Assalamualaikum...
Nak mengomel sebelum tido. Boleh? Tak boleh pun buat-buat boleh jugak!.. Dalam banyak-banyak anggota badan kita ni, HATI lah paling sukar untuk difahami. Ye lah, kalau otak boleh juga guna EEG, tak pun fMRI, tak pun MEG untuk lihat gelombang dan gambar otak. Jantung? Boleh guna stetoskop. Dengaq berdegup ke tidak jantung kita tu.. Tapi, hati?? Urmmm.. takkan nak belahlah dadaku dan lihatlah hatiku.. Itu macam nak bunuh diri sendiri.. Daripada bedah tengok hati je, baiklah buat aktiviti dermakan hati tu. Adalah juga faedahnya kan?..weee...
Kadang-kadang tu, susah nak menelah hati. Ye lah, kadang-kadang kita rasa lain. Tapi orang sekeliling yang memandang membuat penilaian yang berbeza pula. Mereka yang betul? Atau kita yang tak cukup mengenali hati kita sendiri? Selalu orang sekeliling menyalahtafsirkan tindak tanduk kita. Sukar untuk puaskan hati semua pihak. Jadi, cukuplah sekadar aku yang memahami diriku. Itu sudah cukup bagiku.
Bunga kenanga buat tetamu,
Izinkan aku jadi temanmu..
Sungguh! Andai Cinta hati heart jantung liver itu boleh musnahkan sebuah persahabatan antara kita, aku pilih untuk setia sebagai seorang sahabat. Jadi,
Taman bunga taman berilmu,
Dihias indah menyambut tetamu,
Izinkan aku jadi temanmu,
Untuk aku terus berada di sisimu. ^^,
Hahahaha... ada class juga uolls berpantun malam-malam ni.. Pokok pangkal cerita yang tak panjang dan tak berapa pendek ni, saya dengan ini...malaslah nak mencari cinta manusia lagi.. Bukankah dah tertulis, jodoh kita memang dah di tulis sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu lagi.. Jadi, relax...chillax..ALLAH kan ada..
Now..sekarang... kita berkawan dan kita enjoy!.. Life well! and enjoy!
Onyang bersantai di luar laman sejak berzaman,
Terimalah aku sebagai kawan dan bukannya lawan.
Respect. Respond. Relax...
After all...Chillax..Allah kan ada~
Otak-otak dalam kereta...
Jangan sampai bersepai...
Ja mata...
Oyasumi Nasai..
1 comments:
assalamualaikum sara....sentiasa akan jadi kawan di alam maya ini jika diizinkn...:)
Post a Comment