Bahang Kehangatan PRK

Wednesday, January 27, 2010



Assalamualaikum....

Bahang kehangatan kempen Pilihan Raya semakin dirasai.. Tarikh untuk membuang undi telah pun ditetapkan. Sudahkah anda memilih calon pimpinan MPM di universiti anda???

Hari ini penulis ingin berkongsi. berkongsi sesuatu yang datang dari view penulis. Mungkin akan ada orang yang tidak bersetuju dengan apa yang penulis ingin kongsikan. yang nyata, itu adalah hak individu. Rambut kita mungkin sama2 hitam. namun idea, pandangan dan citarasa kita tetap berbeza.

Seperti pilihan raya kampus sebelumnya, kali ini penulis berpeluang sekali lagi untuk "turun padang" menyaksikan penyokong-penyokong setia PRO-M bertungkus lumus menyiapkan poster dan flyers untuk diedarkan. Di Universiti tempat penulis belajar ada dua kumpulan pelajar yang bertanding. Sama ada di bawah tiket PRO-M atau pun EVO-M.

Penulis bukanlah penyokong kuat PRO-M dan juga bukan penyokong Setia EVO-M. kerana penulis lebih selesa untuk memerhatikan segalanya dari pandangan orang luar. dan seperti yang penulis khabarkan sebelumnya, kali ini penulis berpeluang untuk menyertai penyokong PRO-M membuat persiapan sempena perang poster yang menyerang UTM..('o,')

26hb Januari 2010...tempat di blok kediaman penulis....
Malam tu sepatutnya penulis ada kelas Instrumentasi tetapi dibatalkan kerana lecturer tak juga muncul-muncul. bagi teman-teman penulis yang lain, arked K9 menjadi destinasi tumpuan kerana akan diadakan Speaking Corner bagi calon-calon untuk membentangkan manifesto mereka. dan penulis memilih untuk pergi ke library terlebih dahulu untuk mencari bahan-bahan bagi menyiapkan PB-LAB penulis yang bertajuk "Electromyograph"...

Sempat juga penulis singgah di Arked K9. Calon-calon sedang membentangkan manifesto masing-masing dan ayat yang selalu penulis dengar setiap kali diadakan Speaking Corner adalah;

"Saya tidak akan menjanjikan apa-apa yang tidak pasti tetapi yang pasti...."

Terpulang pada kita untuk menafsirkan maksud disebalik sebaris ayat ini.

Dan seperti mana pilihanraya sebelumnya, pelbagai flyers diedarkan.. sama ada di kelas..di koridor bangunan mahupun di tempat-tempat makan. Flyers diedarkan sebagai satu medium untuk memperkenalkan barisan calon-calon kepada mahasiswa UTM. Tiada paksaan dalam membuat pilihan. semuanya terpulang pada diri kita sendiri.

Satu flyers sampai di tangan penulis. Kagum penulis membaca list penglibatan calon yang bertanding di dalam merebut tempat di MPM kali ini. Tapi ada sesuatu yang ingin penulis tekankan di sini...

"Sebanyak mana pun post atau program yang pernah kita pegang dalam satu tempoh masa tak menunjukkan kepimpinan sebenar kita TETAPI bagaimanakah kesan atau impak yang kita berikan kepada orang sekeliling kita melalui post yang pernah kita pegang itu. Adakah kita pegang sekadar untuk mendapat nama dan dilabelkan sebagai orang aktif? atau sememangnya kita ingin membawa suatu impak kepada masyarakat sekeliling kita?"

Penulis pernah mengaktifkan diri dengan pelbagai aktiviti dan post sebegitu. dan ini membuatkan penulis berfikir. selama penulis memegang sesebuah post itu, apakah kesan atau impak yang telah penulis bawa pada orang sekeliling kita...

Jadi, keputusan untuk memilih di tangan anda. anda yang berhak membuat penilaian mengikut persepsi anda. bagaimana anda menilai seseorang itu pastinya berbeza dengan penulis. dan fikirkanlah. Jangan kita ukur seseorang melalui penglibatannya yang begitu banyak tetapi nilailah dari sudut apa yang telah dibawanya melalui penglibatannya yang sebegitu banyak itu. Adakah dia memang berkepimpinan dan layak mendapat undi kita sebagai pemimpin kita kelak atau sekadar banyak cakap kosong, bila dah dapat post, senyap tak buat kerja. penulis tinggalkan persoalan ini kepada anda untuk berfikir.

"Jangan sampai kita menjadi lilin yang memberi terang kepada sesama manusia, namun luluh dan menghancurkan diri sendiri tanpa sisa. Bersinarlah untuk umat, tetapi jangan lupakan waktu untuk menambah ilmu dan pengetahuan bagi tujuan kebaikan diri sendiri..."

Kepada sahabat-sahabat penulis yang ikut bertanding, Penulis doakan kalian semua berjaya. dan lestarikan kata-kata anda. ('o,')

Selamat membuang undi pada 28hb Januari 2010...Undi adalah Rahsia.. Bijaklah dalam memilih..

0 comments: