Akhirnya..ku temui facebook DIA..

Monday, May 16, 2011

Entah apa mimpi hari ni.. Eh, bukan mimpi..sejak hari terakhir di utm bersama-sama Akmal, Siti dan Aimie. Lepak di bilik Akmal. Tetiba request dengan akmal nak tengok gambar DIA dari facebook kawan Akmal yang kebetulan satu course dengan DIA. Cuba juga search nama DIA dalam friend list kawan Akmal tu.. Tapi tak berjumpa. Oh Kawan! Saya rindu pada kamu juga!..

Pagi tadi, tetiba tergerak nak selongkar longgokan surat lama-lama yang masih tersimpan rapi. Nostalgia beb.. Dah lama tak menulis surat cenggitu. And dalam banyak-banyak surat tu, terjumpalah selonggok surat bertulisan tangan yang saya balut di dalam sehelai kertas putih A4. Surat pertama dari DIA. Ya! saya masih menyimpannya. Saya tak pasti andai DIA masih menyimpan surat-surat saya.

Usai membaca kembali surat-surat tersebut yang entah keberapa kalinya, saya beralih ke komputer riba. Broadband disambung. Internet connected. Lantas saya membuka iGoogle. cuba meng'google' nama DIA seperti yang pernah saya lakukan bertahun dahulu. Namun, hampa.. tiada sebarang petunjuk mengenai dia. Saya cuba search nama DIA di dalam facebook walaupun pasti tidak akan bertemu apa-apa..

Siapa sangka. Pencarian kali ini berhasil. Saya bertemu dengan facebook DIA. tapi saya tak pasti nak buat apa selepas itu. Wajarkan saya friend request di wall DIA? Masihkah dia mengingati kewujudan saya? Err.. serba salah dibuatnya.. Namun, andai DIA masih menyendiri, saya ingin membawanya mengingati janji yang pernah dilafazkan..tetapi seandainya tidak lagi menyendiri..cukuplah sekadar sebuah doa agar DIA bahagia di mana jua DIA berada..

Kawan! Tahniah. Saya yakin pengajian selama 4 tahun ini telah berjaya awak tamatkan dengan jayanya. Saya tahu, tidak wajar saya merindui kamu. Tapi tidak salahkan andai saya merindui seorang kawan yang pernah rapat untuk waktu yang seketika dengan saya itu.. Kawan! Masihkan awak mengingati saya? Mengingati surat-surat itu? Masihkah awak menyimpannya seperti mana saya menyimpan rapi surat-surat tersebut?

~adios~

1 comments:

Anonymous said...

This is my first time pay a visіt at hеre аnd i am truly ρlеassant to read all at one ρlace.


Мy web-ѕite; fast ejaculation control
my page: cure premature ejaculation