Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Anda Tanya, Saya Jawab I

Thursday, January 10, 2013

Kih..kih..kih...
Ada gaya mutu dan keunggulan tak tajuk di atas?
Ok! Memula ingat nak sambung cerita cuti-cuti Cameron Highlands tu. Dan konon-konon nak bagilah tips bercuti ke Cameron Highlands. Padahal dah banyak je yang tulis dalam blog diorang kan? Eheh.. Saja nak semakkan encik google tu.. Weee...

Tapi... nak respon kepada komen-komen di bawah ni. Sengaja tak publish lagi komen diorang ni. Sebab takut terlupa nak jawab. So, alang-alang menyeluk perkasam, saya buat satu entry khas jelah untuk jawab ye? Harap belum terlambat. Kalau terlambat, minta maaplah ye.. Tapi, lepas ni..Kalau ada yang nak tanya apa-apa dan perlukan respon yang segera, do drop your email sekali ye.. Bukannya apa. Kalau komen untuk entrie terbaru memang cepat je publish dan reply. Tapi sebab komen untuk entrie lama, takut dah publish, tapi tak reply pula. (+___+)

Ok... Teruskan...

 Kalau ada yang tak berapa nak nampak tulisan tu, sila klik untuk tumbesaran yang sihat ok!..

Untuk Soalan dari Ashikin Aminudin dulu. Tahun lepas lagi haa dia hantar. Jadi, kita dahulukan dulu soalannya ya..

1. Macam mana kalau nak buat abstract atau content yang nak tulis guna no.roman? Bila update content, dia masuk sekali dalam page no. 1,2,3...

Errr... itu ke maksud soalannya?
Kalau tak salah saya, dan ikut pemahaman saya, untuk abstract dan content, kita guna nombor roman yang macam ni kan: I, II, III, IV?


Jadi, maksud soalan Asyikin, macam mana nak jadikan page nombor dalam bentuk roman dan automatik update dalam contentkan?

Nak jadikan page number dalam microsoft word tu dari numerical biasa kepada roman, cuma tukar dekat page setup je. Kalau Asyikin follow macam yang dalam tutorial saya sebelum ni, insyaALLAH, mudah je nak bermain dengan page number ni.

Tapi, sebelum tu...
Pastikan anda menggunakan page break yang bersesuaian.
Pada muka surat pertama yang saudari nak jadikan roman (I), pergi dekat insert page number, dan pilih ini:


Lepas tu, setup supaya jadi begini:

 

Klik OK. Dan kalau tak salah saya, semua muka surat akan berubah menjadi nombor roman. But, No worries. Kalau saudari dah buat page break yang betul, masalah itu akan diatasi sebentar lagi.. .(^______^)

Ok. Next, nak jadikan Pengenalan sebagai muka surat (1). Betul tak? Oh ya! Sebelum tu, untuk cover page, akan kekal No (1). Jadi, cara saya adalah "hide" kan sahaja page number untuk cover tu dengan "white box". Sebabnya, nanti dekat Content, tak terjejas pun.

Sekarang, pergi dekat page Pengenalan. Nak jadikan standard numerical kan?
Ulang seperti di atas. Maksud saya, page number:

 

Kemudian, tukar setup page numbers tersebut kepada ini:

 
 Haaa.... perasan sesuatu tak? Kita boleh pilih sama ada page numbering tu nak "Continue from previous section" atau "start at: " . Dekat sinilah kena pandai godek-godek sikit. Dan seelok-eloknya, godek guna new document ye. Takut hilang pula data dalam dokumen tu. Seronok sangat menggodek, kot terlupa nak save, haaa...tak ke menaya diri sendiri.. Betul tak? Dan Klik OK.

Lepas tu, bolehlah update content. Dan hasilnya begini:


Done!
Menjawab soalan tak? Kalau tak menjawab, please, gimme your email ok! I'll respond as quick as possible.. Saya akan bantu sebaik mungkin.. (^____^)

Oh ya! Ini lanjutan dari Tutorial Microsoft word: Tulis Thesis Cara Mudah. Rasanya, dah jawab semua persoalan Asyikin kan? Dan juga rakan maya yang ingin bertanyakan soalan yang sama.. Harap membantu.. 

Soalan kedua:
Ok tak praktikal dekat HSB?

