Nyumm..Nyumm..

Tuesday, March 30, 2010

Untuk entri kali ni saya nak berkongsi makanan yang menjadi pilihan saya selama 3 tahun di Johor.

1. NASI AYAM PENYET
Ni menu baru. Baru pada saya. Satu-satunya yang saya takkan jumpa bila dah balik Kedah nanti. Saya tergerak nak berkongsi rasa pun, sebab ahad yang lepas, saya nonton cerita JJCM short term for Jalan-Jalan Cari Makan. Cerita yang dihoskan oleh Serina, anak Chef Wan tu. Episod JJCM kali ni, makan nasi ayam penyet..tapi dekat KL. yang saya nak berkongsi ni, versi orang Johor. Harga dia pun murah. Affordable.. dan yang paling penting, memuaskan... Kenyang pun ye juga.

Korang tahu tak nasi ayam penyet tu macam mana rupanya? Urmm..first time dengar nama dulu pun, saya pelik juga. Kenapa nama menu macam tu? apa bestnya nasi ayam penyet ni? And 1st time saya cuba setelah hampir 2 tahun ++ duduk kat Johor ni, iaitu awal tahun 2010, barulah saya realize betapa sedapnya makanan ni. Dah macam addicted je dengan menu yang satu ni..

Asal bosan jer dengan menu-menu yang ada dekat Arked K9, sure restoran ni menjadi pilihan saya. Mungkin ada orang akan kata mahal. Tapi saya kata, memuaskan!!.


Nasi ayam Penyet ni consist of nasi putih, ayam yang dipenyetkan.. before tu digoreng dengan bahan-bahan yang saya sendiri tak pasti apa..(yang pasti diiktiraf halal..dan restoran orang melayu)... yang paling penting dalam nasi ayam penyet ni, ayam dengan sambal belancannya. Marvellous! pedasnya menepati kehendak saya. Bagi yang tak tahan pedas, tak yahlah pandai-pandai nak habiskan semua sambal belacan yang diletakkan tu. Ikut kemampuan masing-masing.



Set Nasi Ayam Penyet Restoran Pinang = RM4.50



Selain tu, ada ulam-ulam macam sayur kobis dan timun. Yang wajib ada juga adalah tempe goreng. Masakan Jawa, tak lengkap kalau tak ada tempe. Bahan-bahan aksesori ni boleh berubah ikut tempat yang kita makan, tapi ayam, sambal belacan and tempe goreng ni, wajib ada. COMPULSORY!.. hehehe... Dan diselitkan juga dengan sup. sebab masyarakat Malaysia sangat sukakan makanan berkuah. Nyummy..

Ayam dia pun besar. Setiap kali makan nasi ayam penyet, saya suka order bahagian Peha. Sebab tu saya kata sangat-sangat memuaskan. Berbaloi-baloi..RM4.50 untuk sepinggan Selalunya, saya pergi makan ayam penyet ni dengan AKMAL HAYATI. Coursemate saya. Memang kamcheng habis bab makan-makan ni..hahahah...

Ada yang nak belanja saya makan nasi ayam penyet ni ke? Kecik tapak tangan, Laut China Selatan saya tadahkan. Addicted pada nasi ayam penyet, sampaikan seminggu tak jumpa macam tak puas. rasa mengidam jer...hahah..macam orang mengandung pula..Ooopppss...kahwin pun belum, mana ada mengandung... HIPERBOLA pula.

Makan...makan..dan makan.. Itu kalau saya di JOHOR.

********

2. PASEMBOR



Inche-Inche Tauge yang banyak..huhuhu


Ini kalau saya balik umah di KEDAH. even, kadang-kadang tak balik pun boleh teringat-ingat. PASEMBOR. ya! my favourite. Tempat paling saya suka dengan Simpang Kuala..area nak menghala ke Tanjung Bendahara. Asal cuti jer, sure saya akan merengek kat mak ngan abah minta Pasembor. Paling-paling sekali balik kena makan sekali. tak boleh tidak. Nanti naik bas balik JOHOR tak aman. dok ngingat Pasembor tak makan lagi..hahaha

Pasembor ni leh jumpa kat UTARA ja. Setakat ni, saya tak jumpa lagilah kat SELATAN ni. Kalau saya cakap dengan orang bukan UTARA, mesti dia akan tanya saya balik,
"PASEMBOR tu apa?"


Urmm..mungkin saya boleh samakan PASEMBOR tu dengan ROJAK ASMA yang terkenal kat JOHOR ni. Sama tapi tak SERUPA. Ada yang tanya,
"PASEMBOR tu macam GADO-GADO ke?"...



Melimpah-limpah kuah kacangnya..urmm..



Urmm..Jawapan saya tak sama.
Susahnya nak describe.. Tapi kalau ada yang teringin nak merasa, meh r turun KEDAH. Kalau kena timingnya, insyaALLAH saya boleh belanja. Tak pun, saya belanja, awak-awak semua bayar sendiri jer..hehehe..
Murah jer. RM3.50. Kalau yang standard size saya ni, makan sorang pun jenuh nak perabih. Sangat banyak.

Kalau makan kat warung tu, sampai nak menangislah saya nak habiskan. Kalau tak habis nanti abah tak nak bawa makan situ dah..(ayat provok abah dari kecik sampai dah besar..hahaha). Cuma satu jer yang mak ngan abah dah tak larat nak tegur setiap kali bawa saya makan pasembor or bawa balik pasembor tu kat umah..

"Hang dok kelebek menatang apa tu? makan jer lah.."
Nak tahu kenapa ayat ni yang keluar? Sebab....Saya akan belek-belek Pasembor tu dalam 5-8 minit semata-mata nak buang tauge yang diletakkan di tengah-tengah pinggan tu. Maknanya, setiap kali nak makan pasembor or anything yang ada mixed dengan Tauge, saya mesti take time (depend pada jumlah tauge yang diletakkan) untuk asingkan tauge dari makanan saya.

TAK SUKA!!!
tapi tak bermakna saya tak makan PASEMBOR tu.. macam mana susah sekali pun nak membuang Inche-Inche Tauge tu, saya tetap berusaha.. Hahaha... Nasihat saya, kalau nak makan pasembor ni sepinggan seorang, SILA kosongkan perut! Kalau tak, rasa perut sangat-sangat sebu. Kalau paksa juga makanan masuk perut, muntah nanti dibuatnya.

Owh yea!
Saya tak cerita pun lagi apa bendalah PASEMBOR ni kan? Urmm...dia sejenis makanan. Of Course..
Dalam dia ada macam-macam yang dicampur seperti rojak. Ada cucur udang yang dipotong (ini main menu).. Pastu ada Timun yang dihiris macam dalam laksa tu... Then, ada tauge(Very dislike)....Ada ubi kentang yang direbus(Sedap~).. Ada juga sengkuang..sejuk je...Urmm..paling menarik ada telur.sama ada versi rebus or versi goreng...Urmm..ada apa lagi ye?

Dan yang menambah selera saya, tentunya kuah nya. Kuah Kacang. Favorite saya tak kira waktu.

Cerita pasal PASEMBOR, rasa macam nak balik umah skrang juga. mengajak mak dan abah menikmati hidangan PASEMBOR kegemaranku.. Yeay!




Bencana Alam Dan Kempen "Earth Hour" 2010

Monday, March 29, 2010

27 Mac 2010. Sebanyak 88 negara menyertai usaha sejagat iaitu Kempen Earth Hour. Kempen ini menjadikan simbol menutup lampu sejam bagi mengatasi masalah perubahan iklim. Seperti yang dilaporkan di akhbar Berita Harian Online, sebanyak enam juta rakyat Malaysia menyertai kempen ini. Dan hal ini turut dibuktikan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bahawa dalam tempoh berkenaan, penggunaan tenaga elektrik akan berkurangan 550 megawatt bersamaan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




Kempen "Earth Hour" ini diadakan bukanlah semata-mata sebagai simbolik kepada penutupan lampu dan barangan elektrik yang lain. Sebaliknya sebagai satu kesedaran kepada masalah dunia yang semakin parah. Pemanasan Global yang semakin meningkat. Perubahan Iklim yang melampau. Segala kemusnahan ini bukanlah bersifat natural. sebaliknya, kemusnahan-kemusnahan ini disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Kemusnahan ekoran sikap tamak dan tidak ambil peduli dengan ekosistem dunia.

"Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41) "

"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
(al-Anbiya’: 31)."

Ayat dari surah Al-Anbiya' ini membawa maksud, "Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi "

Bukit ditarah tanpa mempedulikan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang terganggu. Semakin banyak "Skytower" di bina. Penggunaan cermin yang banyak di bangunan-bangunan tinggi yang secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada peningkatan suhu bumi.

Sabda Rasulullah : Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Namun, apa yang telah kita lakukan pada bumi kita? Sejauh mana kita menjaga dan bertanggungjawab dengan keseimbangan dunia?

"Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19)."

Menurut satu sumber yang diperoleh, pada Oktober 2009, Kerajaan Maldives telah mengadakan mesyuarat Kabinet di dalam laut bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kesan pemanasan global di negara mereka. Tahap air laut yang kian meningkat akan menyebabkan negara berkenaan tidak sesuai untuk didiami.

Satu lagi laporan menyatakan ais di Kutub Utara akan cair antara 10 hingga 20 tahun. Apabila ini berlaku, ia mengakibatkan banjir yang memberi kesan kepada satu perempat penduduk dunia. Keadaan ini adalah petanda pemanasan global dan perubahan iklim semakin membawa kesan yang besar terhadap manusia dan bumi. Pemanasan global bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani. Cara untuk mengatasinya sudah ada dalam pasaran. Ia bukan sesuatu yang baru atau susah untuk dilaksanakan.





"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji ALLAH, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan ALLAH melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha Keras siksa-Nya"
[Surah Ar-Ra'd,13: ayat 12-13]



Beberapa minggu sebelum Kempen Earth Hour dijalankan, saya mendapat sehelai artikel yang menekankan tajuk BENCANA ALAM susulan daripada Kejadian Gempa Bumi di Haiti yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut. Berpuluh-puluh ribu manusia terkorban. Tidak lama selepas itu, Gempa bumi di Chile pula menyusul. Sudah lama terniat di hati untuk berkongsi rasa. Berkongsi bicara berkenaan Bencana Alam yang seakan-akan seperti Amukan Bumi ini. Namun, kengkangan masa membatasi segalanya.

Kempen earth Hour yang dianjurkan oleh WWF membuka minda dan peluang untuk saya berkongsi penyampaian penulis artikel tersebut.




Sebelumnya, masyarakat dunia dikejutkan dengan Kejadian Gempa Bumi di Acheh yang mengakibatkan Tsunami yang mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa dan melibatkan 15 buah negara. Bencana alam yang paling dasyat dalam tempoh seabad. 26hb Disember 2004 menjadi tarikh yang mungkin tidak akan dilupakan oleh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Acheh khususnya.

Dalam mencari bahan untuk memuatkan entri saya pada kali ini, saya bertemu dengan suatu berita yang agak mengejutkan saya.

Chile Earthquake May Have Shortened Days on Earth

Tajuk artikel yang saya peroleh di ruangan Yahoo News!. Berita yang dikeluarkan oleh pihak Nasa. berita lanjut boleh diperoleh di link berkenaan:
http://news.yahoo.com/s/space/20100302/sc_space/chileearthquakemayhaveshorteneddaysonearth

The figure axis is the axis around which the Earth's mass is balanced. It is offset from the Earth's north-south axis by about 33 feet (10 meters).

