Hahaha..kelakar..kelakar..kelakar..Nak gelak dulu..hehehe...
Eh, asyik sangat ketawa sampai lupa nak bagi salam.. Assalamualaikum readers... Selamat pagi..selamat tengah hari dan selamat selamat selamat..Yeay! selesai sudah satu paper.. Smack down Tomo Paper! yeay! =) kih..kih..kih..kenapa saya suka sangat?? Sebenarnya bukan happy giler-giler sebab exam tomo dah selesai.. tapi rasa kelakar dan geli hati dengan apa yang berlaku.. Dah last-last sem pun buleh jadi cenggini.. Ingatkan bila dah last sem sama-samalah bantu..tapi lain pula jadinya...
Semuanya angkara hint.. nak dengar cerita?? Ok adik-adik, duduk keliling nenek..nenek nak cerita satu hikayat.. Mungkin ada yang pernah dengar hikayat ni, tapi biar nenek ceritakan juga.. Eh, choopp! nenek tak larat nak cerita.. biar saya gantikan nenek bercerita..
Bila musim peperiksaan hampir tiba, kelas terakhir merupakan kelas yang paling seronok. Sebab apa? Sebab time kelas terakhir ni lah lecturer nak "bocor"kan soalan exam. Mula-mula lecturer bagi sikit. Dah namanya pun budak kan? minta lagi.. Lecturer serba salah.. Tapi sikit-sikit dia bagi juga hint apa yang akan keluar exam. Tak kisahlah apa pun subjeknya, perkara sebegini pasti berlaku. PASTI.
Dalam seronok-seronok dan stress study walaupun ada hint diberi, muncullah kertas peperiksaan yang dulu-dulu, sehari sebelum peperiksaan sebenar. Berpegang pada prinsip "Sharing is all about caring"..."Nak success sama-sama"...makanya, operasi penyebaran Past year paper bermula.. Internet menjadi medium penghantaran. Malangnya, di satu sudut lain rupa-rupanya ada insan yang dah pun dapat dulu Past year paper ni siap complete dengan skema jawapan lagi.. Tapi tak de usaha untuk menyebarkan di situ. Kenapa? mungkin jawapan hanya pada mereka. Menanti. Menunggu. Tak juga beroleh. Tak sabar menanti, terus pergi berjumpa dengan insan's yang ada skema jawapan tu..
Sedihnya, tiada keterbukaan dalam berkongsi jawapan. Masih ada yang sembunyi-sembunyi.. Kenapa? saya pun tak tahu. Ok, sambung cerita. Disebabkan sedih dengan jawapan yang diperoleh yang tak berapa nak complete dan nak bagi tak bagi, terus buat keputusan untuk jumpa dengan lecturer. On da way jumpa lecturer, terserempak pula dengan sekumpulan rakan-rakan. Berita gembira "Skema jawapan dari lecturer pada mereka!" Tak lah complete sangat, tapi itu yang berjaya di simpan dalam ingatan waktu berjumpa dengan lecturer. Tapi..walaupun ada skema, niat asal untuk berjumpa lecturer tetap diteruskan.
Dah selesai jumpa lecturer, terus duduk bersidang dengan mereka di meja bujur. Sama-sama completekan soalan past year paper tu. Saya namakan kumpulan ini sebagai kumpulan B. yang tadi tu kumpulan A. Kumpulan B ni bagitahu, mereka baru nak taip-taip untuk email kan pada yang lain.."Wah!!!..bagus betul mereka ni.. betul-betul ingat member yang lain".. Kumpulan A masih belum berkongsi apa yang mereka peroleh.
Ada satu lagi kumpulan iaitu kumpulan C yang langsung tak menerima apa-apa. Saya sebagai coordinator..atau orang tengah..hahaha..Saya kata: "Tak pe..nanti saya scan dan email dekat semua..". Dalam hati, bilalah kumpulan A nak bagi apa yang diorang dapat ni.. Kenapa kumpulan B dengan C tak tahu pape dari A?? Pelbagai persoalan. Tak kisahlah.. lepas maghrib, pergi makan dulu sambil duduk lepak3x..hahaha..mentang ada jawapan, sempat lagi g lepak kan??..
Balik bilik, tanya dengan kumpulan C dah dapat pape skema ke belum. Jawapan: BELUM.. Aih, kumpulan A ni memang tak mau share dengan orang lain ke? Kumpulan B dah serah dekat saya untuk saya sebarkan. Tapi saya nak tunggu kumpulan A dulu.. Kecewa. Tak sampai hati pula membiarkan kumpulan C terkontang-kanting tanpa jawapan. Lepas isya', saya pun memulakan operasi menyalin dan memahamkan skema. Hampir pukul 10.00++ saya scan dan emailkan kepada kumpulan C. Since kumpulan C masih tak dapat pape, saya dahulukan mereka. Dalam hati masih mengharap yang kumpulan A akan berkongsi apa yang mereka dapat. betul atau salah bukan persoalannya, tapi sama ada kita "makan" sorang-sorang atau "makan" ramai-ramai..
"Kalau dapat pape tips bagitahu ek?." Kata insan G.
Tapi peliknya bila Insan G ni yang dapat tips, tidak pula dikongsinya dengan member yang lain. Makan sorang-sorang. aih..kelakar..
Almost 12am. tak dapat pape juga dari kumpulan A. Ehm..tak pelah..sharing is caring..buka juga email..Attach image yang scan tadi. pilih3x..send email. No discrimination. Walaupun sedih dan kecewa dengan sikap segelintir insan yang tidak sudi berkongsi, saya kongsikan juga.
Eh, tadi ketawa..tiba-tiba sedih plak? ngok ngek kan?? yang kelakarnya bila tengok ada insan J dari kelompok kumpulan A yang dapat latest hint ni, pulun hafal dan study sensorang.. Tidak pula diajaknya ahli kumpulan A yang lain. Err..tidak diberitahu agaknya. Mungkin semua dah terima email saya agaknya.. gembira semacam je pagi-pagi tu.. Tapi...tetap nampak selfish di situ..Dapat dan simpan.
Itulah kisahnya adik-adik.. Esok-esok jangan buat begini ye..
Apa yang kita dapat, kita sebar-sebarkan.. Kita kongsi-kongsikan.. ilmu kan? bukan luak pun kalau bagi kat sini sikit, kat sana sikit.. Lagi banyak kita kongsi, lagi bertambah ilmu yang kita ada. Sebab tu cendekiawan zaman dulu sangat cerdik.. Sebab ilmu yang dia dapat, dia bagi benefit pada orang lain.
Dan saya pun suka berkongsi dengan orang yang suka berkongsi. Kalau orang kedekut, then tak de sebab untuk saya ikut berkongsi dengan dia.. Tapi kadang-kadang badan tak membenarkan apa yang hati nak.. sebab tu tangan bergerak juga menghantar email.
1 paper dah selesai dengan jayanya. Tak mengharapkan markah penuh. cukuplah sekadar mampu menaikkan pointer semula. Dah semester terakhir sebagai mahasiswa utm, haruslah berdoa dan berusaha untuk yang terbaik kan? So, lepas ni..sebar-sebarkan lah apa yang ada. Tak de scanner, rajin-rajinkanlah diri menaip dan meng'email' kan pada yang lain.. Mungkin apa yang kita bagi tak lengkap dan tak betul seratus peratus, tapi at least setiap kali dapat sesuatu, kita ingat yang kita ada kawan-kawan yang sama-sama ambil subjek tu. Takkanlah esok-esok keluar markah gila mantap, tapi kawan-kawan lain rendah je.. sedih kan? Dan jangan pula sengaja share benda yang dah kita tahu salah. Konon-konon nak bagi kawan-kawan yang lain kantoi.. Tak baik menzalimi orang lain..
End of story... nak rehat jap..nanti nak sambung study imaging pula.. 2nd paper on 30th April 2011..
1 comments:
Tiada Kejayaan Tanpa Usaha..Good Luck..
p/s : Letih mmbaca, panjang plk entry kali nie..
Post a Comment