Konfius2x..

Wednesday, June 1, 2011

1 Jun 2011.. Warghhh..dah pertengahan tahun pun.. cepat kan masa berlalu.. Cepat2x.. Wee..dalam dilema sungguh. Ntah pape jelah ko ni sara.. Sejak bilalah ada No.2 ni.. Confuse.. Susah nak buat keputusan..=(.. Jun dah datang. Maknanya, cuti dah abiss.. Apa yang confuse nya? Cheq konfius tak tahu nak balik JB terus atau stop dekat KL dulu and attend wedding kawan. Kalau balik JB terus, haruslah amik bas pukul 10.00malam hari sabtu tu kan? Tapi kalau nak turun KL dulu, haruslah ambil bas pukul 9.00 pagi hari sabtu juga.. Berbeda kan? Sama ada sekadar melewati KL untuk sampai ke JB atau berhenti seketika di KL dan ambil bas lain ke JB. Both still lagi 4hb Jun. Mean, ada lagi 3 hari.. tapi tiket tak beli lagi..wahaha..

Kenapa nak balik JB? Adalah hal nya..banyak benda lagi nak setel.. hehehe..Kalau sempat, nak g amik surat tawaran sambung blajar gak.. Mana tahu kot bleh slow talk dengan penaja kan?? hehehe... Lepas tu nak ronggeng.. Ronggeng sana..ronggeng sini..g joget2x dulu..hahaha... <---- Ini namanya buang tabiat.. =)

Eh, Isnin hari tu sempat ikut abah g Pulau Pinang.. Pi balik naik feri..itu je part yang seronok.. Hahaha..Abah g penang atas urusan kerja. Abah kata pi sorang pun duit pakai banyak tu, pi kereta penuh pun duit pakai banyak tu.. So, daripada membazir ruang kosong dalam kereta tu, saya, adik dan emak join abah g Penang..Nak naik feri dengan kereta ongkosnya adalah RM7.70.. Bayaran hanya dikenakan untuk naik feri ke Pulau Pinang. Kalau dari pulau nak ke seberang, tiada bayaran dikenakan. Destinasi yang dituju adalah Teluk Bahang. Ada perkampungan nelayan di sana.. Tapi, hati-hati..Jalan ke sana bengkang-bengkok sebab naik bukit. Yang menariknya, boleh nampak laut sepanjang perjalanan ni..

Balik dari Pulau Pinang, abah amik laluan belakang. Err..maknanya tak ikut jalan utama.. Jalan kampung. Mungkin. Yang pasti di kiri kanan terhampar luas sawah padi yang sedang menghijau. Indah. Sejuk mata memandang. Tenang je.. Hijau.. 

** ini bukan pengalaman pertama kali ya! hehehe...Setiap kali cuti semester pun memang akan memandang hamparan sawah padi..(^o,^)

Alhamdulillah...

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah..
Thank You Allah..
Doa hamba dimakbulkan..
Angan-angan hamba menjadi kenyataan..
Hadiah teristimewa buat mereka di penghujung pengajian..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan kejayaan ni..
Alhamdulillah...Subhanallah..Syukur pada-MU ya RABB..

Rindu mereka bertiga..

Friday, May 20, 2011

Perkara apa yang penting untuk dibincangkan sesama kawan? Jawapannya :- Entah.. Tak tahu mana yang penting. Rasa macam nak cerita je semuanya..hahaha.. Bagi saya perkara yang penting dalam dunia ni adalah pasal keluarga, ilmu, akademik, persahabatan, kenangan, masa depan dan ...... entah..macam banyak pula benda yang penting dalam hidup saya ni..\(^o,^)/

Hari ni buka aimsweb. Tengok senarai tampal. Fuhh...4 subjek straight A.. mahu terjojol anak mata tengok result. Tinggal lagi 1 subjek tak keluar gred lagi.. Membuatkan debaran semakin kencang.. Dup dap dup dap.. Dulu pernah buat entrie nak dapatkan 4 flat sem ni. Urmm..tinggal lagi 1 subjek untuk tentukan 4 flat dalam tangan atau tak..Wah..berdebornya.. Dah ler jawab paper management hari tu macam haru biru je. Agak-agak ada harapan tak nak dapat 4 flat? Tak sempat nak tengok carry mark, tapi dari mereka katanya mostly bawah 40. Kalau carry mark dah bawah 40, cam susah sketlah nak dapatkan A untuk subjek ni. Tak pe2x..tunggu3x.. Kalau tak dapat A, memang tak de harapan nak dapat 4 flat hatta sekali dalam tempoh 4 tahun ni..=(

Saya kalau bercerita, memang tak ada kesinambungan. Suka hatilah..ceritera sara. Kalau ada kesinambungan macam nak jawab subjek penulisan dalam SPM plak. tadi pasal akademik. Sekarang pasal persahabatan.

Surat menyurat.. Wee..seorang kawan saya ni memang suka tulis surat. Setiap kali dia tulis surat, mesti berjurai air mata saya. Yelah, dia kata nak stay f4 dengan saya dekat mrsm tu. Alih-alih bila sampai waktu nak g prep, saya cari-cari dia.. Tapi tak jumpa. Kawan-kawan kata ada nampak dia depan pejabat maktab. Tapi saya tak nampak dia.. Berjurai-jurai air mata sebab sedih tak jumpa kawan yang di cari.. Beberapa minggu kemudian, sampai surat pertama dari dia. Norizati Mustaffa. I really miss you. Saya suka tulis surat dan baca surat dari kamu. Tapi sejak masuk U, kita mula terputus hubungan. Ada lah sekali dua bertukar surat. Semuanya sebab saya yang gagal untuk membalas surat awak.. Zati, i really miss you.. I wanna tell lots of story dengan kamu. Lain rasanya bilanya berhubung di facebook. Tak sama. Aci tak nak main tulis-tulis surat lagi? hehehe...

Psikologi.. Saya suka dia. Kata-kata dia penuh berhemah. Dia berani. Tak pernah gentar bila dihujani dengan pelbagai kritikan. Dia petah berkata-kata. Membuatkan saya berasa selesa berada di belakangnya. Cita-citanya nak jadi pakar kaunseling. Itu bagus. Saya nampak bakat yang ada padanya. Ana Humairah. Lain dari yang lain. Umai, miss you too.. Kita kenal dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Kalau ada apa-apa mesti kita buat together. Bila naik f4, you still dalam Dailami cuma i je yang terpaksa berpaling tadah ke Kindi. Tapi bila free, slalo je kita lepak sekali kan? hehehe..Wahh..so so miss you..

C.I.N.T.A.. hahah..cinta? Dia lah yang selalu temankan saya datang prep malam awal-awal masa bulan ramadhan ketika di tingkatan 4 dulu. Dia dan saya bukanlah satu kelas. Cumanya kami satu unit. Satu rumah. Dia je yang tahu kenapa saya selalu datang prep malam awal.. Saya rapat dengan dia sebab dia sentiasa bersama saya selepas waktu kelas. Dan dia juga yang mendekatkan kami untuk bergambar dan berbual seketika ketika jamuan akhir tingkatan 5. Thanks dear. Tanpa kamu, mungkin sampai sekarang tak pernah ada gambar berdua dengan dia.. You are sooo sweet dear. Norashida Saad. Waktu kem SPM, dialah insan yang bersungguh-sungguh nak tolong saya ambilkan gambar si dia. Harapkan saya? Tidaklah..malu menggunung. sementelah masa tu macam ada ehem ehem kan. Memang tak lah saya.. Dear, i ingat lagi masa you panggil i ajak bergambar dengan dia malam tu, i kantoi tengah menangis. Tapi i bagi alasan lagu tu syahdu sangat.. sebenarnya i nangis bukan sebab lagu tu.. tapi i sendiri tak ingat kenapa i nangis.. Dear, bila you nak balik Aloq Staq? Jom lepak dengan i.. Maen bowling walaupun i tak pandai.. Paling tak pun lepak dengan i tengok wayang. I tak nak si dia..I nak you..Really miss you dear..

Buat 3 insan yang teristimewa di hati hamba sepanjang berada di MRSM.. Izati, Umai dan Shida.. Missing you all a lots.. Dah lama kita tak hangout sesama kan? Tunggu i keje ye.. Nak ajak keluar sekarang, i tak de duit.. Zati, bila you balik semenanjung, cepat-cepat roger i. Mana tahu time tu i dah ada keje, ada duit bleh lepaks sesama..XOXO..

Hahahaha..maksudnya Peluk cium buat kalian bertiga..

Memasak vs Menjahit ?

