Assalamualaikum...Ohayou Gozaimasu!!!!{untuk menyeru semangat pagi di waktu tengah hari ini.}
Weekend kali ni, iaitu pada 22hb Januari sampai 24hb Januari penulis pergi ke Kuala Lumpur..exact place kat Midvalley.. Tujuannya untuk penulis bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang dah lama tak berjumpa..rindu rasanya... seingat penulis, pertemuan ni dah dirancang sejak awal Januari..tapi tak berkesempatan dek kerana kengkangan masa.
dan kali ini...kebetulan seorang teman penulis ni tengah bercuti dan balik ke Malaysia..jadinya, pertemuan ini cuba juga dilaksanakan. Alhamdulillah..dengan izin Allah..kami semua dapat berkumpul semula. Persahabatan yang terjalin sejak di tingkatan 1 di MRSM PDRM kembali segar. Masing-masing telah berubah. perubahan dek masa. masing2 semakin menampakan kematangan. membuatkan penulis berfikir sendiri.....masa banyak membezakan kita. dari budak hingusan di bangku sekolah sehinggalah menjadi seorang remaja. Tapi, penulis rasakan diri penulis seperti tidak matang2 lagi...('o,')...
Urmm...kali ni penulis bukan nak cerita pasal kawan2 penulis ni lagi..sebab penulis dah bercerita sebelum ni...kali ni, penulis nak story pasal pengalaman penulis kat sana.
24hb Januari bersamaan dengan hari Ahad. sebelum hari ahad ni datang, ada lah sedikit al-kisah kenapa penulis tak balik2 lagi hari ahad ni....
Selepas pertemuan dengan sahabat2 lama di MidValley petang jumaat tu, penulis mengikut salah seorang sahabat penulis yang belajar dekat UPM. ikutkan perancangan, penulis nak tidur di biliknya. Dan, malam tersebut kami sampai di kolej kediaman sahabat penulis ni agak lambat..dek kerana banjir di hadapan MINES, kami tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Sampai di bilik, sahabat penulis bertanya bila dan macam mana penulis nak balik...Penulis pun cakap, esok nak ajak sahabat ni ke PUDURAYA untuk beli tiket bas...cadangnya nak balik Ahad pagi...tak pun Ahad petang...
Tapi...sahabat penulis kata, hari sabtu tu dia sangat sibuk. sementelah dia menjadi pengurus pasukan bagi pasukan debat kolejnya. dan pada hari sabtu tu diadakan pertandingan debat antara kolej kediaman di Kompleks Akademik UPM.
urmm..bagaimana mungkin penulis nak pergi membeli tiket sendiri? ini tempat orang...penulis sendiri tak biasa dengan tempat ini. dalam berfikir, tiba-tiba seorang kawan menghantar mesej kepada penulis;
"ko tidur rumah akmal kat Putrajaya ke?."
Lebih kurang begitulah mesej yang dihantarnya. Bagaikan ter'sinaps' segala neuron yang menghantarkan maklumat ke otak penulis yang sedang ligat berfikir itu.
- Bukan dia balik rumah ke?
- nak minta tolong dia belikan tiket tak?
mungkin mulut lebih pantas berbicara berbanding tangan yang menaip mesej, penulis lantas bertanya pada sahabat penulis di UPM itu.
"Ok tak kalau kami minta tolong member kami belikan tiket? tapi..dia lelaki.." sebegitulah ayat yang terkeluar di bibir.
"Haa..minta je lah tolong dia. apa salahnya.." Serentak dengan itu.. tangan pantas menaip mesej...
" Dah malam baru nak tanya? eh, ko balik bile ek?."
nada dering yang comel di handphone penulis berbunyi tanda mesej masuk.
"hari ahad. kul 10.30 malam. ko?"
"Urmm..tak tahu lagi..ahad juga kot..tapi tak beli tiket lagi....."
dan malam itu juga penulis meminta tolong kawan penulis (Aizat) ini membelikan tiket. timbul pula masalah di mana kawan penulis ni nak bagi tiket tu? Penulis minta kawan bagi kat Puduraya. Kawan penulis cadangkan penulis datang ambil tiket tu dekat dia di LRT Cempaka.
kat mana pula tempat tu? rasa macam pernah dengar...nak pergi sendiri? aih, mahu sesat dalam LRT je nanti. Penulis tanya pada sahabat penulis di UPM. bagaimana?. Sahabat penulis pula yang bertanya, kenapa tak balik je dengan dia. jumpa kat PUDURAYA...
Urmm..ye tak ye jugak kan? penulis pun tak yah susah2 fikir macam mana nak sampai LRT Cempaka dan kawan penulis pun tak payah susah2 nak datang hantar tiket. kalau balik sekali, jumpa kat PUDU, amik tiket n naek je bas sesama.
Dan akhirnya, kawan penulis bersetuju untuk tolong belikan tiket untuk penulis. BAS TRANSNASIONAL jam 10.30malam. balik sekali dengan dia....
Ahad, 24hb Januari....
Penulis pergi ke MInes dengan sahabat penulis untuk berjumpa ex-schoolmate penulis. Hassanah dan Hafsah. Hassanah ni merangkap ex-classmate penulis masa tingkatan 5. Hafsah pula kenal atas dasar kawan satu batch. Selepas pertemuan dengan mereka di Mines, kira2 lepas asar, penulis dan Hassanah mengambil boat untuk ke KTM SERDANG. Urmm..1st time naek boat dekat MInes..teruja gak lah...
Sampai kat KTM SERDANG, orang ramai sedang beratur untuk membeli tiket KTM. Sebelum tu, penulis ada bertanya pada Eqyn dan Siti (Kawan 1 cos penulis) macam mana nak pergi PuduRaya dari Serdang. Menurut kata mereka berdua(lebih yakin sebab jawapan sama)..amik KTM ke Bandar Tasik Selatan. Sementara penulis beratur untuk beli tiket KTM, Hassanah cuba membeli tiket melalui mesin autopaid. tengok mana yang cepat...
and thanks pada Hassanah sebab bayarkan untuk tiket boat dan KTM...thanks a lot..
Nak g Bandar Tasik Selatan, penulis kena naik train dari platform seberang. di situ, penulis berpisah dengan Hassanah yang hendak menuju ke UKM Bangi. Bermulalah perjalanan Penulis ke PUDURAYA sendirian.
Takut..bimbang...semuanya datang...tanpa sedar mulut penulis berzikir dan berdoa moga perjalanan penulis dilindungi ALLAH.. Ya! Kita sering lupa pada DIA saat kita dalam kesenangan..namun bila dalam kesusahan, ketakutan..DIA sering menjadi tempat kita meminta. sememangnya perkara ini tak pernah penulis nafikan. tidak sampai 15 minit menunggu, KTM dari arah Seremban datang. Penulis ingin menuju ke Bandar Tasik Selatan.
Dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, kawan2 penulis kata tukar dari KTM ke LRT. yang penulis nampak adalah Rapid KL. mungkin itulah LRT yang dimaksudkan mereka. Penulis pergi membeli tiket. tapi dalam nak pergi beli tiket, tiba-tiba penulis di datangi sifat was-was. Tiket ke PUdu atau ke PLAZA RAKYAT? PLAZA RAKYAT kot....Entah2 PUDU...Plaza Rakyat dengan Pudu tak sama ke? Dek persoalan yang begitu banyak dalam brain penulis ni, penulis pun tercakap pada pak cik yang menjaga kaunter tu, nak tiket ke PUDU dengan bayaran sebanyak RM1.70...
Masuk dalam Rapid KL tu, penulis mesej pada Eqen.
"Plaza Rakyat dengan Pudu sama tak?"
Eqen balas..."Cakap nak g Plaza Rakyat bukan PUDU..."
Sememangnya sifat was-was itu datangnya dari syaitan...Astaqfirullah...
alamak!!! apa nak buat ni. dalam Rapid KL tu baru penulis berpeluang nak tengok route yang dilalui Rapid KL ni..a'a lah..Stesen LRT PUDU dengan Stesen LRT Plaza Rakyat berbeza... Macam mana ni?? dah ler sensorang...buat salah beli tiket pula..nak turun kat PUDU and beli tiket laen ke untuk ke PLAZA RAKYAT?? penulis mula bermain dengan rasa.
Dada dah mula sebu. takut tak yah katalah...tempat orang tu beb...bohonglah kalau kata tak takut... Rasa cam nak nangis dah.. agaknya kalau tak tahan, dah melimpah air mata dalam Rapid KL tu... Terasa macam Rusa masuk Bandar je lagaknya. Penulis mula berfikir. sementara Rapid KL masih meneruskan perjalanannya. satu persatu stesen LRT telah dilepasi.
"Next Station..PUDU.." bergema suara perempuan memberitahu hentian seterusnya di dalam LRT tu. Penulis masih berfikir. antara emosi dan rasional... akhirnya, penulis memilih untuk tidak turun di PUDU. stesyen itu sendiri kelihatan sepi. mengundang rasa takut penulis untuk turun di situ.
