Doa Buat Kekasih

Sunday, April 4, 2010

Baru lepas nonton Anugerah Bintang Popular 2009 Anjuran Berita Harian live dari bilik sendiri.. Enjoy the moment. Hilang stress study buat seketika. Untuk sekian kalinya Dato' Siti Nurhaliza berjaya merangkul gelaran Bintang Popular. Dan ini juga merupakan tahun terakhirnya di dalam Anugerah seperti ini setelah 15 tahun menjadi anak seni. Mungkin ada yang tak suka dengan Dato' Siti..dan pada saya pula, walaupun bukanlah peminat fanatik yang sanggup menghabiskan duit atau masa untuk seorang artis, namun Dato' Siti Nurhaliza tetap menjadi kekaguman saya. Tidaklah sampai saya ingin menjadikannya seorang idola..

Cukup sekadar saya katakan saya terhibur dengan kemerduan suaranya. Saya terhibur dengan karya ciptaannya. Melodi lagu yang dibawanya tak pernah kedengaran sumbang di deria pendengaran saya. Malah, lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza menjadi pilihan andai saya tidak mendengar koleksi lagu nasyid.. Saya suka tengok wajah Dato' SIti. Saya suka melihat apa yang dipakainya... Semuanya kelihatan indah. Buat Dato' Siti Nurhaliza, Tahniah saya ucapkan diatas kemenangan berganda malam ini.

Doa saya buat Dato' SIti dan suami, semoga dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah.. Bahagia dunia akhirat.

Ok..enough cerita pasal Dato' Siti Nurhaliza...

Nak cerita pula tentang Lagu Doa Buat Kekasih. Yang dulunya didendangkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Ramli Sarip. Tapi pada malam ABPBH09 ini, lagu tersebut telah diberi nafas baru dan didendangkan oleh Alyah, Dayang Norfaizah dan Penampilan Istimewa Datuk Khadijah Ibrahim.

Tak tahulah kenapa..tapi saat mendengar lagu ni, saya rasa saya suka dengan liriknya.. Kenapa ye? urmmm...

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti
Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

"Yang Dulu usah Dirindu..Hilangkanlah dari hatimu.... Doaku buatmu kekasih..."

Urmm..mungkin dulu saya pernah rasa dicintai dan mencintai seseorang. Dan kadang-kadang rasa sangat susah untuk menghilangkan rasa tu dari hati ni. Untuk tidak merindui... Walaupun cinta tak bersulamkan memori indah yang banyak...tapi tetap membuat saya merindui kehadirannya disisi... Sakit merindukan seseorang yang kita cintai...(^o,^)

Itu kisah 4 tahun yang lalu...
Syukur pada ALLAH..walaupun pernah rasa mencintai dan dicintai...semuanya terkawal..hehehe..

Tapi sekarang,
"Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa, meniti arus angkara...Lupakan kisah yang lalu..Teguhkan imanmu..."

Jadi, dah masanya untuk saya mula mencintai DIA yang SATU... Hanya DIA.. Kerana DIA sentiasa tahu apa yang terBAIK untuk saya. dan DIA sentiasa ada disisi saat saya memerlukan-NYA.. Walaupun saya sering melupakan-NYA...tapi dia tak pernah jemu mendengar setiap rintihan dan rungutan saya.

Ada orang pernah berkata pada saya
"kalau kita nakkan yang soleh, kita kena jadi solehah dulu"

Untuk menjadi antara yang solehah, bukanlah pejam mata, bangun pagi esok je dah solehah. Semakin ingin mendekati DIA, semakin kuat dugaan yang datang. Semakin banyak godaan yang menghimpit. Ada satu ketika mulai tewas dengan dugaan dan godaan. Semakin ingin mengalah untuk terus mendekati-NYA. Motivasi diri semakin menurun. Termometer iman, mula turun naik. Saat-saat begini, alunan ayat-ayat cinta dari-NYA mampu mengundang air mata kerinduan. Betapa aku semakin jauh dengan-NYA.

Doakan saya mampu mentarbiyah diri dalam mendekati dan memiliki cinta-NYA yang SATU. Doakan saya agar mampu mentarbiyah diri untuk rasa mencintai dan dicintai oleh-NYA..
Doakan saya agar mampu mentarbiyah diri agar sentiasa bersama ayat-ayat cinta-NYA...
Doakan saya agar mampu mentarbiyah diri untuk sentiasa mengingati-NYA...
Doakan saya.. Doakan saya...Doakan saya agar diberi kekuatan untuk semua ini...



3 comments:

Ana Solehah said...

Salam..amin Ya Robb..Kau berilah kebaikan ke atas sahabatku ini Ya Allah..
_Mga dirimu menjadi cerminan masyarakat dek kerana indahnya dirimu seindah wanita solehah,
_Mga dirimu dikurniakan seorang suami yang bisa membimbing dirimu serta anak2mu ke pintu syurga Allah,
_Mga dirimu sentiasa kuat dalam mnempuh segala2 siri tarbiyah dari Ilahi kelak..
Be strong dear..kerna Allah amat2 mengasihimu..

luv u my fren,

Syazana Azahar

Cik Sara said...

~To ANA...

Thanks dear.
Terima kasih diatas doanya....
Doaku buatmu jua wahai sahabatku...

Humayra' said...

ameen...
terus kuat dalam melangkah menuju ke arah yg diredhaiNya..

moga hari ini lebih baik dari semalam. kisah silam mengajar kita untuk lebih berhati2 menghadapi masa depan.

jalan dakwah dan tarbiyah ni sentiasa dipenuhi onak dan duri.. kerana jalan menuju ke syurga tak pernah dihampari permaidani indah. namun yakin pada janji Ilahi akan hadiah yg Dia janjikan atas pengorbanan2 yg kita lakukan. Moga sarah terus kuat. dalam mendidik hati mencintai apa yg Allah cinta, dan membenci apa yg dibenci olehNya..

doakan kita juga ye..
~salam sayang dari KL (^_~)