Yeay! Dah ada Signature..

Monday, June 14, 2010


Assalamualaikum..

Ohayou Gozaimasu...

A ha..akhirnya berjaya juga menghasilkan signature yang auto dalam post template ni. Thanks to Ceera di atas tutorial yang begitu lengkap. Seronok sungguh bila yang diidamkan dah pun dapat. 


Ok, meh nak kongsikan pula tutorial ni dengan anda-anda semua. Kalau nak tutorial yang lain, bolehlah terjak blog di atas.

Cara-caranya....

1. Masuk ke website ini :

2. Then, designlah signature korang mengikut kreativiti dan keinginan memasing. Lain orang, lain kehendaknya kan?
3. Dah siap semua, nanti dia bagi ID. copy ID ni. sebab akan digunakan sebentar lagi.

Ini ID saya..

4. Lepas tu, masuk dengan dashboard sendiri.
5. Pergi dekat Setting --> Formating


6. Dekat Formatting tu, ada ruangan Post Template kan?


7. Paste kan kod seperti yang ditunjukkan ni.. and then, just tukarkan ID tu kepada ID korang.



54488/198/2BFC4A2D8952F7F23B57E3A571113F59.png
" />


8. Save setting. 
9. Lepas tu, korang akan tengok signature korang dah berdiam dekat Ruang Compose.


Dan bersuka-sukilah korang macam saya mula-mula berjaya letak dulu.. hehehe..

Sekian...

Sharing is Caring Part 2

Assalamualaikum…


Ohayou Gozaimasu… Ogenki Desuka…
Salam Sejahtera.. Salam Perpaduan…

Dah tajuk pun Part 2 kan? Mestilah nak sambung kisah dari entrie sebelum ni. Kalau dalam entrie sebelum ni saya bercerita tentang nuffnang (part 1), kali ni saya nak kenalkan pula dengan Youthsays. Yelah mesti ada yang cakap,

“Aku tak buat blog, macam mana nak jana earning dari nuffnang?”

Saya faham. Tak semua orang suka berblogging. Masing-masing punya pandangan dan pendapat tersendiri. Bagi yang tidak gemar blogging tapi sentiasa online, inilah yang sesuai untuk anda semua.


Klik pada url di atas, then korang sign up akaun masing-masing. Kena tunggu dalam beberapa hari untuk akaun korang diverified oleh pihak youthsays. At the same time, tengok juga kat mailbox korang ada apa-apa mesej dari youthsays ke tak.

Bila korang punya akaun dah verified, bolehlah start buat duit.. caranya? Urmm..hanya promotekan campaign yang ada dalam youthsays tu. Yelah, mana ada benda yang dapat percuma kan? Baik nuffnang ataupun youthsays, keduanya pun sama. Kalau korang rajin berkempen, insyaALLAH earning korang akan bertambah.

Iklan-iklan dari youthsays ni, korang promotekanlah dekat wall facebook korang. Kalau ada twitter, promote kat situ juga. Lagipun kawan-kawan korang kan ramai kat facebook tu, mintalah diorang support kempen yang korang promotekan tu. Bukan susah pun.Klik je dekat URL yang korang promotekan tu.

Seperti nuffnang, youthsays ni pun sama juga. Setiap unique klik dikira RM0.20. Selebihnya, earning ni datangnya dari survey yang dihantar terus ke email kita. Melalui survey yang kita buat itu pun boleh meningkatkan kadar earning.

Nak dapat ribu-ribu tu macam bohong pulak kan? Tapi tak ada yang mustahil. At least sambil duduk online tu, leh tambah duit poket sikit. Lepaslah nak buat shopping tanpa perlu mengusik duit biasiswa yang ada.

Contohnya seperti seorang blogger ni yang kuat berkempen, princess Red Blood SNow tak sampai sebulan join youthsays, dah lebih RM50.. sebab beliau sangat rajin berkempen.. Jadi, apa yang ditunggu. Tak de apa-apa pendahuluan.. Just sign up dan terus berkempen di blog, twitter, facebook! 

Click kat bawah tuk sign up dan join Youtsays team;

Sharing is Caring Part 1

Assalamualaikum…

Ohayou Gozaimasu… Ogenki Desuka…

Salam Sejahtera.. Salam Perpaduan…

Kali ni rasa nak berkongsi sesuatu.. especially with all my coursemate. Siapa cakap online ni membuang masa? Kalau kita pandai memanipulasikan penggunaan internet, habuannya kita yang dapat. Pernah dengar tak sebelum ni orang ada cakap, Online dapat bagi kita duit. Sebelum ni saya tak percaya.


1st, yang saya dapat tahu adalah mengenai “Buat duit dengan Login FB”. Tergerak juga nak tahu. Betul ke? Sementelah saya sendiri suka ber “facebooking”. Walaupun kadang-kadang tak ada apa pun yang menarik di wall saya. Sampailah tahap dimana saya buka facebook hanya untuk bermain Farmville.


Bila rasa ingin tahu itu kuat, saya bertanya pada orang yang membuka iklan itu. Rupa-rupanya, dalam nak dapat pulangan tu, kita kena bank in kepada dia sebanyak RM100..and the rest dia akan setelkan.. and just tunggu duit masuk je. Boleh percaya ke? Bagi saya sendiri, sukar untuk saya memberi duit kepada seseorang yang tak saya kenal, dengan harapan duit itu akan berganda-ganda pada masa hadapan.

** Reply mesej dari that person..

Saya memang nak duit. Tapi saya tak berani ambil risiko untuk memberi duit itu pada unknown person.

 Dan sejak 7 minggu yang lalu, saya diperkenalkan dengan nuffnang.
Kredit to Cik Pah, sebab perkenalkan saya dengan nuffnang. Dan kredit juga kepada blogger-blogger yang dah menunjukkan bukti di blog masing-masing. Nuffnang ni lebih kepada person yang ada blog. So, sambil berblogging, blogwalking, at the same time kita boleh buat duit juga. Mungkin bukan beribu-ribu dalam sekelip mata, tapi ia tetap duit. 



Yang mana, kita tak perlu memberi wang muka.
Just letakkan nuffnang dekat blog kepunyaan kita and sambil-sambil tu, kita berjalan ke blog-blog yang lain. Kita klik iklan nuffnang mereka. Dan InsyaAllah, blogger-blogger di Malaysia ni akan singgah dan klik pada iklan nuffnang kita semula. Setiap unique klik akan membolehkan kita mendapat RM0.20. Bayangkan kalau dalam sehari kita boleh dapat 10 unique klik. Kan dah dapat kumpul RM2.00 sehari?

Tapi, semua unique klik ni depend pada blog visitor dan kepopularan blog lah. Kalau macam saya yang baru beginner ni, memang susahlah nak dapat unique klik yang banyak. Tapi at least earning saya meningkat.

Kalau nak lebih yakin, cubalah terjah blog-blog dibawah ni.. Mereka antara blogger-blogger yang dah telah memperoleh cek dari nuffnang hasil kerja keras mempromosi iklan nuffnang.

1)    Intan Fatiha
2)    Mrs. Fiza
4)    Mr.Potter 

Marah atau Ketawa??

Thursday, June 10, 2010

Assalamualaikum...

Ohayou Gozaimasu!!! Ogenki Desuka??? Watashi wa Genki desu!..

Berterabur jer nak speaking jepun... Tapi tak pe, Orang kata "Practices make perfect". Hari ni, 10hb Jun 2010 bersamaan dengan 7 minggu berpraktikal.. Hohoho...