Soalan dari Ida. Urmmmmm..pada saya, depend pada tempoh praktikal Ida. Macam saya, saya cuma buat 3 bulan. Jadi, dalam tempoh yang singkat ni, boleh saya simpulkan sebagai OK! Thumb up! Eheh...

Walaupun jumlah pelajar praktikal dekat Healthronic HSB terlalu ramai (masa tu dekat 10 orang jugalah), tapi kami dapat juga peluang untuk explore each modalities yang ada dekat dalam hospital tu. How to maintan the machine performance. Dapat belajar site maintenance dari senior engineer dekat situ. Plus dapat juga new skills dari trainee yang lebih dahulu berpraktikal kat sana. Dapat pengalaman distribute monthly schedule maintenance. Pengalaman kena marah dengan Head Nurse. Eheh.. Dan macam-macam lagi. Walaupun sebulan pertama tu macam agak kureng sebab dok dalam office je.. Sesekali buat kerja-kerja pemfailan dan pendokumentasian, but it worth. At least we know the basic. Tahu macam mana nak detect modalities yang "berjalan" dari compartment sepatutnya dan etc. Yang penting, kena "rajin" volunteer untuk follow mana-mana senior engineer dalam BEMS tu. Sebab diorang tak ajak. Kita kena usaha sendirilah ikut kalau rasa nak belajar! Kalau rasa malas nak berjalan, duduk je lah dalam office diorang. Untung-untung boleh tengok sultan dengan kerabat dia datang kalau kena admit masuk hospital! Eheh...

Good luck Ida! Semoga dipermudahkan urusan untuk berpraktikal ya!




Tutorial : Save Webpage

Wednesday, July 25, 2012

Haaaa....salam ramadhan semua.. dah lama tak bersiaran untuk tutorial kan? al-maklumlah..tak tahu apa yang nak ditutorkan kepada kamu semua. Tapi... hari ni rasanya nak share somethinglah.. Sempena bulan ramadhan yang penuh berkah ni, apa salahnya kita berkongsi maklumat kan? 

Okkk..pernah tak..atau ada tak yang ada pengalaman tengah dok sibuk-sibuk cari artikel bagai, kita sampai ke html web. Maksudnya, artikel tu tak buleh nak save as pdf. Tak pun, tak boleh nak download + save word format? Kalau nak save, option yang ada cumalah save as web page. Ada tak? Lepas tu jadilah mozilla/chrome dekat dalam folder kita. Pernah? Tak pernah tak apalah.. Hari ni saya nak share cara nak save artikel tu ke pdf format.

Memula, bukalah apa-apa artikel yang korang berkenan atau fall in love. Lepas tu...

1. Kalau untuk pengguna mozilla firefox, ace g click dekat Firefox tu -> Print -> Print. Dapatlah macam kat gambar bawah ni..


2. Akan keluar pop up window ni. Pilihlah nama printer kalau rasa nak print terus. Kalau tak, cuba cari option Send to OneNote 2007 (make sure menatang ni already install in your laptoplah..)
 
 

Dan akan berlakulah proses seperti di bawahhh...
 

dan di bawah ni...
 

3. Haaa.. automatic page OneNote akan buka. macam dekat bawah ni..
 

4. Lepas tuuu.. Pilih File -> Publish as PDF or XPS. Exactly macam gambar dekat bawah ni..
 

5. Haaa..pastu macam biasalah.. bagi nama dekat dia..


Dan berlakulah proses saving.....

6. akhir sekali, cuba buka folder tempat korang save tadi.. Haaa.. kan dah ada.. ehehe..tak payahlah simpan web page lagi..=D
 

 



Jom daftar MyBEM

Tuesday, October 4, 2011

Sementara tengah dok HOT lagi ni kan, baiklah saya khabar-khabarkan.. Hebah-hebahkan dalam blog ni.. Semoga memberi manfaat kepada yang membaca.. Err..ini bukan segmen ye.. Bukan juga games..Hee.. Cuma nak khabor.."Mohler reramai pakat daftar BEM"..

Ha? apa kebendanya BEM tu? Kalau nak tahu BEM itu adalah akronim kepada Board of Engineers Malaysia. Sangat-sangat perlu untuk mendaftar. Kalau dulu kena buat manually. Isi borang, attach sana sini baru bleh apply. Sekarang ni semi auto.. Err..betul tak? Pernah dengar MyBrain? MyPhD? Ok.. sekarang wujud lagi satu My iaitu MyBEM.