Wee... apolah nak jadi dengan diri ini.. Asal pasal dia je mesti excited sampai terover excited. Dah..dah..tak mau dah..Buang karan je dok excited pasal dia..hahaha..Hari ni nak share story pasal semalam.. Hehehe..Lambat update..broadband dah expired plak.. Malam semalam baru topup len. Saje amik yang prepaid internet sebab nak guna bila dok kat umah je. \(^o,^)/

Ok..apa saya buat semalam? Urmm..guess what?? Masak Laksa Sarawak!! hahaha.. I told my mom, "Mak, hari ni angah yang jadi chef.. Mak g siapkan baju kurung mak..hari sabtu ni tak bleh nak menjahit dah.." Ini bukan arahan..Jangan salah faham ye.. Kalau tak cakap gini, mak tak mau dok depan..Sudahnya kain yang berela-ela tu tak jadi baju kurung karang.. So, biar this new domestic engineer yang ambil alih aktiviti memasak ni..=D

Nak tolong menjahit hatta memotong kain, memang faillah. Cuba kau suruh buat benda lain, InsyaALLAH lah terror..agagaga...Nak masak laksa Sarawak ni, bukannya susah pun. Kalau susah pun, buat-buat tak susah..Kalau tak, nanti emak yang kat depan jadi duduk tak senang plak.. Saya masak laksa sarawak guna Instant punya. Kat Sarawak memang mudahlah nak dapat. Saya pun tak pasti mana mak saya dapat stok instant ni..hahaha..

Cara-cara :
1. Rebus ayam bersama sedikit halia.
2. Dah mendidih, ayam pun dah masak <--- Angkat ayam. Nak stok rebusan ayam tu je.
3. Masukkan rempah instant tu ke dalam stok rebusan ayam tu. Kacau-kacau..
4. Dah mendidih? Masukkan santan pekat pula. <--- Untuk pekatkan kuah.
5. Kacaulah lagi sampai mendidih lagi.
6. Pastu bleh lah buh bebola. Tak payah banyak-banyak. nanti barang hiasan laksa tu pun dah banyak..
7. Masuk garam sket weh.. Kalau nak sedap. Tambahlah kiub pati ayam. 
8. Last sekali masukkan daun kesom. Bagi naik aroma dia.. DONE~

Mudahkan? Bahan hiasan dia? Udang rebus, ayam rebus yang digoreng kemudian dicarik-carikkan, tauge yang dicelur, timun yang dikupas kulitnya dan dihiris-hiris, telur dadar yang dihiris halus. Dan bahan utamanya?? Bihun..Bihun ok.. Bukan laksa ala-ala laksa penang tu.. Tadaa..boleh dimakan.. Kalau tak yakin dengan resipi ni, sila gunakan khidmat En.Google..

Nice... satu portfolio sebagai domestic engineer telah selesai dilakukan.. Seluruh keluarga menikmatinya dengan penuh gumbira..hahaha.. Now, turn untuk menjahit plak..

Sejak saya masuk U kalau tak silap, setiap kali balik bercuti dan mak tengah menjahit baju kurung tuk kitorang, mesti akan dengar ayat ni: "Angah, meh tolong mak jahit leher baju ni. Mak tak nampak. Kalau nampak, mak buat dah.."
Dan jawapan standard dari saya: " Nak jahit camne ni?" .. Oho..dari dulu sampai sekarang dialog ni harus keluar sebab saya memang tak pernah ingat macam mana nak buat jahitan tu. Mak cakap jahit tulang belut. Ye tak? ke lilit belut? Yang pasti ada belut-belut ni. Dan untuk entah keberapa kalinya, mak ajar lagi cara nak jahit leher tu.. Mak buat sehari dah siap. Saya buat berhari-hari..Sampai mak dok tanya: " Dah siap angah?". Jawapan : " Belum lagi..Mengantok jahit leher tu". hahaha...Nampak sangat tak istiqamah menjahit..

Oh ye! kalau kamu-kamu semua nak tahu, sepanjang hayat saya yang dah nak masuk 23 tahun ni, seingat saya baru 2-3 kali je kot beli baju kurung siap dah kat kedai. Selebihnya memang dari kecil sampai dah besar ni, baju kurung mak buat sendiri. Baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung biasa.. semuanya emak buat sendiri.. Saya? Dah nama pun tak de bakat dalam menjahit ni kan? SO, kejenya hanyalah sekadar jahit leher dan juga buat silang pangkah dekat tangan dan bawah baju. Ala macam yang pernah belajar dalam kemahiran hidup dolu-dolu..

Ok.. dah tengah hari.. nak masak lunch pula.. Nak masak apa ek hari ni? 

~adios~