Jom daftar MyBEM

Tuesday, October 4, 2011

Sementara tengah dok HOT lagi ni kan, baiklah saya khabar-khabarkan.. Hebah-hebahkan dalam blog ni.. Semoga memberi manfaat kepada yang membaca.. Err..ini bukan segmen ye.. Bukan juga games..Hee.. Cuma nak khabor.."Mohler reramai pakat daftar BEM"..

Ha? apa kebendanya BEM tu? Kalau nak tahu BEM itu adalah akronim kepada Board of Engineers Malaysia. Sangat-sangat perlu untuk mendaftar. Kalau dulu kena buat manually. Isi borang, attach sana sini baru bleh apply. Sekarang ni semi auto.. Err..betul tak? Pernah dengar MyBrain? MyPhD? Ok.. sekarang wujud lagi satu My iaitu MyBEM.


MyBEM Online Registration diwujudkan untuk memudahkan kita mendaftar dengan BEM. Actually, tak mudah mana pun.. sama je konsepnya macam sebelum ni..  Lepasan Graduan dalam bidang Kejuruteraan atau bahasa Inggerisnya Engineering dinasihati dinasihatkan untuk mendaftar segera dengan BEM. 

Tak kisahlah dah dapat kerja ke, tengah menganggur ke ataupun tengah bina bandar macam saya ni. Selagi degree anda bertulis Bachelor of Engineering, cepat2xlah pergi mendaftar. Nak mendaftar BEM ni kena ada transkrip Rasmi dan Degree. Lagi satu IC lah. Bukannya apa..ada orang cakap (hamek kau..orang cakap.. Dulu Ir. Dr. bagi lecture dalam kelas kau sembang.. kan dah jadi orang cakap..) Penting mendaftar dengan BEM ni. Memudahkan masa hadapan.. Kotlah tetiba dah lama kerja tetiba nak requet Ir. . Masa tulah ianya sangat2x berguna. Pengalaman bekerja anda dihargai orang.. Kalau tak mendaftar, kerja puluh-puluh tahun pun orang tak mau bagi Ir.


Orang yang nak sambung belajar pun, haruslah mendaftar juga. Kita daftar sebagai "GRADUATE ENGINEER". Basic lah ni. Lepas dah isi butir peribadi segala bagai tu, kenalah upload supported documents. Dalam erti kata lain, kena scanlah original degree + transkrip + IC. Lepas tu buat payment. Tapi payment tu hold dulu pun tak pe.. sebab apa? Sebab nanti, kena print Completed FORM A ni dan attachkan sekali salinan degree + official Transcript + IC yang telah disahkan oleh Professional Engineer. Tahu kan, betapa susahnya nak mendapatkan Ir. - Ir. ni.. Setyle juga kalau g jumpa Zaini Ujang minta sign. Beliau kan ada status Ir.. heee.. 

Lepas dah setel sah - mengesah ni, blehlah buat payment dan submit dokumen-dokumen berkenaan ke BEM. Ada tempoh 4 minggu untuk docs ni sampai ke BEM selepas tarikh mendaftar online (submit online lepas buat payment juga.). Kalau tidak, permohonan anda tidak akan diproses..

Wahhh..gila panjang saya berleter malam ni.. Key point dia, nak ajak kome2x register BEM je pun.. Penat dah baca? Sila klik banner untuk mendaftar dengan BEM.. Kalau malas nak scroll ke atas.. Kome klik je lah link kat bawah ni..


K..Adios~

Nak jadi Datuk Bandar Pulalah..

Fuhhhh.. Selamat malam semua.. Memula nak minta maafler pada teman-teman yang menyinggah dari pelbagai segmen tu.. Saya berhutang "lawatan ke blog anda".. Hari yang saaangat sibuk. Tak terkata sibuknya.. Laptop yang makin tua dan semakin lambat berfungsi, menjejaskan lagi aktiviti lawatan itu.. Tapi saya janji, nanti saya buat lawatan tidak rasmi ke sana.. Sama-sama tolong blogger bagi up traffik tu.. Ngeee..


Ha? Apa gambar kat atas ni? Aih takkan tak tahu?? Inilah bandar milik saya. Nak jadi perancang bandarlah pula.. Macam lambat je nak dapat offer jadi engineer kan? So, daripada bercucuk tanam yang lambat nak nampak hasilnya tu, adalah baiknya saya berangan sekejap jadi dato' Bandar.. Hehehe..


Hamek kau!! Banyakkan Quest dia? Lepas done satu, muncul lagi satu.. Naik lelah dibuatnya..=D Udahler sekarang ni Zoning Permit pun dah over limit. Tak bleh nak accept dah.. Dalam inventory dah ada 60/60.. Bukan tak mau beli tanah lagi.. Tapi population tak cukup.. Dia nak 16 800++ baru bleh beli tanah lagi. Sekarang baru dok ada 16 500++.. Memang lambat lagilah nak boleh beli tanah.. Hai, sabaq je lah..



Haaa.zoom in sket.. Ke zoom out ek? Pape je lah.. Sekarang pun tak sempat sangat nak main.. Kalau main pun, kutip sewa rumah, harvest tanaman dengan collect rent collect sewa kedai plus request help.. Nak menyinggah ke jiran tertangga, tak dapet.. Internet slow.. Keuzuran laptop ni membuatkan lagi lambat dia loading.. Uji tahap kesabaran betul! Aih...

Oklah..inilah keje part time saya.. Menarik kan?? hahaha...




p/s : Semoga ini yang terbaik untukku. Semoga aku tidak salah membuat keputusan..

Hard to Forget~

Monday, October 3, 2011



Laksana Pungguk Rindukan bulan..
Jauh di mata, mungkin jauh juga di hati..

Jauh di lubuk hati..
Biarlah tak nampak dek mata, tapi kekal dalam hati..

Maafkan aku..
Kerana tak mampu berhenti dari mengingatimu..

Tempoh masa yang menjarakkan..
Sedaya upaya aku cuba melupakan..

Namun..
Makin aku cuba melupakan..
Makin kuat ia datang ke lubuk fikiran..

Aih...
Ok..Tak payah susah-susah nak lupakan..
Best thing to do?
Jangan fikirkan...
Baik..

Chenta habis~

Bila tengok blog my little sista a.k.a my adik sepupu, jadi teruja plak.. Dah musim spring agaknya kat sana.. Thousands of flowers.. Canteekkk sesangat.. Amek kau.. Sampai berdouble bertriple dah saya taip.. Tapi sangat cantik.. Especially Dafodills. Selama ni saya rasa orkidlah yang paling chantek di abad ini.. Hee.. I love orkid ok!.. Tapi bila terpandang je dafodill ni, Alamak! Jatuh cinta pandang pertamalah pula..


Agak-agak kat Mesia ni memang tak ada Daffodils ni atau saya yang tak pernah nampak ek? Kalau nak bercuti ke New Zealand sebab nak tengok bunga-bungaan ni, brapa ribu nak kena ada dalam poket ek?? Haih..

Someone..Please give me a bouquet of Dafodill please.. =D