34 hari lagi? Eh, Durian!

Sunday, April 3, 2011

Assalamualaikum..

Rasa macam dah seminggu tak menulis pape dalam blog. Sedangkan sebelum penghujung bulan Mac datang, banyak je benda yang ditulis.. Sampaikan dekat blog archive tu dah lebih dari 30.  Tapi sejak seminggu yang lalu, tak tahu kemana mood menulis tu menghilang..

Dah lama juga tak join di ruangan sahabat blogger. Sedangkan sebelum ni baru je nak berjinak-jinak aktif.. hahaha..Semuanya kerana mood??? Sabau ajelah.. Tengok tajuk entrie? Sebenarnya saya pun tak tergerak nak mengira. Sekali terbaca dekat sini. Apa lagi..Cepat-cepat buka planner dan nak kira juga!..hehehe..

Satu..dua..30 tolak 3 tambah 7 = 34 hari. Yeay! lagi 34 hari nak duduk di UTM ni.. Wahh...amazing...psm tak siap lagi..assignment pun terkuntang-kanting lagi tak tahu nak start macam mana.. Next 2 week present psm. Lepas tu study week seminggu. Then masuk minggu exam. 4 paper untuk 2 minggu. Tak boleh main-main dah. Belum masuk nak siapkan tesis dan mengemas barang-barang lagi.. Gamaknya, lambat jugalah balik umah.

Thesis tak g tempah lagi.. Dasat tak? hahaha..Macam blur je dengan tesis ni. At least kena tulis 40 page, dah siap 27 pages. Lagi 13 pages khas untuk result, discussion dan conclusion. Sabau-sabau..

34 hari lagi di UTM.. tapi macam banyak je lagi tempat dalam UTM yang tak sampai.. Tapi yang penting, semalam dah sampai ke dusun UTM. Wee..tengok pokok durian tengah berbuah kot..Tapi tak de yang dah jatuh untuk dibuat makan. Sedey di situ..

durian oh durian


Dan julung kalinya dapat minum air kelapa dari buahnya tanpa perlu menggunakan parang untuk membelah.. Yeay! Tahniah Sara!! Lepas tu g kait buah rambutan pula.. Banyak jugaklah. Kitorang tak ambil banyak pun walaupun masa tu rasa nak kait satu pokok tu..hahaha..

Kenapa sampai ke dusun UTM? Sebab..sebab..konon-konon nak buat CF untuk projek transducer..hahaha..kelakar tak? Hasilnya? Tunggu isnin ni.. nak present dan demo mini projek transducer.

Dah ahad.. Lagi sekali tak tahu nak buat apa walaupun bersusun kerja kena buat. Mesti nanti end up layan family outing pula. Owh...please..3x...i need to settle down my psm.. Tinggal seminggu je lagi sebelum presentation.. Nak buat slide lagi..owh...lagi sekali terpaksa mengundurkan diri dari dunia blogging untuk seketika..=((

4 comments:

Syukri Hasshan said...

boleh makan dak??pos mai 10 biji ke penang!!hahahah

Farhana Jafri said...

chill.. take ur tym okay.. blog ni xke mne pon.. siapkn dlu mne yg pnting.. all the best okay!! durian tu nmpak sdap.. t klau ad yg jtuh hulur2 la sket.. hehehehe

jemput singgah ANASAURUS :)

Mat Gebu said...

Boleh buat jem..tempoyak..lempuk...kek..muffin..pancake..bingka..serawa..bubur pulut hitan...bubur kacang hijau...wajik...pengsannnn >_<

Cik Sara said...

@Mat Gebu

Fuhh..yang membaca turut terliur Pak CIk Mat!!