Saya tak suka bila...

Saturday, April 16, 2011

Entrie warming up..hahaha..boleh ke? Assalamualaikum..Selamat malam..Eh, dah pagi..Selamat pagi.. hehehe...
Fuhh...perut dah kembung makan durian..Sedap2x.. Thanks pada insan yang sudi belanja saya dan rakan-rakan makan durian.. Dapat durian free.. nyum..nyum...
Eh..eh, cam lari dari tajuk entrie pula..kita simpanlah kisah durian ni seperti mana kisah-kisah lain turut tersimpan dan terperap itu..hehehe..

Saya tak suka bila....
1. Bila saya kena menunggu orang.. Dalam erti kata lain saya tak suka dengan orang yang tak reti nak tepati masa.. Yeah!.. Sebab bila saya gagal untuk tepati masa, saya mesti kena marah.. Tapi kalau orang lain tak tepati masa, tak pe pula.. Saya sangat tak suka. Kalau sekali dua kita gagal untuk menepati masa itu kira waktu kecemasanlah kan.. Tapi kalau dah setiap kali pun kita asyik lambat je, tak ke macam nak mengundang amarah orang lain.. Jadi saya berpegang pada prinsip, "Jangan biar orang menunggu kita..Dan saya pun tak mahu tunggu orang.."
Ayat kasarnya :- Kau bukan anak raja mahupun permaisuri apatah lagi puteri raja untuk aku tunggu-tunggu..

Saya tak suka bila...
2. Orang berteka teki dengan saya.. Ok..saya bukan nak masuk pertandingan "Jawab Teka-teki". So, either kau cakap straight to the point atau kau jangan sesekali keluarkan point lepas tu kau cakap "Tak de pape.." "Entahlah.." 
Aih, memang pantang tok nenek aku kalau dengar orang cakap lepas tu tak nak habiskan ayat. Kalau tak nak cakap, dah simpan je. satu huruf pun kau jangan keluar.. Buat serabut kepala otak aku je dok pikir apa yang kau nak sampaikan walaupun sepatutnya aku tak payah pikir pun.

Saya tak suka bila...
3. Ada orang yang mencari kesenangan di atas kesusahan orang lain. Macam mana nak cakap ye?? Tak faham? Tak pelah..tak de contoh pula nak tulis.. Kalau ada karang, saya tulis..

Saya tak suka bila...
4. Orang hanya cari saya bila bab akademik, tapi bila bab bersuka ria langsung tak ingat kat saya.. Aih, ini pun pantang juga.. Kau ingat aku library bergerak kau ke?? Memanglah sharing is caring.. Lagi banyak ilmu kita kongsi, lagi banyak pahala yang kita dapat.. Tapi kalau tang nak cari ilmu je baru kau cari aku, time lain kau buat tak reti je dengan aku, kawan ke namanya tu?? 
Contohlah:- Saya terror giler guna Software CAD (hahaha..padahal sebutir pun tak tahu benda ni..dah nama pun contoh kan?? layan je dulu..), lepas tu memandangkan kau perlukan seseorang untuk ajar kau software tu, kau pun datang dekat dengan aku, cakap baik punya suruh ajar kau. Tapi bila aku dah ajar-ajar dan kau pun dah terror, kau buat dek je dengan aku.. Pergi berlibur sikit pun tak jemput aku sekali.. Apa kes?? 

Saya tak suka bila...
5. Orang cari saya waktu dia susah je.. Bila dah senang, lupa terus dengan saya. Memang tak suka..tak suka..dan tak suka.. 

Saya tak suka bila...
6. Ada orang yang tiba-tiba dok terhegeh-hegeh depan saya. Shuh..shuh..g memain jejauh.. Meluat saya tengok orang dok terhegeh-hegeh ni. Kalau rasa nak terhegeh-hegeh pastikan anda jauh dari pandangan mata saya..

Dan saya tak suka bila...
Bila-bila saya rasa tak suka.. Ada masalah ke?? hehehe.. Dah nama pun manusia kan?? Mestilah ada ketikanya kita akan terasa dengan orang. Mesti ada ketikanya kita tak puas hati dengan orang..Dan ada ketikanya kita rasa cam lantak kaulah..malas aku nak layan.. Dan segalanya ada ketikanya.. Mungkin kau, aku dan dia berbeza sekalipun rambut kita mungkin sama-sama hitam..Sama-sama ikal..Sama-sama kerinting..Tapi itu tak bermakna kita sama dalam segala hal.. Kalau tak, tak delah variasinya kan??

Tapi dalam banyak-banyak yang saya tak suka..Saya memang tak suka yang no.1 tu.. Jadi, janganlah salahkan saya kalau tetiba anda lihat saya buat tak tahu je dengan anda.. Sebab saya memang tak suka dengan orang yang berkali-kali dok lewat.. Saya tak kata yang saya ni sempurna selalu datang awal, tapi saya cuba untuk tidak membiarkan orang menunggu saya.. Sebagaimana saya tak suka ditunggu begitu jugalah saya tak suka menunggu..

Point-point lain masih boleh toleratelah.. Biasalah manusia.. Hahaha.. Dan yang paling penting saya tak suka bila..
JANJI MELAYU disamakan dengan LEWAT MENEPATI MASA..

Weh..malulah..orang melayu yang menjadikan janji melayu sebagai suatu yang negatif.. Sampaikan:-

A : Weh, nak kumpul pukul brape ni??
B : Kumpul pukul 6.30pagi ek?
C : Ala..janji melayu..Cakap pukul 6.30..Sat g pukul 7.00 baru semua berkumpul.. Biasalah tu..

Dah macam stigma kan? Asal janji melayu je mesti kena ada delay masa.. Sampai bilalah fenomena ni nak berterusan. Tak boleh ke kalau kita dah janji dengan orang tu nak jumpa pukul 9.00, mean dat pukul 9 tu dah face to face dengan semua orang.. Bukannya pukul 9 tu baru nak gerak dari rumah atau bilik memasing..

Fikir-fikirkan..dan renung-renungkan.. Di mana letaknya kita.. Adakah kita antara golongan yang sentiasa membiarkan orang menunggu kita..atau adakah kita sentiasa menunggu orang..atau adakah kita yang merealitikan Janji melayu sebagai Lewat?.. Dimanakah??

** Pernah juga buat experiment, datang lambat.. Tapi lepas tu rasa bersalah pula sebab biarkan orang menunggu.. Pernah juga saya datang lewat 5 minit, tapi rupa-rupanyan masih menjadi orang terawal yang sampai.. kelakar kan?? Lewat but still antara yang terawal. 

0 comments: