I'm Soooo Happy!!!

Monday, January 4, 2010



Hari ni.....saya sangat gembira....nak tahu kenapa??? sebab.... meh saya kongsikan dengan anda cerita ni.....

***************

Hari ni, saya buat OUTLAB Session.atas persetujuan semua ahli kumpulan saya..macam yang pernah saya tulis sebelum ni, kumpulan Lab saya ada 5 orang. tgh try upload gambar diorang nih..kalau berjaya, rezeki anda untuk mengenali rakan-rakan lab saya...

Hari ni, saya buat OUTLAB waktu petang. Around kul 2 kitorg start buat eksperimen. Memandangkan sebelum ni kitorang dah siapkan 2 eksperimen, so kitorg nak sambung yang ketiga. Eksperimen yang bertajuk 555Timer.

**********
Untuk subtopik Astable tak de masalah sangatlah walaupun nak siapkan satu subtopik tu pun amik masa yang lama..
ini kisah nak buat eksperimen untuk monostable...urmmm..Yes!! monostable.. Circuit dia banyak sket compared to VCO and Astable. Dalam eksperimen monostable ni, kitorang kena sambungkan ac generator tuk dapatkan sine wave.

nak dapatkan sine wave ni, kenalah guna function generator untuk generate ac. partner lab saya yang lelaki ni, pakat lah dok kelebek menatang function generator tu. tekan sana. tekan sini. pusing kekiri, pusing kekanan nak cari nilai frequency 1KHz.

berapa minit ntah dok kelebek benda tu, akhirnya diorang berjaya dapatkan nilai frequency tu...

nak tahu apa jadi lepas tu?

Power supply disambung...Pakat happy dah lah...saya ngan Akmal yang dari tadi dok tengok j diorang kelebek function generator tu mulalah rasa pelik. kenapa diorang setup function generator tu? diorang nak buat apa? tak sempat nak berkata apa-apa, saya ketawa dulu. geli hati.

mana taknya...Rupa-rupanya, wayar antara function generator dengan circuit atas proto board tak bersambung... function generator tu sepi tanpa apa-apa sambungan!!!...

Mula-mula diorang tak dapat tangkap kenapa saya ketawa...Pastu Akmal yang gtau...barulah diorang sume realise yang diorang bermain dengan function generator tu tapi terlupa nak sambungkan wayar!!!

Ok! wayar dah sambung. tapi kenapa Oscilloscope tak tunjukkan output yang sepatutnya???!! Pelik..pelik..giliran circuit atas board pulak diteliti. apa pula yang tak kena? salah sambung lagi ke? atau IC rosak? takkan kot? tapi kenapa group laen leh dapat output? kenapa group kitorg tak dapat2 lagi?

Diorang mula berjalan g meja kawan2 yang laen. nak tengok apa bezanya...sedang di meja, seorang lagi ahli group membelek lagi proto board tu... Last2, kawan yang seorang ni pun ubah probe yang bersambung pada function generator kepada satu channel yang lain tu...

guess what???
Output tu keluar!!!! The 1 yang kitorang ternanti2 kan tu dah keluar!!! Rupa-rupanya circuit kitorang tak salah, IC kitorang tak rosak...tapi tersalah sambungan pada function generator...

Itulah yang berlaku bila masing-masing dah penat..suasana petang menambahkan lagi kehilangan fokus tu. output gagal diperoleh hanya kerana kesilapan beberapa kaki komponen..namun, kerjasama yang diberikan oleh semua ahli kumpulan berjaya menyelesaikan masalah yang timbul...

apa yang berlaku hari ni...membuatkan saya happy!!!! setiap kali teringat mesti nak gelak..mungkin orang laen ingat biasa..tapi bagi saya, ia tetap sesuatu yang melucukan...saya sangat suka lab group saya!!!!!diorang sume sangat menyeronokkan..!!!!('o,')

0 comments: