~Haflatul Wada~

Saturday, January 2, 2010

***********************************************************
| Haflatul Wada.....Kebun Bunga,JB......2 Januari 2010 |
******************************************************************

Family Halaqah....
2 Januari 2010.....pagi yang sangat tenang...matahari terbit indah di pandang mata. udara pagi yang sangat segar.Seawal jam 7.25 a.m, kak Lina mengambil saya di hadapan blok saya.. Destinasi pilihan pagi ini, adalah Kebun Bunga..Urmm..kat mana je tempat ni? Rasanya, selama 3 tahun duduk di Johor ni, macam baru 1st time je dengar. Tempat apakah itu?? Haha...Soalan bermain dalam benak..nak bertanya, cam segan je..nampak sangat tak habis g explore daerah Johor Bahru ni.. Urmm..tak pelah, simpan je..nanti kita tengok kemana arah destinasinya.

Berkonvoi dengan 5 buah kereta yang terdiri daripada M.Cik Aisyah, Dr.Sal, Atiqah, Kak Fatimah dan Kak Lina, kami menuju ke Kebun Bunga. Dari UTM, ambil jalan mengarah ke Bandar JB. ke Skudai...


Kenderaan tak banyak, jalan pun tak sesak sangat. Rupa-rupanya Kebun Bunga ni letaknya di belakang Istana Lama. dari atas bukit Kebun Bunga ni leh nampak Selat Tebrau. Betul2 kat simpang depan Lot 10. Kebun Bunga yang terletak di Belakang bangunan berbumbung Biru. Dari Kebun Bunga ni, leh nampak Menara Ansar, Bangunan Tabung Haji.....Indah..Subhanallah...

Kehijauan Kebun Bunga menyejukkan setiap mata yang memandang. Mula-mula saya ingatkan Kebun Bunga ni macam Kawasan yang banyak bunga yang berwarna-warni tu. rupa-rupanya, Kebun Bunga ni kawasan orang ramai beriadah..bagi yang sukakan berjogging di kawasan bukit sambil melihat laut, jemputlah datang ke Kebun Bunga.. Kawasan ni sesuai untuk buat aktiviti dalam jumlah yang ramai...

*************

Haflatul Wada' ni disertai seramai 36 orang muslimat termasuklah beberapa orang Mak Cik, Kakak2 yang amik master serta adik-adik tahun 1 dan 2 dari UTM. Muslimat ni kebanyakkannya dari UTM juga. ada yang datang dari KTDI, KDSE,K9,KP,KTC.. Satu perjumpaan, bertambah lagi kenalan saya. Dari pada strangers kepada kawan. Bak kata m.cik Aisyah, ukhuwah kami tak perlukan pertalian darah,...tapi ukhuwah dari sudut aqidah kami.


Aktiviti Riadah pada pagi ni, diconduct oleh Kak Fatimah. Kak Fatimah @ Kak Tim ni tengah amik master. Before ni Kak Tim merupakan graduan UIAM. Banyak benda baru yang dia tunjukkan.. Pagi yang indah ni, kitorang membuat 5-6 aktiviti..Bermula dengan warming up...Saya suka warming up dengan keluarga halaqah saya yang besar ni..nak tahu kenapa??

Sebab....Setiap pergerakan yang dilakukan tidak dikira seperti selalu. sebaliknya semua sahabat mengucapkan "Subhanallah Wallhamdulillah Wala ila ha illallah...Wallah huakbar..." Selepas satu gerakan ke satu gerakan yang lain, itulah yang diucapkan. mensyukuri setiap nikmat kejadian ALLAH.. Warming up pagi ni diakhiri dengan menarik nafas panjang dan sekali lagi mengucapkan kalimah Subhanallah dengan sekuat-kuatnya..biar alam m
endengar..('o,')


**********

Sesi pertemuan kali ini lebih kepada untuk mengenali setiap yang menyertai usrah kecil. Agenda kami adalah ice breaking. bagi merealisasikan aktiviti riadah pagi ni, ada beberapa aktiviti yang dah dirangka oleh Kak Tim. 1st aktiviti dinamakan sebagai "Serasi Bersama". Cara aktiviti ni dilaksanakan adalah dengan berkumpul mengikut beberapa kategori. antaranya, negeri asal, bulan kelahiran dan kolej kediaman. melalui perpecahan ini, setiap seorang akan dapat berkenalan dengan beberapa orang teman baru. bertambah lagi
rangkaian network dalam diri..

