Rindu mereka bertiga..

Friday, May 20, 2011

Perkara apa yang penting untuk dibincangkan sesama kawan? Jawapannya :- Entah.. Tak tahu mana yang penting. Rasa macam nak cerita je semuanya..hahaha.. Bagi saya perkara yang penting dalam dunia ni adalah pasal keluarga, ilmu, akademik, persahabatan, kenangan, masa depan dan ...... entah..macam banyak pula benda yang penting dalam hidup saya ni..\(^o,^)/

Hari ni buka aimsweb. Tengok senarai tampal. Fuhh...4 subjek straight A.. mahu terjojol anak mata tengok result. Tinggal lagi 1 subjek tak keluar gred lagi.. Membuatkan debaran semakin kencang.. Dup dap dup dap.. Dulu pernah buat entrie nak dapatkan 4 flat sem ni. Urmm..tinggal lagi 1 subjek untuk tentukan 4 flat dalam tangan atau tak..Wah..berdebornya.. Dah ler jawab paper management hari tu macam haru biru je. Agak-agak ada harapan tak nak dapat 4 flat? Tak sempat nak tengok carry mark, tapi dari mereka katanya mostly bawah 40. Kalau carry mark dah bawah 40, cam susah sketlah nak dapatkan A untuk subjek ni. Tak pe2x..tunggu3x.. Kalau tak dapat A, memang tak de harapan nak dapat 4 flat hatta sekali dalam tempoh 4 tahun ni..=(

Saya kalau bercerita, memang tak ada kesinambungan. Suka hatilah..ceritera sara. Kalau ada kesinambungan macam nak jawab subjek penulisan dalam SPM plak. tadi pasal akademik. Sekarang pasal persahabatan.

Surat menyurat.. Wee..seorang kawan saya ni memang suka tulis surat. Setiap kali dia tulis surat, mesti berjurai air mata saya. Yelah, dia kata nak stay f4 dengan saya dekat mrsm tu. Alih-alih bila sampai waktu nak g prep, saya cari-cari dia.. Tapi tak jumpa. Kawan-kawan kata ada nampak dia depan pejabat maktab. Tapi saya tak nampak dia.. Berjurai-jurai air mata sebab sedih tak jumpa kawan yang di cari.. Beberapa minggu kemudian, sampai surat pertama dari dia. Norizati Mustaffa. I really miss you. Saya suka tulis surat dan baca surat dari kamu. Tapi sejak masuk U, kita mula terputus hubungan. Ada lah sekali dua bertukar surat. Semuanya sebab saya yang gagal untuk membalas surat awak.. Zati, i really miss you.. I wanna tell lots of story dengan kamu. Lain rasanya bilanya berhubung di facebook. Tak sama. Aci tak nak main tulis-tulis surat lagi? hehehe...

Psikologi.. Saya suka dia. Kata-kata dia penuh berhemah. Dia berani. Tak pernah gentar bila dihujani dengan pelbagai kritikan. Dia petah berkata-kata. Membuatkan saya berasa selesa berada di belakangnya. Cita-citanya nak jadi pakar kaunseling. Itu bagus. Saya nampak bakat yang ada padanya. Ana Humairah. Lain dari yang lain. Umai, miss you too.. Kita kenal dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Kalau ada apa-apa mesti kita buat together. Bila naik f4, you still dalam Dailami cuma i je yang terpaksa berpaling tadah ke Kindi. Tapi bila free, slalo je kita lepak sekali kan? hehehe..Wahh..so so miss you..

C.I.N.T.A.. hahah..cinta? Dia lah yang selalu temankan saya datang prep malam awal-awal masa bulan ramadhan ketika di tingkatan 4 dulu. Dia dan saya bukanlah satu kelas. Cumanya kami satu unit. Satu rumah. Dia je yang tahu kenapa saya selalu datang prep malam awal.. Saya rapat dengan dia sebab dia sentiasa bersama saya selepas waktu kelas. Dan dia juga yang mendekatkan kami untuk bergambar dan berbual seketika ketika jamuan akhir tingkatan 5. Thanks dear. Tanpa kamu, mungkin sampai sekarang tak pernah ada gambar berdua dengan dia.. You are sooo sweet dear. Norashida Saad. Waktu kem SPM, dialah insan yang bersungguh-sungguh nak tolong saya ambilkan gambar si dia. Harapkan saya? Tidaklah..malu menggunung. sementelah masa tu macam ada ehem ehem kan. Memang tak lah saya.. Dear, i ingat lagi masa you panggil i ajak bergambar dengan dia malam tu, i kantoi tengah menangis. Tapi i bagi alasan lagu tu syahdu sangat.. sebenarnya i nangis bukan sebab lagu tu.. tapi i sendiri tak ingat kenapa i nangis.. Dear, bila you nak balik Aloq Staq? Jom lepak dengan i.. Maen bowling walaupun i tak pandai.. Paling tak pun lepak dengan i tengok wayang. I tak nak si dia..I nak you..Really miss you dear..

Buat 3 insan yang teristimewa di hati hamba sepanjang berada di MRSM.. Izati, Umai dan Shida.. Missing you all a lots.. Dah lama kita tak hangout sesama kan? Tunggu i keje ye.. Nak ajak keluar sekarang, i tak de duit.. Zati, bila you balik semenanjung, cepat-cepat roger i. Mana tahu time tu i dah ada keje, ada duit bleh lepaks sesama..XOXO..

Hahahaha..maksudnya Peluk cium buat kalian bertiga..

1 comments:

Anonymous said...

di mana yer dia tu skarang??huhu<>