Kursus Etiket dan Protokol Dinner Fakulti

Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Good Morning...Ohayou Gozaimasu...

Apa khabar semua? Adakah pagi-pagi anda indah dari sebelumnya? Sebelum saya berceloteh lebih panjang tanpa dapat dihentikan mehler perhatikan tajuk entrie saya kali ni...

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL DINNER FAKULTI

Ok..ada siapa-siapa rasa ada yang tak kena ke dengan sebaris ayat ni?? sila angkat tangan!! kamu. Kamu..dan kamu.! Yeay! kamu nampak jugakkan? Itulah yang saya nak ceritakan hari ini.. tapi sebelum itu bagi yang perasan dengan keabnormalan yang wujud dalam ayat di atas, boleh turunkan tangan anda sekarang.

Setuju tak kalau saya cakap ayat di atas sewajarnya ditulis begini:-

KURSUS ETIKET DAN PROTOKOL MAJLIS MAKAN MALAM FAKULTI

Atau ada sesiapa yang ada ayat yang lebih sedap untuk ditulis, dibaca dan dibanggakan sebagai anak melayu?? Kepada pihak penganjur yang menyiapkan banner besar berwarna hijau dan mengeluarkan arahan wajib kepada kami pelajar tahun akhir, sila minta maaf dengan pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka di atas penggunaan bahasa rojak di dalam kawasan universiti. Ini adalah sesuatu yang amat-amat memalukan.

Dahlah mewajibkan pelajar tahun akhir yang sedang berada dalam waktu-waktu kritikal membuat PSM, lepas tu buat banner bahasa rojak.. Langsung tak menggambarkan BAHASA JIWA BANGSA. Hahaha..pagi-pagi dah membebel. Bukannya apa, Angkara kursus ni kelas 2 jam dibatalkan. Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk masuk ke makmal dan menyentuh kerja-kerja PSM turut "terbakar". Etiket dan protokol makan malam ni dah buatlah masa dekat matrik dulu. Dalam bahasa Malaysia yang sedap didengar adalah makan beradap! yes! Ingat tak kalian-kalian semua?? Kita pernah buat dah masa di matrik dulu?? Makan dengan sungguh tatatertib dan penuh keayuan.. Ada bunyi sikit je yang datang dari meja makan, markah dipotong!

Kawan-kawan nak tahu? Kursus Etiket dan Protokol ni akan bermula jam 8.30pagi jap lagi.. Dan nak tahu sampai pukul berapa?? Sampai pukul 5.00 petang. Wajib kepada semua pelajar tahun akhir yang menuntut ilmu di Universiti ini.. Bertempat di DSI.. Apa jelah yang dia nak merepek lama-lama tu.. Dan makan malam Fakulti Kejuruteraan Elektrik akan diadakan pada 13hb April 2011.. Selepas perbentangan projek. Senpai, korang ada kena macam ni juga ke dulu-dulu?

Ok, nak pergi kursus dah...~

2 comments:

shahsyaz said...

mende2 mcm neh baru agi sem neh buat..hahahhaaa..

nseb korg yg kene..
n then yg bwh2 pon akan ikowt..

Syafiq Rosli said...

hehe..selamat berkursus ye..:)