Memasak vs Menjahit ?

Friday, May 20, 2011

Wee... apolah nak jadi dengan diri ini.. Asal pasal dia je mesti excited sampai terover excited. Dah..dah..tak mau dah..Buang karan je dok excited pasal dia..hahaha..Hari ni nak share story pasal semalam.. Hehehe..Lambat update..broadband dah expired plak.. Malam semalam baru topup len. Saje amik yang prepaid internet sebab nak guna bila dok kat umah je. \(^o,^)/

Ok..apa saya buat semalam? Urmm..guess what?? Masak Laksa Sarawak!! hahaha.. I told my mom, "Mak, hari ni angah yang jadi chef.. Mak g siapkan baju kurung mak..hari sabtu ni tak bleh nak menjahit dah.." Ini bukan arahan..Jangan salah faham ye.. Kalau tak cakap gini, mak tak mau dok depan..Sudahnya kain yang berela-ela tu tak jadi baju kurung karang.. So, biar this new domestic engineer yang ambil alih aktiviti memasak ni..=D

Nak tolong menjahit hatta memotong kain, memang faillah. Cuba kau suruh buat benda lain, InsyaALLAH lah terror..agagaga...Nak masak laksa Sarawak ni, bukannya susah pun. Kalau susah pun, buat-buat tak susah..Kalau tak, nanti emak yang kat depan jadi duduk tak senang plak.. Saya masak laksa sarawak guna Instant punya. Kat Sarawak memang mudahlah nak dapat. Saya pun tak pasti mana mak saya dapat stok instant ni..hahaha..

Cara-cara :
1. Rebus ayam bersama sedikit halia.
2. Dah mendidih, ayam pun dah masak <--- Angkat ayam. Nak stok rebusan ayam tu je.
3. Masukkan rempah instant tu ke dalam stok rebusan ayam tu. Kacau-kacau..
4. Dah mendidih? Masukkan santan pekat pula. <--- Untuk pekatkan kuah.
5. Kacaulah lagi sampai mendidih lagi.
6. Pastu bleh lah buh bebola. Tak payah banyak-banyak. nanti barang hiasan laksa tu pun dah banyak..
7. Masuk garam sket weh.. Kalau nak sedap. Tambahlah kiub pati ayam. 
8. Last sekali masukkan daun kesom. Bagi naik aroma dia.. DONE~

Mudahkan? Bahan hiasan dia? Udang rebus, ayam rebus yang digoreng kemudian dicarik-carikkan, tauge yang dicelur, timun yang dikupas kulitnya dan dihiris-hiris, telur dadar yang dihiris halus. Dan bahan utamanya?? Bihun..Bihun ok.. Bukan laksa ala-ala laksa penang tu.. Tadaa..boleh dimakan.. Kalau tak yakin dengan resipi ni, sila gunakan khidmat En.Google..

Nice... satu portfolio sebagai domestic engineer telah selesai dilakukan.. Seluruh keluarga menikmatinya dengan penuh gumbira..hahaha.. Now, turn untuk menjahit plak..

Sejak saya masuk U kalau tak silap, setiap kali balik bercuti dan mak tengah menjahit baju kurung tuk kitorang, mesti akan dengar ayat ni: "Angah, meh tolong mak jahit leher baju ni. Mak tak nampak. Kalau nampak, mak buat dah.."
Dan jawapan standard dari saya: " Nak jahit camne ni?" .. Oho..dari dulu sampai sekarang dialog ni harus keluar sebab saya memang tak pernah ingat macam mana nak buat jahitan tu. Mak cakap jahit tulang belut. Ye tak? ke lilit belut? Yang pasti ada belut-belut ni. Dan untuk entah keberapa kalinya, mak ajar lagi cara nak jahit leher tu.. Mak buat sehari dah siap. Saya buat berhari-hari..Sampai mak dok tanya: " Dah siap angah?". Jawapan : " Belum lagi..Mengantok jahit leher tu". hahaha...Nampak sangat tak istiqamah menjahit..

Oh ye! kalau kamu-kamu semua nak tahu, sepanjang hayat saya yang dah nak masuk 23 tahun ni, seingat saya baru 2-3 kali je kot beli baju kurung siap dah kat kedai. Selebihnya memang dari kecil sampai dah besar ni, baju kurung mak buat sendiri. Baju kurung pesak gantung, baju kurung pahang, baju kurung biasa.. semuanya emak buat sendiri.. Saya? Dah nama pun tak de bakat dalam menjahit ni kan? SO, kejenya hanyalah sekadar jahit leher dan juga buat silang pangkah dekat tangan dan bawah baju. Ala macam yang pernah belajar dalam kemahiran hidup dolu-dolu..

Ok.. dah tengah hari.. nak masak lunch pula.. Nak masak apa ek hari ni? 

~adios~

1 comments:

waNna said...

tulang belut la yang. hihi.