Eheh.. muncul setelah pengsan setengah hari! ^^,.. Sebelum tu...
Warning! Warning! Warning!
Entrie penuh dengan gambaq(s) daaaaaannnn cerita...
Al-kisahnya, hari ini dalam sejarah... 29 June 2012.. Akhirnya Bukit Broga berjaya aku tawan!! Muahahaha... permulaan entrie yang tak boleh blah. Ok! Lama beb buat planning nak panjat bukit Broga ni. Dan lama jugalah tertunggak planning tersebut dek waktu dan keadaan yang tak mengizinkan. Jadi, hari ni kami redah juga nak panjat Bukit Broga ni. Ala, Datuk SMS (Sheikh Muzaffar) dengan isteri beliau boleh buat, kita pun boleh! Sebab Malaysia boleh! Hehehe...
Haaaa.... nak sampai ke sini? Taklah susah.. Tapi sosat jugalah! Mahunya tidak? Papan tanda kocik sangat untuk dilihat pepagi buta. Dah tu, kena masuk kawasan kelapa sawit pula tu. Lebih kurang macam unexpected place lah. Tak sangka dari situ nak panjat Bukit Broga rupanya. Kami panjat lepas subuh prayer. Lebih kurang pukul 6.40am. Dan disebabkan stamina yang sangat rendah ni, orang kata ambil masa 30-45 min! Tapi, saya ambil masa sejam untuk sampai ke puncak! Wahahaha... Giler penat! Rasa dah nak tercabut kaki ni. Mencabarlah juga. Tak percaya? Haaa...scroll lah tengok gambaq kat bawah.. Baru panjat tak sampai 10meter pun boleh tercunggap-cungap penat. sebab cerun sangat. ke curam sangat? apa-apa jelah..
Haaaa.... kita berehat dulu bersama Kit Kat! Ahahaha... Dek keletihan, berehat dulu dekat batu-batuan ni. Sambil mendongak ke atas. Betul ke aku nak panjat ni? Gila curam.. Macam mana nak turun nanti?? Perghhh... pikir 3,4,5,6,7,8,9 kali jugalah sebelum meneruskan pendakian itu. Dekat situ pun dah cantik, just imagine kalau dapat sampai ke atas. Lagilah cantik kan? Subhanallah.. Indahnya ciptaan ALLAH...
Ha! curamkan? Menuju puncak impian yang nyata.. eheh.. setiap kemanisan itu memang perlu melalui kepahitan dulu. eh?. Di setiap kejayaan untuk sampai ke puncak itu perlu ada daya usaha susah dan senang kita bersama. Kalau hujan, sangat tidak sesuai untuk mendaki. Sebab kalau hujan, kawasan ni jadi ala-ala sunway lagoonnn.. Boleh mengelungsuq turun je. Tak gaduh nak rendah-rendahkan graviti bumi bagai. Ha! Waktu turun, there's something happen! Something yang positiplah.. Adalah seorang mamat ni dan kawan-kawannya, beb! tak sempat nak ucap terima kasih for your concern to us!.. Tengah dok berhati-hati turun bukit yang curam ni, mamat ni dengan kengkawan dia menujuk cara dan arah sambil menanti di bawah. Pada hemat saya, bimbang andai kami jatuh tergolek-golek. Maklumlah, kami pergi perempuan sahaja. Tak de mahram lelaki nak jaga! Ahaha..ada kaitan ke??
Memula ingatkan dia tunggu kawan dia yang lain. Tapi bila tengok sekeliling, kitorang je yang ada dekat situ sedang berusaha untuk turun tanpa tergelincir. Rupa-rupanya, mamat tu dengan kawannya sedang concern pada kami. Bimbang something bad happen to us! Dah turun dengan selamatnya dari kawasan yang curam tu, barulah mereka meneruskan perjalanan tanpa memandang ke belakang lagi! Hahaha.. Kotlah mamat tu tersesat baca blog ni kan? Arigatou Gozaimasu! Terima kasih di atas perhatian yang kamu berikan. (^o,^)
Yeay! Akhirnya kini pasti. Kakiku sudah menjejak bukit Broga! Together with Yan. Perasan tak, dekat gambaq tu ter"typo" lah.. It suppose to be We are soooo happy to be here! Not too. Aigooo..malaslah nak betolkan lagi. Gambaq ni cantik. sangat! Background yang indah. Dari atas bukit Broga tu, memang sangat menenangkan hati dan fikiran. Angin yang bertiup...wahhhh selendangku ibarat iklan rambut sunsilk tu! Ahaha.. Dannn..sempat jugalah tengok matahari terbit dari sebalik bukit sana. Ala, zaman sekolah dulukan suka lukis matahari tengah-tengah dua bukit. Haaa...macam tulah nampak matahari memunculkan diri pagi tadi. Subhanallah.. Indahnya.. Ciptaan-MU sungguh sempurna Ya-RABB..
Dan dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan matahari terbit. Sunrise! Suka-suka.. gambar telah diedit menggunakan teknik illusion.. Hahaha.. Isy, tak tahu nak cerita pasal apa dah..sebab all i can say, SUBHANALLAH.. Thank You ALLAH for this precious view..
Haaa... akhir kata, majulah sukan mendaki untuk negara(?).. Muahahaha.. tak..tak.. akhir kata, jemput-jemputlah datang ke Bukit Broga. Hint untuk masuk ke kawasan kelapa sawit untuk ke Bukit Broga ini adalah Rabbit Farm! Yeeehaaa... Tapi, ingat! mental dan fizikal kena kuat! Stamina pun kena ada.. Kalau tak, jadi macam saya.. Kalau ada lampu ultraman dekat dada tu, mesti dah berkelip-kelip sebab tak cukup stamina meskipun mental dan fizikal sangat kuat.. Hahaha..
Dannnn...lagi satu saya nak pesan. Janganlah buang sampah merata-rata. Sangatlah mencemarkan keindahan alam ciptaan ALLAH ni. Kalau tadi nak panjat Bukit, larat pula bawa botol air + air. Jadi, bila dah habis minum tu tak salahkan simpan botol kosong tu dalam beg dan bawa turun ke bawah. Buang kat bawah. Sedih tahu tengok keindahan alam dicemarkan dengan sampah-sampah begitu. Malu tahu untuk tunjuk dekat pelancong asing. Behave yourself guys! Jangan harap orang kutipkan, kamu pun haruslah ada rasa tanggungjawab untuk menjaga persekitaran kita..
Ok.. sampai di sini sahaja perjalanan kami ke Bukit Broga atau popular sebagai Broga Hills.. Lain kali kalau nak panjat lagi, mungkin 5,6,7,8,9,10 kali jugalah pikir dulu.. Sebab nak panjat sangatlah meletihkan meskipun output yang diperoleh sangat awesome!!!.. AHahaha... Okkkk..next nak pergi mana pula ek?
Urmmmmmmm....
0 comments:
Post a Comment