Kajian KPT --> DONE!

Tuesday, April 19, 2011

Assalamualaikum...

Fuhh..dekat seminggu ambil untuk siapkan Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ni.. Dekat 200 soalan jugalah kena jawab merangkumi beberapa aspek.. Dasat-dasat.. Kenapa seminggu? Sebab bergantung harap pada WIFI je.. Jadi ada masa dan ketikanya, WIFI tunjuk full bar tapi tetiba survey down. Ok.. tinggalkan dulu.. Cuba lagi lain kali.. Sehari dapatlah jawab 2-3 bahagian.. Nak habiskan 10 bahagian tak ke ambil masa sampai seminggu juga tu??

Apa kebendanya Skala Kemahiran Insaniah Malaysia ni? Entahlah.. saya pun tak tahu.. Dapat arahan kena isi kalau tidak, akan menjejaskan proses pengijazahan untuk KONVO ke 47 nanti.. Tak caya? Betullah tak tipu.. Arahan tu berbunyi begini:-

Untuk makluman juga kegagalan untuk mengisi kajian tersebut boleh  menjejaskan kelancaran proses penganugerahan ijazah sarjana muda pada konvokesyen ke 47 kelak.

Jadi,untuk memastikan proses penganugerahan ijazah berjalan lancar, haruslah menurut kata.. Kalaulah Harvard hari tu pun keluar arahan macam ni, mesti saya tak berani skip.. hahaha..UTM oh UTM..

Borang kajian ni wajib dijawab oleh semua pelajar IPTA seluruh Malaysia. Sebab ini adalah dibawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.. Tarikh tutup untuk menjawab kajian ni secara ONLINE telah dilanjutkan sehingga 30 April 2011.. So, kalau rasa anda mahasiswa tahun akhir dan belum menjawab Kajian ni lagi, silalah berbuat demikian..


Dan inilah hasil dan laporan penilaian saya.. Dahsyat3x.. Memang tak de bakat dalam keusahawanan..

Untuk lebih jelas, sila rujuk petunjuk dan nota di bawah.. Kalau agak-agak tak nampak juga, kliklah gambar tu untuk tumbesaran yang lebih sempurna..


Adios~ bye..

2 comments:

nur anis said...

saya pun dah buat benda tu..gigih nak menjawab..berminggu jugak lah..huhu

cik pulau said...

errr.. kena jawab ke.. huhuhu