Dalam tempoh 7 minggu ni, macam-macamlah yang jadi.. Dapat long lecture (**Kalah my lecturer kat uni).. Dapat amarah orang...Dapat tengok ke"profesional" orang yang menyuruh kita buat kerja secara profesional....Dapat tengok gelagat doktor-doktor.. yang muda mahupun verteran.... Dapat juga tengok sister-sister yang cengey (**betul ntah ngejanya..) bagai nak rak tu.. mcm ini hospital bapak dia punya....


Cengey gak nurse nie kan?

Hehehe..mengutuk orang pulak..ok! enough of that...
Ni nak cerita..pasal kena marah..2 kali turut-turut.. Ntah pape je..huhuhu....
Meh nak ulang cerita..Mungkin tak berapa nak tepat seperti waktu kejadian.. Al-maklumlah, lupa nak record setiap percakapan..

urmm..sedih..

SITUASI 1..
Menuju ke Burn Unit bersama-sama Cik Pah dan Cik Fiq. Tujuan? Untuk buat observation bagi equipment yang dipilih Cik Fiq. PMS..Physiologic Monitoring Systems.. (Bukan Premestrual Syndrome Ok!!)

Bukan saje suka-suki nak g situ. Actually kitorang nye project kena uat CA tuk 5 barang kat hospital yang dah lebih 10tahun plus more than RM10K. Sorang 5 barang ok! Bukan 5 barang 5 orang buat!!.

Cik Fiq : Sister, ada tak PMS yang lebih dari 10 tahun kat sini? Yang bawa dari hospital lama?." 
Cik Fiq bertanya pada sister bertugas sementara  saya dan Cik Pah sekadar menunggu di luar bilik sister. 
Sister : PMS yang mana?.
Cik Fiq : Untuk no. aset yang ini..


Sambil Cik Fiq tunjukkan notebook keciknya itu pada sister tu.. maklumat lengkap dalam cmis.com.

Sister : Takkan awak nak tunjuk dekat saya macam ni? bawalah satu list yang tulis sekian barang..sekian nombor aset..kan senang saya nak cari..
Cik Fiq : Nak tengok barang ni je
Sister : Ye lah, bawalah list mai kat saya. ini tak bagi macam ni je.

..Diam..

Sister : Ni sapa ketua awak? Aisyah?
** Kak Aisyah ni TA yang incharge Burn Unit.

At the same time nurse ni nak called Kak Aisyah. Cepat2 kitorang gtau yang kak Aisyah MC.tak sihat.. 

Cik Fiq : En.Rofaif
Sister : Awak nak buat apa?
Cik Fiq : Ni, nak buat report tuk BER. Equipment tu dah lebih 10 tahun. Nak suggest kat goverment tuk tukar yang baru.
Sister : Yang tu lari pi blakang buat apa??

** Kebetulan plak saya ngan Cik Pah dok kat luaq bilik sister cam tersorok sketlah.. Dia ingat kitorang nak lari.. Ingat kat padang ke nak buat larian 100m?? aihloh..Orang kesian tengok member kena sound gitu..

Last-last sister tu buka juga stor peralatan.. Ha..kan senang kalau dari awal buka je pintu stor tu.. ini tak, nak bagi gak lecture panjang-panjang.
Cik Fiq tanyalah ada masalah tak dengan PMS tu, dok guna lagi tak. Rasanya jawapan sister yang menjawab kepada pertanyaan tu, tak sampai pun setengah muka A4 paper.. Tapi dia punya bercakap..panjang sungguh.. Siap cakap..

"Awak ni dok perabih duit rakyat. rosak sikit awak bagi rosak habis.. Pastu tukaq baru.." 
**Eh, betul ntah dialog ni sister yang cakap? ke...

pape je lah..tapi lebih kuranglah..Point dia, kitorang, engineer swasta ni dok perabih duit rakyat!!

Owhkey.. Rasanya kitorang bertiga ni blom lagi jadi engineer.. Degree pun tak hold lagi.. Kot ye pun bengang dengan barisan engineer-engineer BEMS, tak yahlah sembur kat kitorang yang baru nak bertatih ni...

