Apa perasaan korang kalau tetiba hidung korang dihidangkan dengan bau hapak? Err..lagi dahsyat dari bau hapak. Bau yang kurang enak. Ada tak rasa macam nak melenting je sebab bekalan oksigen yang diserap melalui hidung seakan tersekat dek pencemaran itu? Akhirnya, otak jadi terbantut sebab oksigen yang dibekalkan ke kawasan itu menurun secara sedikit demi sedikit.
Fuhh..itulah perihalnya.. Tengah khusyuk-khusyuk edit tesis nak bagi siap cepat, tetiba hidung terbau benda pelik. Dah jammed terus kepala otak tak boleh nak fikir. Ternganga tingkap sebab nak cari bekalan oksigen dari luar. Agak-agak dah stabil semula bekalan oksigen, barulah pergi menjejak dari mana datangnya bau-bauan yang kurang enak tu. Berjalan dan berjalan. Baunya semakin kuat. Hidung tak mampu bertahan. Tekak terus rasa nak muntah.. Arghh..apa kebendanya ni??!!!XXX
Ada ke patut, seorang insan ni pi sidai baju dia yang entah berapa hari terendam dalam air tu dekat ruang tamu?? Dahler ruang tamu tu tertutup. Baju tu pula dah berbau sebab terendam lama. Gabungkan dua-duanya, tak ke rasa macam nak pengsan?? Aigoo..tak de kesedaran sivik ke? Tahulah coin box mesih basuh tu rosak, tapi tak reti-reti ke nak jalan g blok lain cari mesin basuh kalau dah malas sangat nak basuh baju tu dengan tangan??.. Dan ada ke patut disidainya dalam blok? Ampaian kat luar tu ada kosong lagi kot. Matahari pun tengah terik lagi. Pergilah sidai kat luar. Tak pasal-pasal je seluruh komuniti rasa terseksa dek pencemaran bau yang kau buat.
Sembur pewangi banyak-banyak pun tak mampu nak menghilangkan bau yang datang dari baju yang terendam lama tu.. Mujurlah bilik saya dekat tingkas atas. Boleh juga buka tingkap luas-luas bagi udara luar masuk. Kalau tak, mahu mati sesak nafas dengan bau yang sangat dahsyat tu... Wei, tolonglah angkat baju kau tu g basuh lain. Notis dah letak, kau cabut. Kitorang dah memekak kau boleh buat tak tahu?? Respect lah hak orang lain juga.. Takkan deria bau kau dah malfunction sampai buat tak reti je dengan teguran kitorang tu???
Fuhh..ok..dah..jom layan entry farewell kat sini plak.. Farewell..farewell..
2 comments:
haha.. itu org mmg xde sivik..
anak dara jenis apa lah tu.. wawt bini msti rosak.. jahaha
amboi garangnya... hehe...
tapi masalah gak orang tu x menjaga perasaan orang di sekeliling...
Post a Comment