Berkumpul~

Saturday, September 17, 2011

Wuhuuu..tergendala seketika aktiviti menghupdate blog. Masuk dalam draf lagi..Hehehe....

Seharian di rumah Dr. Rubita membantu beliau yang mengadakan Open House hari ni.. Dr. Rubita is a nice person. Gembira bila bersama beliau. Dan beliau jugalah yang menjadi pensyarah iringan sewaktu kami hendak ke Seoul, Korea hujung tahun lepas. Jadi sedikit sebanyak rasa selesa mendampingi beliau.. Nak story banyak, nanti kot.. Alamak... dah 2 ceritera tergendala.. Aih..

Ok.. Mereka sudah pun beredar pulang ke bilik untuk tidur.. Esok nak g ambil jubah kan? Minggu depan nak bergraduasi.. Err..dalam erti kata lain, minggu depan konvokesyen!!! Yeay!

Dapatlah bersua muka kembali dengan beberapa rakan. Lepak with them. Akmal, Intan and Naz. Together with Wani and Siti yang dah memang bermastautin di UTM ni..

Nak story banyak2x pun dah ngantuklah..

Untuk adik kayu di Sabah, bertabahlah ye.. Minggu depan kita hangout sesama.. Fly KK to JB safely ya! Jangan sedey2x..Jangan terseksa sangat..pilu pulak dengar..(T_____T)

Adios~ Oyasumi Nasai~~~~

mood ke Laut~

Thursday, September 15, 2011




Looking for someone..
To love..
And to be in loved...

Hahaha..mood tak boleh blah...<-------- Jangan dilayan.

Nukilan Indah~

Lumrah manusia..

Bila dah diberi satu. Nak dua. Dah dapat dua, minta tiga pula..

Kalau masa bersendiri, siang malam berdoa..
Mohon dipertemukan Jodoh dengan segera. Kelak diri tidak lagi sendiri.. (<--- ramai kan cenggini..hehehe)

Allah makbulkan doa-doa hamba-NYA..

Kompang dipalu..bertalu-talu.. Duduk bersanding..Tersipu malu..

Bulan berlalu.. Hari berganti..
Dah berdua.. tapi rasa macam tak cukup lengkap lagi...
Siang malam kembali berdoa..
Mohon dikurniakan zuriat penyambung kasih...

Allah tak pernah kecilkan hamba-NYA ..Apatah lagi mengabaikan doa-doa hamba-NYA..

Waktu beredar... Siang berganti malam..
Dengan murah hati..
Allah tiupkan roh ke dalam rahim seorang wanita... (transformasi dari seorang remaja -> isteri -> ibu )

Dulu sendiri.. Kini berdua.. Akan datang bertiga.. (Dulu sendiri..Kini sendiri....lalala..)


Allah murah hati..
Tak cukup satu..
Dikurniakan lagi 3-4 orang. Bagi lengkap seisi keluarga..

Tapi manusia tak pandai bersyukur..
Kadang-kadang manusia ni menjadi tamak..
Didera anaknya...
Tergoda dek nafsu, anak yang dikatakan penyambung kasih, dirogol tanpa belas..

Allah Maha Penyayang..
Takkan dibiarkan hamba-NYA itu teraniaya..

Makanya...
Nak kahwin..Dah cukup ilmu di dada?
Bukan ilmu akhirat semata-mata..tapi yang rukyah pun perlu juga..
Dah faham maksud tanggungjawab??
Sebab perkahwinan itu tak cukup dengan cinta dan kasih sayang...

Nak anak...Dah cukup ke persiapan diri?
Ke mana arah anak itu hendak di didik??
Atau sekadar untuk menggembirakan hati melihat keletah anak kecil??

Jangan tamak..
Bersyukur dengan setiap permberian ILAHI..
Tidak bertemu dengan Adam yang dijanjikan Allah,
bukan beerti kita perempuan tak laku..
Mungkin belum masa dan tikanya untuk ALLAH temukan kita..
Allah bagi extra masa untuk kita lengkapkan diri...

Apa guna kalau dah kahwin,,
Pengakhirannya adalah bercerai??
Takkan nak dibiarkan anak jadi yatim sebelum waktunya??

Yok fikir sesama..


PotLuck = Periuk Nasib?

Blurppp...erk? Hahaha

Alhamdulillah... Kenyangnyalah...Itulah hasil kepada aktiviti PotLuck. Amendenya PotLuck ni sebenarnya? Ate citer sket. Pot + Luck = Periuk Nasib?? Apa kaitannya dengan perut yang kenyang?? Atau dalam erti kata lain, nasiblah apa yang ada dalam periuk tu?? Err..


Google punya google, jumpalah istilah potluck ni.. Nak tahu apa kebendanya potLuck ni? Ianya sejenis periuk.. Err..bukan.bukan. 

"A potluck is a gathering of people where each person or group of people contributes a dish of food to be shared among the group."

Err.. amacam ada faham? kalau kita melayukan maksudnya, kita jumpa ramai-ramai dan pakat-pakat bawa makanan kemudian dikongsikan dan makan bersama-sama. Mungkin dah ada yang buat sebelum ni tapi tak sedar itu adalah potluck. 

Dan..dekat lab tadi ada potluck. Disebabkan macam konfius dan ragu-ragu, makanya kami tidak membuat dan membawa apa-apa ke potluck hari ini. Segan? Owh.. itu pasti.. Mujurlah lecturer yang join potluck tu jemput kitorang makan, kalau tak, memang sembunyi muka kat suraulah jawabnya.. segan...~

Antara menu potluck hari ini adalah nasi beriani ayam, rendang ayam, puding karamel, koktel, roti jala, pizza hut and etc.. Nyummy jugalah.. Memang berbakat semuanya.. Tahniah saya ucapkan..heee...Kenyang saya dibuatkan..

Terima kasih saya ucapkan kepada semua kakak2x dan lecturer dan yang terlibat dalam menjayakan potluck hari ini.. Lain kali kalau ada lagi, saya nak terlibat betul2x lah.. Bukan datang dan makan semata-mata..heeee....