::....Saya Sayang Kalian Semua.....::

Saturday, April 3, 2010

Impian saya sangat3x tinggi... Kalau boleh saya nak albumkan segala memori yang tercipta sepanjang bergelar "Daigakusei" ataupun mahasiswa universiti. Setiap detik, setiap ketika..Saya gembira berada di antara kalian... Suka, Duka, Tawa, Tangis.. Kita takkan sempurna bila keseorangan dan kalian semua telah melengkapkan segala kekurangan yang ada dalam diri ini.

Sebabkan Saya sayangkan kalian semua, makanya saya compilekan semua kenangan yang pernah terbentuk diantara kita dalam bentuk beberapa keping gambar. Nak edit lebih-lebih, performance laptop tersangat slow.. Menunggu masa untuk diformat agaknya..=)

SAYA SAYANGKAN ANDA...
TEMAN-TEMAN KURSUS
KEJURUTERAAN ELEKTRIK - ELEKTRONIK PERUBATAN

BATCH 07/11
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA..


Mungkin akan ada next edition. Untuk kali ini, cukuplah sekadar gambar posing kita semua.. Enjoy dis pic. Mungkin agak kecil saiznya. Kalau nak yang besar, tgk kat laptop sayalah..('o,')

Untuk paparan yang lebih besar, leh cuba klik pada gambar tu kot..ngee..


~Segalanya bermula di sini...~


~Dan terus terjalinnya ukhhuwah antara kita~


~Pahit, manis, suka, duka melengkapkan persahabatan ini~



~Masa terus berlalu...Meninggalkan segala kenangan~



~Namun..masih ada yang kekal terpahat di dalam hati~


Saya harap gambar kalian semua ada disini. Gusar juga andai ada yang tertinggal. Semester 2 Tahun 3 semakin ke penghujungnya..

Semester baru bakal bermula. Buat sahabat-sahabat, teman dan taulan yang sangat saya sayangi, All the best.. Bersama terus menciptakan kenangan.. Semoga ukhhuwah yang terjalin akan terus berkekalan dan persahabatan ini akan terus erat.

Semua yang terjadi adalah asam garam dalam kehidupan....('o,').. Kita saling melengkapi kerana tak ada yang sempurna dalam dunia ini melainkan ALLAH S.W.T.. Terimalah kekurangan setiap kita sebagai kelebihan masing-masing.



P/S: Walaupun ada lagi setahun untuk bersama-sama mendapatkan segulung ijazah, tapi itu cerita akan datang... ini cerita kita yang telah terkumpul selama tiga tahun..('o,')


3 comments:

MaJiDaH said...

Really luv this...000~ bg name ikut grup lab..huhu^^

Cik Sara said...

('o,').. saje suka ngedit2..itulah hasil yang tak seberapa..

Cik Sara said...

Gambar-gambar ni tak di jadikan hak cipta sendiri.. Tapi hopefully tak disalah gunakan.... just untuk have fun kita-kita.. lagi banyak aktiviti bersama, lagi sakan nak edit pic.