Let me be your friend

Tuesday, July 3, 2012

Assalamualaikum...
 
Nak mengomel sebelum tido. Boleh? Tak boleh pun buat-buat boleh jugak!.. Dalam banyak-banyak anggota badan kita ni, HATI lah paling sukar untuk difahami. Ye lah, kalau otak boleh juga guna EEG, tak pun fMRI, tak pun MEG untuk lihat gelombang dan gambar otak. Jantung? Boleh guna stetoskop. Dengaq berdegup ke tidak jantung kita tu.. Tapi, hati?? Urmmm.. takkan nak belahlah dadaku dan lihatlah hatiku.. Itu macam nak bunuh diri sendiri.. Daripada bedah tengok hati je, baiklah buat aktiviti dermakan hati tu. Adalah juga faedahnya kan?..weee...
 
Kadang-kadang tu, susah nak menelah hati. Ye lah, kadang-kadang kita rasa lain. Tapi orang sekeliling yang memandang membuat penilaian yang berbeza pula. Mereka yang betul? Atau kita yang tak cukup mengenali hati kita sendiri? Selalu orang sekeliling menyalahtafsirkan tindak tanduk kita. Sukar untuk puaskan hati semua pihak. Jadi, cukuplah sekadar aku yang memahami diriku. Itu sudah cukup bagiku.
 
Bunga kenanga buat tetamu,
Izinkan aku jadi temanmu..
 
Sungguh! Andai Cinta hati heart jantung liver itu boleh musnahkan sebuah persahabatan antara kita, aku pilih untuk setia sebagai seorang sahabat. Jadi,
 
Taman bunga taman berilmu,
Dihias indah menyambut tetamu,
Izinkan aku jadi temanmu,
Untuk aku terus berada di sisimu. ^^, 
 
Hahahaha... ada class juga uolls berpantun malam-malam ni.. Pokok pangkal cerita yang tak panjang dan tak berapa pendek ni, saya dengan ini...malaslah nak mencari cinta manusia lagi.. Bukankah dah tertulis, jodoh kita memang dah di tulis sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu lagi.. Jadi, relax...chillax..ALLAH kan ada..
 
Now..sekarang... kita berkawan dan kita enjoy!.. Life well! and enjoy!
 
Onyang bersantai di luar laman sejak berzaman,
Terimalah aku sebagai kawan dan bukannya lawan.
 
Respect. Respond. Relax...
After all...Chillax..Allah kan ada~ 


Otak-otak dalam kereta...
Jangan sampai bersepai...
Ja mata...
Oyasumi Nasai..





Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia



Wahhhh...berita baik buat semua Mahasiswa di Malaysia. Yeay! sangatttt suka. Tujuan kad diskaun ini diwujudkan adalah untuk meringankan kos sara hidup mahasiswa.. Oklah tu..i suka..jadi, mahasiswa di luar sana, jangan menyalahgunakan pula kemudahan yang disediakan.. ada faham??
 
Okkk... KDS1M ni boleh diguna pakai untuk mendapatkan diskaun dalam beberapa sektor antaranya :
  • Buku/ Alat Tulis
  • Kelengkapan sukan/peralatan/pakaian
  • Klinik Kesihatan/Optometri/ cermin mata
  • makanan dan minuman
  • Penginapan
  • Salon/Pusat/Produk Kecantikan
  • Produk IT
  • Lain-lain (Mydin, Roller Star Arena, BKZ Bikerz dan etc)
Haaaa....so many.. Kalau nak tahu mana yang terlibat, ace pergi ke website pengguna ni, daan explore sendri ye..

Dan lagi satu, tak payahlah nak politikkan ok! Kita nikmati sahaja kemudahan yang disediakan Kerajaan ini.. Paling penting, jangan salah guna kemudahan yang disediakan! Katanya, kad diskaun ini akan diberikan pada mahasiswa mulai bulan september ini.. Kalau tak salahlahkan?? eheh...

Ok...adios~






D' Kampung... lalalala..

Monday, July 2, 2012

"Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan...."

Sambung sendiri.. Ehehe...haaa..ari tu balik rumah in package balik kampung sekalilah.. Dah ada kampung, kenalah balik sokmo.. Kau ado? eheh.. Alhamdulillah..baik kampung mak mahupun kampung ayah, dua-dua pun ado lagi.. Dan dua-dua pun dekat Kedah. Paling cun, dua-dua pun tak jauh mana pun nak sampai.. Kira kalau nyanyi lagu Ohoooo ho balik kampungggg tu, tak sempat nak ambik feel dah sampai! Hahaha... 

Dulu...dua-dua kampung tok tepi sawah padi. Heaven! Saujana mata memandang. Tapi sekarang tinggal kampung tok mak je tepi sawah padi. Tok abah beli tanah lain..dekat ladang getahlah.. uhuhuh... Eh, tapi bukan itu motipnya entrie hari ni.. Hari ni...hari ni nak story aktiviti yang sempat dibuat masa balik kampung se-dua minggu yang lepas..hehehe.. awesome!

Haaa... memula kutip putat dengan ambra dekat rumah Allahyarham Tok Long dekat Bukit Tembaga. Kenai dak putat tu apa? sejenis ulam-ulaman kampung yang keras dan payau kalau dimakan terus.. hahaha.. Lupa nak ambil gambaq putat tu.. Tapi yang kat bawah ni, sejenis lagi putat. Tak ingatlah pula nama putat apa. Plus, buahnya tak masak ranum pun lagi.. Pastu ambra.. Haaa..ampa kenai dak ambra tu apa? Kedondong! Kenai kedondong? Haaa.. dalam enjin kereta dah start pun sempat lagi abah kait buah ambra sebab anak dia yang sorang ni dari mai tadi dok pandang ke langit ja tunggu ambra jatuh ke riba..=D
 


Lepas dapat ja ambra dengan putat, balik pi rumah tok abah dekat Hutan Kampung. Abah ikut jalan kampung yang ala-ala ulaq sawo kena katoq. Adoi! Pening sat pala i ni.. Konon-konon nak try jalan barulah.. Sampai umah tok abah, buat aktiviti pandang ke langit juga. Tengok ado ke tidak buah bacangnya. Kot buah mempelam sonang nak nampak. Buah bacang? Sampai lenguh leher ni dok mendongak je kerjanya.. Dapat bacang 3 biji, pi belakang umah tok. Sekali nampak bulohhhh...


Eh, nak buat lemang dah ke?? Tak..tak.. nak cari rebung. Nak makan rebung! Eheheh... saya ikut je..yang cantas rebung tu mestilah abah saya.. Sampai terpeleot kaki.. Mujurlah selipar tu tahan lasak.. Selipar tak putus, kaki yang rasa sengal.. adoilah.. Haaa..jangan kata tak kenai rebung plak. Jom kita close up!


Haaaa... dah clean and clear rupa rebung sebelum dibasuh dan dimasukkan dalam gulai mahupun masak lemak tu? I love rebung!! Sangat-sangat.. Masak lemak rebung dengan perut! Perghhhh...marvellous.. Jap, telan ayaq liuq dulu..heee.. Haaa...sebelum tu.. sebelum tu.. Hati rasa riang gembira nampak jantung pisang tergantung di pokok pisang. Jantung.Pisang. Two words combine. I love jantung pisang!!! Ehehehe.. Untuk anaknya yang jarang-jarang balik rumah ni, abah cantas dua biji jantung. Biji ke ek? apa-apa jelah.. Asalkan merujuk kepada D.U.A. Dua!.


Haaaa... Inilah jantung pisang idaman kalbu! Harus cari bila balik Aloq Staq.. Wallaweh.. Ha! Sambil tunggu abah cantas jantung pisang ni, sempatlah juga snap gambaq belimbing besi a.k.a belimbing jeruk yang kecik dan peberet mak bubuh dalam nasi lepas nasi selesai ditanak. Honestly, saya tak suka belimbing kecik ni.. Hatta belimbing hat besaq tu pun saya tak suka.. Saya suka mempelam.. Hahaha..tiba-tiba..


Sekian sahaja ulam-ulam kampung dari saya.. Lain kali, kalau sempat saya snap gambaq putat tu ye.. Haaa... nak cari bunga kantan pun ada dekat rumah tok abah ni.. eheh.. Paling best, hujung tahun lepas kot.. Merengek kat mak nak makan sayuq keladi (Susah nak jumpa niii).. Sekali balik kampung tok abah, tok kata ada ja keladi kat belakang ghumah tu.. Wallawehhh...Keladi fresh dari tanah... Tok tolong ambikkan.. Cucu yang susahnakjumpa teringin nak makan, haruslah dapat.. Siap tok tolong perisi lagi. Balik ghumah, basuh pastu masak je terus. Tak gaduh dah.. ehehe...

Point hari ini... i love makanan kampung!! muahahaha... Saya ada kampung! Yeay!
 



The bond of Friendship (JKMKTC 2008)

Sunday, July 1, 2012


Thanks for the journey. Terima kasih sebab selamat pergi dan balik ke KL. Thanks ALLAH for the wonderful ukhuwah from you.

Haaaa....setyle tak pakai baju kurung di tepi pantai?? Ada gaya..mutu..dannnn keunggulan..hahaha. Ala-ala perempuan melayu terakhir tersesat di tepi pantai! =D.. Sebenarnya, baru lepas pergi kenduri one of our friends, Aben (JKMKTC 2008) dekat Felda Adela, Kota Tinggi. And not far from that ada pantai Batu Layar. Dan tersesatlah kami tanpa GPS ke pantai batu layar ini..eheh..


The view? Nice! Subhanallah..Sehari sebelum menikmati langit ciptaan Ilahi dari bukit Broga, hari ini menikmati keindahan batuan dan pantai ciptaan Ilahi di Pantai Batu Layar. and all i can say, SUBHANALLAH.. such a precious view!.. Actually there are 10 of us which is including our president, Farizi and wife. Yang lain tu....Ros (Bendahari), Dila (S/u B@kad), Majidah (Ketua BIRUDA), Mail (Ketua B_D&I), Nafis (S/u I-Tech), Aizat (Ketua RnD) dan Safwan (Ketua I-Tech). Inilah bond of friendship yang kami semua bina sepanjang berada dalam keluarga JKMKTC 2008.
 


Keindahan pantai batu layar dan keunikan batu-batu pantai membuatkan ramai pengantin singgah buat wedding photoshoot dekat sini!!! Dan kitorang? Lepak-lepak sambil menikmati udara dari pantai. Wallaweh.. Pantai + baju kurung = Unik!.. Eheh..
 



Finally...safely arrived at KL and sleep well... Today? Work for the research.. Aja-aja fighting!