"Aku turun je lah kat PLAZA RAKYAT! takkanlah dia nak suruh aku naik LRT patah balik ke PUDU kan?." itulah tekad penulis. Pintu LRT tertutup rapat..dan penulis masih di dalam LRT menuju ke PLAZA RAKYAT.
Sampai dekat PLAZA RAKYAT, dalam takut2 penulis memberanikan diri juga. iyelah, kita dah tahu yang tiket kita beli tu setakat Stesen Pudu, takkan nak cucuk masuk jugak dekat Plaza Rakyat tu kan? Sure2 lah dia menolak nanti. So, direct j lah penulis pergi ke brother guard yang jaga kat situ...
"Kenapa? tak leh masuk?." Soal Brother yang beruniform tu..
"Tak...saya tersalah beli tiket tadi. nak turun kat Plaza RAkyat tapi tercakap kat PUDU.. macam mana ek?." Penulis bercakap sehabis jujur..jantung berdegup lebih pantas dari biasa.. takut kalau kena marah. Brother beruniform tu tengok je penulis.. mungkin nak mencernakan kata-kata penulis..tak percayalah tu...
"Saya amik tiket dari Bandar Tasik Selatan. dari situ ke Pudu cuma RM1.70. kalau saya bayar baki dia dekat kaunter depan tu, boleh tak?" Sambung penulis lagi. akhirnya brother beruniform tu amik tiket di tangan penulis. "Jalan je lah..." sambil mengisyaratkan penulis untuk mengambil jalan di belakangnya yang tak perlu melalui mesin auto tu.. THANKS BRO!!!
Fuhhhh..selamat satu benda... gembira rasa hati.. Sampai di Plaza Rakyat, penulis menghubungi sahabat penulis yang belajar di UKM KL. niat hati nak tumpang rehat, mandi dan solat maghrib-isyak di biliknya.. biar segar sedikit bila naik bas malam nanti. masa tu lagi beberapa minit nak masuk waktu maghrib.. agak lambat jugalah penulis turun dari Serdang ke KL.. itu yang bertambah takutnya.
Sahabat penulis memberi penulis 2 pilihan untuk sampai ke tempatnya. sama ada penulis mengambil teksi di luar Hentian Puduraya ataupun mengambil LRT sampai ke Titiwangsa dan dari Titiwangsa, ambil teksi ke Plaza RAH. semestinya pilihan kedua yang penulis pilih.. bimbang ditipu. sementelah dari Stesen LRT Titiwangsa, penulis pernah mengambil teksi di situ dan sedikit yakin dengan penggunaan meternya.
Dari PLAZA RAKYAT, sekali lagi penulis mengambil LRT untuk ke Stesen LRT Titiwangsa. RM1.20. Penulis sampai di PLAZA RAH sekitar jam 7.30malam.
Segar terasa badan bila dapat mandi dan solat dengan suasana yang lebih selesa. sekitar jam 9.45malam barulah penulis mengambil teksi ke stesen LRT TItiwangsa dan seterusnya ke PLAZA RAKYAT.. Seronok pula dapat naek turun LRT..hahaha...
Sebab kat tempat penulis mana ada LRT mahupun komuter segala...('o,')
Mencari platform Transnasional itu pun satu hal. Kenapa lah Aizat tak bagitahu penulis nombor platform..dikhabarnya nama Platform. Tercari2 penulis di manakah platform yang dimaksudkannya itu. tangan dah rasa nak taip je mesej tanya platform nombor brape. tapi tak sempat nak send, penulis ternampak dia sedang duduk di tepi board yang tertulis TRANSNASIONAL. Okeylah...tiket dah berada di tangan... badan pun dah penat selepas seharian berjalan.. minda pun dan penat.. emosi pun dah penat.. dapat naek atas bas...rasa lega...menanti untuk sampai ke UTM...
Perjalanan kali ini banyak mengajar penulis untuk menjadi seorang yang lebih berani. Belajar untuk berada di tempat Orang... dan yang paling penting, menimbulkan kesedaran pada penulis betapa ALLAH itu sentiasa di sisi kita saat susah mahupun senang. kita tak pernah keseorangan.. Walaupun penulis takut berada di kawasan2 itu, namun, timbul keyakinan dalam diri bahawa ALLAH ada di sisi penulis. Penulis takut andai terjumpa peragut...ataupun perogol..mahupun penjenayah ntah apa2 kat sekitar Kuala LUmpur tu....namun, syukur pada ALLAH...di mana2 saja penulis sentiasa ternampakkan brother2 beruniform..kakak2 beruniform. ('o,')...
Pengalaman yang cukup berharga...
0 comments:
Post a Comment