Sama..Serupa..Sebijik Beb!!

Thursday, May 5, 2011


Entrie tak de kaitan dengan gambar..Err..mungkin ada kaitan..Nak story apa hari ni? Urmm...pikir sat lagu mana nak susun ayat bagi kemaih sket.. Tapi kalau tak kemaih pun hampa bleh paham kan?...

Baru sat-sat tadi ja kami jawab soalan final untuk subjek transducer. Hampa nak tau dak, hepi sungguh kami bla bukak je soalan, uih mak hang..sebijik! Serupa! Sama beb!..
Sama dengan apa? Sama dengan soalan past year paper. Dari soalan satu sampai soalan 5. Mungkin ada lah sket minor changes, tapi kami buat-buat tak nampak ja.. Yang penting key point dia sama.. Gembira sat.. Walaupun bukan ingat pun semua jawapan tuk soalan dalam tu.. Banyak kot nak kena hafal.. Principle hat ni.. Operational hat ni..Macam-macam..

Best juga dok final year ni rupanya..kahkahkah..Awat kami cakap lagu tu? Pasai kalau nak ikutkan dah 2 final exam, lecturer bagi soalan final yang semester lepaih punya.. Takkan hang tak syok kot kan? 1st, paper Tomo..Sama juga kesnya.. Serupa..sebiji..Apa lagi, pakat dok hafai jawapan ja lah..masuk dewan exam, dari 2 jam jawab sejam je..Ya lah, bukan gaduh nak pikiaq apa pun..semua dah pikiaq sebelum masuk dewan exam..

Tapi tuk transducer ni, kenalah juga pikiaq sket.. Err..bukan pikiaq sebenarnya, dok berusaha nak ingat. Biasalah bahasa orang putih ni kadang-kadang buat kepala otak serabut.. Kalut dibuatnya.. Kalau nak buat ala-ala kartun, bleh tengoklah formula, definisi semua macam melayang-layang ja dalam brain yang satu ni.. Mujuq ada 1 brain ja..itu pun dah cukup complex..kalau dibuatkan ada 3-4 brain, mahu meletup time exam..

Secara keseluruhannya, kami tak harap pun buleh dapat full mark..Walaupun ala-ala "Soalan Bocoq" tapi ada gak yang tak buleh jawab.. Tak ingat beb.. Boleh bayangkan dalam note, jawapan dok slide nombor brapa, tapi bila nak keluaq ayat dia tu, mulalah dok garu kepala pikiaq apa kebendanya ayat tu..Contoh tetiba:- ...something is instataneous with something.. That somethinglah yang tak bleh nak cerna. Menatang apa kah pun tak bleh nak habaq..

Harap-harap lecturer bleh terimalah jawapan kami tu naa.. Semoga Allah permudahkan dan lembutkan hati lecturer-lecturer kami time menanda kertas soalan tu.. Mudah-mudahan bleh dapat A semua subjek.. Carry mark untuk Imaging dengan Transducer macam dah cantik dia.. Tinggal 50% ja lagi dari final exam untuk menaikkan seri keputusan tu.. Amin..~

Dan hari sabtu ni last paper.. Engineering Management. Ada member habaq mai, 
"if you want to score management, think like a manager"
Err..lebih kuranglah..Ok..kami nak pi jadi manager sat..bagi score management plak..

~adios~

1 comments:

sha said...

seronok cik sara dapat soalan bocoq..

good luck la yer..