MyBEM Online Registration diwujudkan untuk memudahkan kita mendaftar dengan BEM. Actually, tak mudah mana pun.. sama je konsepnya macam sebelum ni..  Lepasan Graduan dalam bidang Kejuruteraan atau bahasa Inggerisnya Engineering dinasihati dinasihatkan untuk mendaftar segera dengan BEM. 

Tak kisahlah dah dapat kerja ke, tengah menganggur ke ataupun tengah bina bandar macam saya ni. Selagi degree anda bertulis Bachelor of Engineering, cepat2xlah pergi mendaftar. Nak mendaftar BEM ni kena ada transkrip Rasmi dan Degree. Lagi satu IC lah. Bukannya apa..ada orang cakap (hamek kau..orang cakap.. Dulu Ir. Dr. bagi lecture dalam kelas kau sembang.. kan dah jadi orang cakap..) Penting mendaftar dengan BEM ni. Memudahkan masa hadapan.. Kotlah tetiba dah lama kerja tetiba nak requet Ir. . Masa tulah ianya sangat2x berguna. Pengalaman bekerja anda dihargai orang.. Kalau tak mendaftar, kerja puluh-puluh tahun pun orang tak mau bagi Ir.


Orang yang nak sambung belajar pun, haruslah mendaftar juga. Kita daftar sebagai "GRADUATE ENGINEER". Basic lah ni. Lepas dah isi butir peribadi segala bagai tu, kenalah upload supported documents. Dalam erti kata lain, kena scanlah original degree + transkrip + IC. Lepas tu buat payment. Tapi payment tu hold dulu pun tak pe.. sebab apa? Sebab nanti, kena print Completed FORM A ni dan attachkan sekali salinan degree + official Transcript + IC yang telah disahkan oleh Professional Engineer. Tahu kan, betapa susahnya nak mendapatkan Ir. - Ir. ni.. Setyle juga kalau g jumpa Zaini Ujang minta sign. Beliau kan ada status Ir.. heee.. 

Lepas dah setel sah - mengesah ni, blehlah buat payment dan submit dokumen-dokumen berkenaan ke BEM. Ada tempoh 4 minggu untuk docs ni sampai ke BEM selepas tarikh mendaftar online (submit online lepas buat payment juga.). Kalau tidak, permohonan anda tidak akan diproses..

Wahhh..gila panjang saya berleter malam ni.. Key point dia, nak ajak kome2x register BEM je pun.. Penat dah baca? Sila klik banner untuk mendaftar dengan BEM.. Kalau malas nak scroll ke atas.. Kome klik je lah link kat bawah ni..


K..Adios~

TUTORIAL : JOM TULIS TESIS CARA MUDAH

Sunday, April 17, 2011

Assalamualaikum.. Selamat Malam.. Salam Sejahtera.. Sonok layan cerekarama malam ni.. Kisah Tempe.. Faveret sejak dok JB ni. Haa..Kawan-kawan...ari ni saya nak share sikit cara nak tulis tesis atau report cara mudah hanya dengan menggunakan Microsoft Word. Kalau sebelum ni kita tulis report atau buat tesis (masa FYP 1) mesti buat front page kat word lain. Lepas tu new, buat table of content then new lagi untuk buat isi pula. Kalau lecturer minta hantar softcopy, ada 3 word berasingan.. mcm tak bestlah kan kena buka satu-persatu word yang ada tu.

So, kali ni saya nak sharelah sket. Mungkin ada yang dah tahu..Dan mungkin ada yang baru tahu.. Ini ikhlas nak share.. Yok blajar sesama..

Header 1
First of all, tulis dulu perkara pokok yang perlu ada dalam sesuatu report mahupun tesis tu. Bukan suruh lukis pokok atau tulis perkataan P.O.K.O.K tapi perkara pokok yang saya maksudkan di sini macam Introduction, Theory and etc. Lepas tu, select all. Nampak tak ada Quick Style? ha..click situ.. Pilih heading 1. Hasilnya macam gambar dekat atas tu. Dah selesai? Jadi tak? Jangan risau warna dengan font nanti pun boleh tukar.. Ok, seterusnya kita nak sediakan page untuk buat front page pula.

Lepas tu letak cursor anda pada Huruf pertama baris pertama yang guna HEADING 1 tu. Macam dalam ni, saya letak cursos dekat depan 1.0 INTRODUCTION. Lepas tu pergi dekat page layout --> page breaks --> Next Page. Macam yang tunjuk dalam gambar dekat bawah tu.

Next Page
Kenapa guna Next Page? Sebab senang nak buat page number nanti. Ok, dapat tak setakat ni? Everything ok kan?.. Lepas tu letak pula cursor dekat depan 2.0 THEORY. Click Page Layout --> Page breaks --> Page . Kalau tak faham boleh rujuk gambar dekat bawah ni. Ulang dan buat perkara yang sama untuk setiap perkara pokok yang disenaraikan awal-awal tadi.

Page


Kebaikan bila guna Page break ni adalah, tak payah tekan enter banyak-banyak kali bila nak pergi next page. Dan bila dalam part introduction tu makan ruang sampai 3-4 page, secara automatik Theory and Literature Review tu akan pergi ke next page yang baru dan akan sentiasa berada on top of the page. Begitulah kisahnya. Cubalah buat dan lihat sendiri.. Susah juga nak cerita ni..

Lepas tu kita buat anak pokok pula. Selalu kalau ada parents, mesti ada child kan? Ok. kira kita nak buat child lah sekarang. Tulis anak-anak pokok yang korang nak letak. Macam saya, saya letak Pulse Oximeter dan Wireless Mesh Network. Select anak-anak pokok ni, lepas tu pergi Quick Style, and pilih Heading 2. Perasan tak yang dia kecik sikit dari INTRODUCTION tu. Tahu-tahu.. Tak nampak apa jadi ek? Tengok gambar kat bawah.. Setakat ni ok tak? Nak teruskan ke step yang seterusnya pula. Kalau ada yang tertinggal, cepat kejar..hehehe..


Heading 2
Kalau dalam anak tu ada cucu pula, select dan pilih heading 3. begitulah seterusnya kalau ada sampai 7 keturunan dalam 1 tajuk. hehehe.. Letaklah number sket. Dah siap buat perkara pokok dan anak-anak pokok. Isi buatlah sendiri ye. Macam biasa. Sekarang kita nak buat table of content pula. Dekat sini, akan nampak dengan jelas fungsi heading 1, heading 2 and etc.

table of contents


Langkah yang perlu diambil seterusnya adalah pergi ke References --> Table of Contents. Dan secara automatik akan keluar macam gambar dekat bawah ni. Lepas ni kalau tambah isi banyak-banyak, tak payah nak susah-susah hidup buat table of contents cara manual macam sebelum ni. Terus right click dekat table tu, pilih update field --> entire field. Automatik  Table of Contents ni terupdate dengan sendirinya.. pantas dan tuntas. Boleh buat report or tesis dengan tenang tanpa perlu fikir macam mana susahnya nak buat table of contents nanti..


Berdasarkan gambar dekat atas ni, nampak tak bezanya antara Heading 1 dengan Heading 2. Sama juga kisahnya kalau nak buat Table of Figure dan yang seadik beradik dengannya. Kalau untuk figure, jangan lupa add caption pada figure tu. Lepas tu update field macam yang buat dekat table of contents tu.. Secara automatik muka suratnya akan berubah.. Seronok kan? Jimat masa.. Jimat tenaga.. Jimat otak nak fikir dan nak naik turun page..

Itulah sahaja al-kisahnya.. Ini 1st time buat tutorial. Kalau berterabur, minta maaflah.. Kalau dok depan saya, senang sket nak tunjuk ajar.. Kalau dah di alam maya ni, ini ajalah yang termampu. Kalau ada tak faham kat mana-mana, bagitahulah ye.. InsyaALLAH..kalau boleh tulun, saya tolong..

Ok..Enjoy your day menulis tesis mahupun report..daa..

UPDATE : Kalau nak tahu macam mana nak asingkan page number roman dengan nombor biasa, jemput baca dekat sini ek... --->>>> KLIK SINI!!!

Harap dapat membantu~...
Bagi yang masih berhadapan dengan masalah, do drop your Question and email dalam ruangan komen ok! InsyaALLAH.. Saya akan respon secepat mungkin. Dan bantu anda sebaik yang boleh.. .(^_______^). 

Tutorial 1: Installing Microsoft Visual C++

Thursday, August 5, 2010

Assalamualaikum...

2nd entrie in a day.. sesuka hati je kan? mentanglah esok takde kelas, bukannya kira nak siapkan PBL or FYP tapi sibuk pula nak update blog sendiri.. hehehe..

Ok, entrie kali ni nak share ngan korang semua macam mana nak install Microsoft Visual Studio C++ ke dalam laptop anda. Pagi tadi dah kena sound dengan lecturer sebab no one yang berjaya install that software. As for me, disebabkan laptop baru je kuar dari wad ICU, so tak sempatlah nak install that software.. Tapi balik je kelas this morning, terus saya install. And my friends yang ajar saya install tu,  ask me to do the guidance in notepad for other friends but i think i want to share it in my blog. hopefully you all tak kisahlah untuk jejak laman i ni..


First of all, kena copy dulu 2 items ni masuk dalam PC or laptop memasing.. Bagi yang tak de, boleh dapatkan dari mereka yang dah ada.  Wajib copy into your laptop!

After that, install yang DTLite355-0068 tu dulu. Click je "next" sampai kuar word "finish". It might take time.. Tapi bersaborlah ye.. Sabar itukan separuh dari iman..

Lepas je finish install mende alah ni, akan muncul satu icon warna biru putih  macam kat bawah ni..


The one yang duduk tengah-tengah in between dropbox icon and kaspersky icon. itu namanya Daemon. Dah sampai dekat sini?

Ok..after that, you all right click kat that Daemon icon, akan keluarlah Daemon Lite Tool.. kat situ ada banyak-banyak list kan? Korang pilih Virtual Devices. Jangan tanya kenapa.. ikut je dulu ye.. tak jadi nanti baru tanya.. (^_______^)

Pastu pilih Device 0: [F:] No Media... Then pilih Mount Image.. once korang click this word akan muncullah window yang macam kat bawah ni..


Kena select image file. If korang click that word but tak kuar yang macam ni, korang browse balik sampai jumpa this file.. Mean dekat tempat korang save awal-awal tadi.. Ok.. Boleh follow tak? saya nak teruskan bercerita ni..

Dah select that WinZip file, clicklah open...

Apa yang berlaku? akan keluarlah tetingkap ini pula..


Dapat tak? Tapi jangan run this setup dekat autoplay plak.. Pergilah kat My Computer tu.. Makesure mende alah ni ada..

Ok! ni sampai kat part yang menggumbirakan hati.. Double click icon ni yang kat My Computer tu.. Pastu dia akan kuar macam kat bwah ni..


Haa..kan dah kuar... Banyak-banyak visual ni, kita cuma kena pakai yang Microsoft Visual C++ 2008 Express Edition.. So, clicklah kat situ je untuk install kan bende ni kat laptop korang.

Makesure time install tu, ye kuar macam ni..


Lepas tu finishkanlah proses install tu.. mana-mana yang tak faham bolehlah bertanya terus.. kalau boleh bantu, saya bantu.. Ok! Kalau dah berjaya, ajarkan pada yang lain pula ye.. jangan kita kedekut ilmu.. Tak kurang pun kalau kita ajar pada yang lain.. Selamat mencuba!!

 

Yeay! Dah ada Signature..

Monday, June 14, 2010


Assalamualaikum..

Ohayou Gozaimasu...

A ha..akhirnya berjaya juga menghasilkan signature yang auto dalam post template ni. Thanks to Ceera di atas tutorial yang begitu lengkap. Seronok sungguh bila yang diidamkan dah pun dapat. 


Ok, meh nak kongsikan pula tutorial ni dengan anda-anda semua. Kalau nak tutorial yang lain, bolehlah terjak blog di atas.

Cara-caranya....

1. Masuk ke website ini :

2. Then, designlah signature korang mengikut kreativiti dan keinginan memasing. Lain orang, lain kehendaknya kan?
3. Dah siap semua, nanti dia bagi ID. copy ID ni. sebab akan digunakan sebentar lagi.

Ini ID saya..

4. Lepas tu, masuk dengan dashboard sendiri.
5. Pergi dekat Setting --> Formating


6. Dekat Formatting tu, ada ruangan Post Template kan?


7. Paste kan kod seperti yang ditunjukkan ni.. and then, just tukarkan ID tu kepada ID korang.



54488/198/2BFC4A2D8952F7F23B57E3A571113F59.png
" />


8. Save setting. 
9. Lepas tu, korang akan tengok signature korang dah berdiam dekat Ruang Compose.


Dan bersuka-sukilah korang macam saya mula-mula berjaya letak dulu.. hehehe..

Sekian...