Elok je keluar dari Burn Unit, Cik Fiq cakap kat kitorang,
"Sister tu bagi aku list Efems suruh cari kat mana PMS tu."



Gelak sakanlah kitorang.. Maunya tak.. barang-barang BEMS cari kat eFems, memang sampai esok subuh pun tak jumpa.. Yang Cik Fiq ni pun, buat2lah cari jugak dalam list tu walaupun hakikatnya dia tahu memang TAK ADA!


Situasi Kedua
Ni cerita berlaku kat Eye Clinic. Pagi-pagi lak tu.. Time tu pergi dengan Cik Fiq. Cik Pah ada hal lain.


Dalam bilik Optometris...
Cik Fiq : Kami nak tengok Refractometer yang dah lebih 10 tahun. Yang bawa mai dari hospital lama.
Mr.Opto : Ha, yang ini. awat?
Sambil menunjukkan kepada kitorang berdua mesin yang dimaksudkan beliau.

Cik Fiq : Elok lagi ka? Boleh pakai?
Mr.Opto : Boleh. Yang terbaik lagi. Hang pa nak buat apa?
Cik Fiq : Kami nak ambik gambaq. Nak buat report untuk BER sebab jangka hayat dia dah lebih 10 tahun. 
**Alasan sama je macam kat Burn Unit tu. dah memang itu yang sebenarnya..

Mr. Opto : Awak ni dok pikiaq nak beli baru ja. Barang rosak sket je hangpa bagi rosak habis. Pastu kata nak beli baru.

Owkey....Dua-dua diam. Nak kata apa lagi kan?

Mr.Opto : Tak pa..tak pa..kami catit apa yang hangpa buat nanti meeting kita naekkan pastu terminate je lah korang.. Bagi dekat company yang lebih tulus.

ek? Pulak dah..Takkan sampai nak terminate orang Dr.mata?? Penaya orang tu..


Adalah dekat 20 minit dia cakap sensorang. Saya dan Cik Fiq sengih tak sudah. Takkan nak lawan cakap kan? Orang tua, kita kena hormat.

Tengah mata melilau pandang barang-barang dalam bilik tu sambil telinga dok dengar lecture Mr. Opto, terpandanglah...

"KURANG CAKAP,KERJA CEKAP"

Maknanya, kalau banyak cakap, tak cekaplah?? Ini bukti yang jelas menunjukkan kitorang buat kerja cekap! sebab kurang cakap! dan dia yang sedang banyak bercakap tu, taklah cekap pun buat kerja!!

Ok! done!.

Kepada kawan-kawan yang bakal jadi Doktor, bakal jadi Optometris, Bakal jadi nurses, bakal jadi semuanyalah...
Jadikan kisah ini kisah teladan..
Janganlah dok hangin sangat kat kitorang yang bakal jadi engineer ni..
Jangan jadi macam doktor-doktor dan yang lain-lain yang dah sedia ada ni..
Sebelum nak sound ikut dan je, fikirlah dulu..
yang guna barang tu, korang-korang juga..
End User..

Bila rosak, leakage sana sini, Engineer ni juga yang dicari.. So, kepada bakal-bakal, kita create bonding yang baek punya ya in future! baru negara harmoni.. hidup pun bahagia je..

1 Malaysia...

Jangan salah sangka lak..Saya tak bermusuh dengan doktor apatah lagi nurses dan kakitangan hospital yang lainnya.. i respect them sebab diorang selamatkan people.. even, me one day akan gunakan khidmat those doc and nurses even the MA..but do respect others kalau nak orang respect kita. Tak kisahlah usia muda atau tua..Sama-samalah..Be a profesional. Jangan di mulut je cakap profesional, tapi bila nak sembur orang, tak de pikir nak profesional!

Sekian..