Strong earthquakes have altered Earth's days and its axis in the past. The 9.1 Sumatran earthquake in 2004, which set off a deadly tsunami, should have shortened Earth's days by 6.8 microseconds and shifted its axis by about 2.76 inches (7 cm, or 2.32 milliarcseconds).

One Earth day is about 24 hours long. Over the course of a year, the length of a day normally changes gradually by one millisecond. It increases in the winter, when the Earth rotates more slowly, and decreases in the summer, Gross has said in the past.

The Chile earthquake was much smaller than the Sumatran temblor, but its effects on the Earth are larger because of its location. Its epicenter was located in the Earth's mid-latitudes rather than near the equator like the Sumatran event.

Tragedi demi tragedi melakar sejarah kehidupan manusia menjelang alaf baru ini. Baik bencana alam mahupun bencana angkara manusia kerap terjadi. Tapi perkara bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Ia sudah tercatat dalam lipatan sejarah sejak berkurun lalu dari tragedi banjir besar pada zaman Nabi Nuh, letusan Gunung Berapi Vesuvius ke atas Pompeli, azab Allah ke atas kaum Luth, Ad dan Thamud hingga tsunami Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia dan Taufan Katrina yang melanda New Orleans, Amerika Syarikat.

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)"

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. ( al-Hijr: 28-29)."


Apa yang tertulis sekadar apa yang saya baca. Wallahualam..

Yang kurang sama diperbaiki. Moga keseimbangan ekosistem bumi mampu dikembalikan. Setiap yang terjadi telah tertulis dalam kalam Allah..Tinggal sahaja kita untuk mengkajinya.




Inspirasi Hati

Kasih kaulah inspirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehiduran ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya



Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, o ho...

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadamu
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku
Takkan luput dari ingatanku?

Menunggu kata dari Tuhan

Saturday, March 27, 2010


MENUNGGU KATA DARI TUHAN...

Sebuah teater yang berjaya mengusik hati saya. Teater yang mengetengahkan pengisian sebuah hadis nabi. Kisah Sahabat Nabi yang bernama Kaab Bin Malik.

"Aku serahkan permasalahanmu pada ALLAH azawajalla.."


"Tidak langsung aku berniat untuk membohongimu wahai Rasulullah..."

50 hari Kaab dipulaukan oleh sahabat-sahabatnya. terpaksa berpisah dengan isteri tersayang selama 10 hari. Suatu ujian yang amat berat. Sedangkan Kaab masih beriman. Masih sujud pada tuhan-Nya.


"Percayakah kau bahawa aku masih mencintai Tuhanku dan Rasul-Nya?"

Akhirnya Kaab memohon taubat pada khaliknya. Memohon maaf atas kekhilafannya. Kekhilafannya kerana tidak menyertai peperangan ketika itu. Sujud taubat dengan penuh kekesalan. Demi menunggu wahyu Allah kepada Hambanya.

Sungguh berat ujian yang perlu ditanggung Kaab. Bagaimana pula dengan kita??... Sedangkan solat lima waktu sahaja seakan susah untuk dikerjakan.. Inikan pula ibadah-ibadah sampingan yang lain.

Saat teruji, kita mudah mengalah. Menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Astaqfirullah...

Teater ini telah dipentaskan sebanyak 33 kali. Dan pada kali ke-33 inilah baru saya berpeluang untuk melihat sendiri. Menghayati penyampaian keseluruhan teater tersebut. Pertama kali dipentaskan pada 26hb Mac 2009. Dan hari ini 26hb Mac 2010..genaplah setahun teater yang berasaskan hadis nabi ini dipertontonkan kepada umum.

Konsep dakwah yang lebih dekat dengan masyarakat. Sebuah kelainan yang saya cari selama ini. Memahami hadis melalui penyampaian teater. Suatu pembaharuan. Tahniah buat Tuan Director. Buat Sabri Yunus yang berjaya menyampaikan setiap isi dengan penuh penhayatan.


[ Poster pic ni saya ambil dari blog kak Asmah. Mohon keizinan..('o',)]