Aktiviti kedua kami pada pagi ni adalah Karate Kaki. Bunyi pun dah pelik semacam kan? mesti ada yang ingat nak berkarate. tapi hakikatnya, adalah sesuatu dari prinsip karate yang digunakan. Cara aktiviti ni dilaksanakan;
Dari 36 orang yang datang, dibahagikan kepada 3 kumpulan. maknanya dalam 1 kumpulan ada dalam 12 orang. setiap kumpulan membentuk satu barisa
n panjang. then, merapatkan tubuh dengan kawan di hadapan kita. lepas tu, pegang pinggang atau baju kawan kita..mengikut keselesaan kawan tu...dah rapat, semua kena rendahkan badan. maknanya, rendahkan badan supaya lutut kita berada di bawah paha kawan di hadapan. then, kena jalan serentak. macam sukar kan? tapi kalau ada kepercayaan, leh jayakan aktiviti ni...


Ak
tiviti seterusnya, kami main Kerusi Kasih. Teknik permainan dia lebih kurang macam Karate Kaki. tapi kali ni, kesemua 36 orang membentuk 1 bulatan. Aktiviti ni dinamakan Kerusi Kasih sebab kita akan merendahkan kaki seperti kerusi dan membenarkan sahabat kita duduk di atas kaki kita sementara kita duduk di atas kaki kawan yang dibelakang kita. Yakin tau tidak??? itu terpulang pada diri sendiri. Kak Tim kata, orientasi UIA boleh buat 10 langkah dalam keadaan begitu.. so kitorang nak cabar n pecah rekod, kitorang buat almost 14 langkah. Everything can be done...nothing is impossible if u determine to do it...


Kerusi Kasih....

Aktiviti seterusnya adalah Siput Gulung...APa benda pula lah ni kan?? Aktiviti ni boleh merapatkan kita dengan orang yang kita tak kenal. Ukhuwah tu terasa seperti dekat sangat. saya pun tak tahu macam mana nak explain aktiviti ni.. terpulang kepada apa yang anda faham daripada namanya...

Usai beraktiviti......

Kami minum pagi. Ada pelbagai juadah yang dibawa. antaranya nasi lemak, nasi ambang, bihun goreng, cekodok dan macam-macam lagi. cukup untuk mengenyangkan perut-perut yang semakin lapar selepas beraktiviti....

Makanan dah selamat masuk perut....Makanan Rohani pula menjadi pencuci mulut. Kita datang universiti untuk dapatkan ijazah...macam saya, surelylah saya nak dapatkan ijazah kejuruteraan elektronik perubatan. tapi macam mana dengan ijazah kehidupan islam. takkan nak sambung another 4 year untuk degree syariah??? tak semestinya perlu begitu..apa yang kita usahakan sebagai nilai tambah dalam diri kita nilah sebenarnya ijazah kehidupan. sama ada ia bercorak islamik atau tidak, anda yang menentukan.

Nak dapatkan degree dalam kehidupan Islam ni, perlukan determination. Sama macam degree kita tu. tapi fahaman tanpa praktikal tak akan membawa apa-apa makna. Makanya, sementara berpeluang mencari ilmu agama di institusi ini, rebutlah ia. kehidupan di luar lebih mencabar berbanding kehidupan di universiti. Persiapkan diri untuk bekalan akan datang. dalam mengejar duniawi jangan kita lupakan bekalan ukhrawi...

Agenda hari ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi...Saya gembira. banyak yang saya peroleh melalui aktiviti ini. ada yang dapat saya kongsikan dan ada yang akan saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya...Mengatur langkah di bumi Allah yang sementara ini adalah pengembaraan dalam mencari redha Ilahi...

Insya-ALLAH...('o,')

0 comments: