkan slogan di bawah. Tiada patah perkataan untuk dikira...

"Saya prefer masjid yang......."

Wahhhhh...gitu.. Ok2x.. saya tahu jawapan yang paling famos amos mestilah masjid yang suka buat majlis-majlis ilmu, tak pernah lekang dari solat berjemaah, ada bacaan ayat al-quran terutamanya sebelum masuk waktu solat, ada qiamullai setiap minggu dan etc. Okkkk..itu jawapan dari sudut pengisian rohani kita.. Sekarang jawapan yang saya nak cari adalah dari segi kemudahan kepada kita. Contohnya, macam sayalah...

Saya lebih gemarkan masjid yang menyediakan kemudahan wudhu wanita dan ruang solat wanita dalam satu ruang lingkup. Errr... maksud saya, tempat wudhu wanita dan ruang solat tidak dipisahkan dengan kawasan jemaah lelaki. Errrr...faham tak?

Senang cerita, saya sukakan masjid atau surau yang bila nak pergi ambil wudhu' tu, tak perlu dah lalu dekat kawasan yang ada lelaki. Contohnya surau dekat kawasan RnR... Haaa... itu memang terbaiklah. Kenapa? Yelah... Kita ni perempuan. Bertudung pula tu. Jadinya, bila nak ambil wudhu' mestilah nak buka tudung, buka anak tudung, naikkan lengan baju dan lengan kaki(?). Betul tak? Lepas berwudhu' tu, konfem-konfemlah basahkan? Especially kawasan muka dan ubun-ubun. Jadinya, bila tempat wudhu tu terpisah dari tempat solat, pahtu kena pula lalu kawasan yang ada jemaah lelaki, agak rumitlah jadinya. Takkan muka basah-basah nak sarung tudung teruskan? Sememeh je ghupanya. Dah tu, takkan nak jalan selamba badak je tak tutup kepala pula kan??

Tapi... tak banyak masjid yang "mesra wanita" macam ni. Kebanyakkannya, ambil wudhu' hujung belah sana, pastu kena lap kering-kering air tu, baru pakai tudung lepah tu berjalan ke hujung sinin pula untuk ruang solat wanita. Memang take time sungguhlah dekat tempat ambil wudhu tu sebelum nak boleh pergi sembahyang. Tapi, ada juga beberapa buah masjid yang saya suka. Sebab mereka "mesra wanita". Contohnya masjid dekat KEM PGA tempat saya belajar dulu. Sampai je masjid, buka tudung dengan sarung kaki, letak tepi pahtu g ambil wudhu. Selesai ambil wudhu' terus angkut tudung n sarung kaki, blah naik tempat solat dekat tingkat atas . Tak payah risau-risau nak tutup kepala takut orang lelaki nampak dan basahkan tudung pada masa yang sama. Eheh.. Tapi dengan syarat, pintu tepi itu ditutup!..

Lagi? Haaa...masjid UTM! Pun best juga. Memang "mesra wanita". Tapi masjid UTM dekat Skudai tak berapa nak mesra wanita. Walaupun ruang wudhu' nya sudah privasi, tapi ruang solatnya ada CCTV dong! Untuk keselamatan katanya. Jadi, selesai ambil air sembahyang kering-keringkan dulu di tangga kemudian pakai kembali anak tudung n tudung sebelum melangkah masuk ke ruang solat itu! Dan lepas solat, tak boleh sewenang-wenangnya membuka tudung untuk bebaskan rambut supaya "bernafas" seketika. Susahkan? Tak mesra wanita!.. Ehehe

Honestly, kita yang bertudung ni bila masuk waktu untuk solat... itulah masanya kita nak bagi ruang dan peluang rambut untuk bernafaskan? Ye tak? Sebelum mahupun selepas solat. Sebab, waktu-waktu lain rambut kita sentiasa di dalam serkup dan tudung kepala. Jadi, bila kawasan wudhu' dan ruang solat wanita sangat jauh, tipislah peluang dan ruang itu.. 

Urmmmm... ini sekadar pendapat saya sahaja. Jangan pandang dari sudut pengisian rohani sebab hari ni saja nak tukar topik perbualan berkenaan masjid. Bolehkan? Kalau ada yang tahu mana-mana masjid yang "mesra wanita" ni, bolehlah kongsi-kongsikan. Sharing is about caringkan???? Tapi kalau nak kongsikan aktiviti-aktiviti rohani di masjid pun apa salahnya..

Guuuuuddddd niiitttteeee....!!!!!
 



Back to work!

Alhamdulillah... Terima kasih ALLAH..
Terima kasih juga buat kawan-teman yang mendoakan.. LEGA! Mungkin itulah yang dirasakan ketika ini. benar! Walaupun bukannya pertama kali buat semua ini. Tapi debaran itu tetap tak boleh dinafikan. Tetap terasa. Cuak itu tetap ada. 

Apa-apa pun, take everything as positive things. Teguran, kritikan dan idea yang diberikan adalah untuk tujuan penambah baikkan di kemudian hari. Ada perkara yang tidak kita lihat tetapi jelas di pandangan orang lain. Perkara seterusnya yang perlu dibuat?

Fokus..Fokus..Fokus.. and continue your research. It have been 8 months! Oready?? Wahhhh... Ganbare! Ganbaro! Ganbatte ne!!!