Part 2 : Itaewon, Seoul

Thursday, December 30, 2010

Assalamualaikum.. Salam dari bumi Seoul.. Eh, tak..tak..dah balik Malaysia pun.. Salam perantauan buat Mak dan Abah di Kedah.. Eh, salah entrie lagi..

Sebenarnya, kali ni saya nak bawa kamu-kamu semua mengembara ke bumi Seoul. Jom kita jalan-jalan di Bandar Itaewon. Bandar ke? Urmm..tak pasti pula. Untuk pengetahuan semua, inilah destinasi pertama kami sewaktu di bumi Seoul. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka pakai baju. Berlapis-lapis jugalah pakainya. Walaupun tak de salji yang turun dari langit, tapi suhu di luar mengalahkan suhu dalam peti ais. Ketaq kaki nak berjalan. 

Macam yang saya pernah ceritakan dalam entrie sebelumnya, Itaewon ni lokasi paling sesuai untuk muslimin dan muslimat mencari juadah dan makanan halal buat pengisi perut. Takkanlah pergi negara orang nak puasa straight 7 hari kan? Larat nak telan biskut kering je hari-hari, ye tak? Hehehe..So, pergi Itaewon, anda pasti terpesona dengan kedai-kedai makan yang halal bersusun itu.. Dah macam promoter pula.


Lepas bersarapan pagi di sebuah restoran Arab + Pakistan = Timur Tengah, Inchie Tour Guide bawa kitorang jenjalan kat Itaewon. Macam yang korang tengok dalam drama-drama Korea tu kan, kat sini memang diorang suka berjalan. Laju-laju. Kura-kura kalau nak berjalan seiring memang tertinggal. Even, kitorang pun banyak kali kena tinggal. Dan tidak saya nafikan struktur pembangunan di situ memang berbukit bukau. Ini tidak tipu.


Indahnya Itaewon, satu-satunya tempat di bumi Seoul yang kami bertemu dengan Masjid. Ini buktinya. Nak ke masjid tu, kena daki sikit jalan tu. Ada ais kena elak. Kalau tak, gedebom jatuh tergolek sebab tergelincir. Awas. Sakit tau.


Seronoknya datang musim sejuk ni sebab bila bercakap, mulut keluar asap.. Rasa nak bercakap jer. Sebab seronok tengok asap yang keluar tu. Ingatkan dalam drama-drama TV sebelum ni diorang pakai teknik GDI ke apa ke nak munculkan asap tu, tapi memang betul asap keluar.. Er, asap ke kabus ek? Orang panggil apa?? 


Tapi, yang tak seronoknya, bibir cepat kering. Kena rajin sapu lip balm atau lip gloss. Haa..time ni lah boleh tengok kawan-kawan laki sapu lipstick kat bibir.. Hahaha.. Silap-silap..sapu Lip balm. Untuk pengetahuan semua, MAFLA wajib pakai. Kuranglah sikit suhu sejuk yang sampai ke badan. Barulah rasa warm je sekali pun berjalan di bandar bersuhu bawah 0 darjah celcius. Kat Malaysia, kalau pakai mafla, konfem orang kata ada yang tak kena dengan kita nanti.. heheh..


Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar kat bumi Seoul ni.. Tapi tak sempat nak minta lagi.. Gambar-gambar ni baru dari 3 kamera. Ada banyak kamera lagi yang belum di ambil. Semuanya teruja. Setiap langkah rasa nak rakamkan dalam kamera. Itu sebablah selalu kena tinggal dek Inchie Tour Guide.. Wahaha..





Ini masjid Itaewon. Kami sudah ke sini.. Jujur saya bagitahu, saya tak suka pakai sarung tangan sebenarnya. Sebab tu banyak gambar saya, sarung tangan mesti tergantung je macam tu. Sejuk memang sejuk. Tak saya nafikan. Tak baik bohong kan? Tapi saya suka biarkan tangan saya dalam kedinginan suhu di bumi Seoul. Best je rasa. Tapi kalau dah gila-gila bekunya, pakai jugalah sarung tangan tu. Takut defrost pula.. Hehehe..Salji tak turun pun boleh defrost ke? Entah.


Dari kiri adalah Aimie, Akmal, Saya dan Siti Zubaidah. Girls in Black.. Enjoy the scenery very-very much. Lepas ni kita mengembara ke tempat lain pula ok!. Tadaaaa..

1 comments:

fiq said...

wah best giler! sejuk lak tu =D