B.E.M --> DONE!

Thursday, July 5, 2012

Pheewwwittt... Saya sudah! Anda bila lagi? Eheh...
Macam nak berkempen pula kan??
Ha!!! apa kebendanya B.E.M tu?? 
Aigooo... Its stand for Board of Engineer Malaysia. Ha! Long..long time ago, saya pernah story dalam blog ni cara nak mendaftar dengan B.E.M. Tapi, honestly, i give up on that way sebab....alahai camne hambo nak buat online payment tu?? Lepas tu still kena submit the hardcopy. Jadi, untuk menjimatkan masa dan tenaga(eheh), saya buat manually je semuanya. Saya print balik borang permohonan BEM tu, isi secara bertulis dan pergi pejabat pos buat money order! Lepas tu, siap je money order terus submit. Done!..

Few weeks(monts?) later, iaitu hari ini, saya dapat mesej mengatakan permohonan sebagai Graduate Engineer have been proved! Maknanya selangkah menuju Professional Engineer. Hahahaha... Yo yo ja pergi register ngan B.E.M. Bukannya jadi engineer pun. Pi sambung belajar adalah. Tak pa.. kita mendaftar untuk masa depan.. Kot-kot tetiba saya rasa nak masuk balik dunia engineer ni.. Who knows?? only HIM!..

Haaa... tak caya? Meh nak tunjuk bukti meh.. Bukan nak menunjuk.. tapi saja nak tunjuk-tunjuk.. hahaha


Untuk paparan lebih jelas, glah klik gambar tu.. Nak tempek original saiz dekat sini, besaq sangat.. Haa..yang dalam bulatan bujur hitam tu.. Secara rasminya bergelar Graduate Engineer (GE).. Rasanya, kalau tak salah selagi tak berdaftar, tak rasmi jadi GE..

Beb, tak susah pun.. Gi lah buat cepat.. Ke, nak saya buatkan juga?? hahahaha...
 



Salam Nisfu Sya'aban

Wednesday, July 4, 2012

Subhanallah...
Diberi ruang dan peluang untuk terus bernafas di bumi ALLAH..
Menyambut kehadiran malam nisfu sya'aban. Alhamdulillah. Terima kasih ALLAH...
Banyak manfaatnya malam nisfu sya'aban ni.. Rasa nak menangis membaca setiap aksara yang menyumbang kepada kelebihan malam ini. Ya ALLAH.. Sungguh! Aku ingin menjadi seorang muslimah yang "baik" di sisimu.. Bukan sekadar baik mengikut persepsi umat manusia, tapi muslimah baik mengikut manual-MU. Istiqamahkan aku, Ya ALLAH.

Dah lama tak buat topup Iman kan? Malam ni selingan je sempena Malam Nisfu Sya'aban.. Jom baca sama-sama..


1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."

~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
Matan arab di ruang komen.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dll.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."

~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
Matan arab di ruang komen.

--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.
 
Dekat FB dah kongsikan. Kali ni nak kongsikan dalam blog pula. Untuk bacaan rakan-rakan blogger. Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk membaca yasin sebanyak 3x.. Dan esok, insyaALLAH..jom kita puasa beramai-ramai.. Yok! Tinggal berapa hari je lagi nak bertemu Ramadhan.. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan.=D 
 



Terbaikkk..

Begini Caranya

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata


Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta


Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku


Rabu tanpa kata~