Yeay! It's Time For FYP

Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum...

Hai..hari ni jumpa supervisor PSM.. Wow..cam tak percaya je..sedar tak sedar dah tahun empat.. Dah pun final year.. Dah pun kena buat PSM.. Kejap je masa berlalu...Tapi macam-macam yang dah terjadi...

Ok, skip dat part.. Dapat Supervisor yang super best.. Dapat Dr. Fauzan. Time pilih supervisor hari tu, tak kenal pun Dr Fauzan ni.. Jumpa dia pun tak pernah.. Hahaha.. Tapi sebab tak tahu nak pilih siapa..ikut jelah pilihan kengkawan.. Dan alhamdulillah..memang ada rezeki buat PSM dengan dia.

Dalam banyak-banyak tajuk yang diberi, tertarik dengan satu benda ni. Memang sebelum jumpa dia pun dah target nak buat pasal ni.. cuma tak tahu apa yang berkaitan. Tajuk PSM yang menjadi pilihan hati ni, gabungan Medical + Telecomunication + electrical n electronic...Suka-suka!!..

hahaha... Walaupun dalam kesibukan nak rangka aktiviti menjana duit untuk ke Korea, hopefully fokus saya pada akademik dan PSM terutamanya tidak terjejaslah.. Dan doa saya, muge diberikan kesabaran yang tinggi dalam nak berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia.. Saya mohon juga pada ALLAH agar menjadikan saya antara insan yang ikhlas dalam melakukan tugas dan perancangan...

Eh, ok..for all of you to know...saya dapat tajuk PSM : Wireless Pulse Oximeter Network.. Secara kasarnya, maksud tajuk ni adalah... penggunaan pulse oximeter yang banyak pada satu masa tapi di sambungkan hanya pada satu monitor.. yeay! betol ntah... Tapi apa-apa hal pun kena baca journal yang berkaitan dulu.. Kena buat research background.. k..bye..

Pandangan tanpa Suara

Saturday, July 24, 2010

Assalamualaikum...

Hai!! Bertemu lagi di ruangan ini.. Walaweh...tajuk macam nak bikin drama jer.. Tapi hakikatnya, tiada drama untuk diarahkan..sekadar luahan hati ini.. 

** Sumber google.

Ok.. Gambar tak de kaitan dengan apa yang nak distorykan.. Lagipun mata dia warna biru sedangkan mata orang yang memandang berwarna hitam.. hehehe...

Apakah sebenarnya maksud pandangan itu? Atau saya yang tersalah menilai. Tapi orang lain juga perasan tentang pandangan itu. Pandangan yang telah lama tidak saya lihat atau pandangan yang tak pernah saya lihat? Entah..

Tapi lewat pandangan itu seperti ada sesuatu ketidak-puasan hati yang cuba disampaikan. Ada rasa marah ke yang cuba diekspresikan lewat pandangan itu? Atau ada tingkah saya yang mengguris perasaan kamu sehinggakan kamu menghantar pandangan sebegitu rupa?

Dia seorang lelaki. Ya. Dia yang menghantar pandangan itu. Tidak pula saya tahu apa yang terlintas di benaknya saat memandang. Dia bukanlah seseorang yang istimewa di hati saya..tapi dia seorang kawan dan sahabat terbaik yang pernah saya miliki. Tak salah kan memiliki sahabat berlainan jantina? 

Pada Dia...kalau baca blog ni lah..and kalau dia realised akan hal itu... Andai ada perkara yang saya buat yang membuatkan kamu terasa hati. Marah. mahupun apa jua perasaan negatif. Sila berterus terang. Biarpun teguran itu sesuatu yang menyakitkan tetapi ia lebih baik daripada menyimpan amarah di hati...

Walaweh..apa kena malam ni?? AYat semacam je peliknya.. Hahaha..saya masih waras.. masih normal. Dan seperti yang dinyatakan di atas, dia bukan yang istimewa. Dan seperti yang disebut dalam entrie sebelumnya, i love my friendship. and i love all my friends..males or females...


** Sumber Google




Cute Tagging Game

Friday, July 23, 2010

Assalamualaikum...

Hai..bersua kembali... Jam di dinding menunjukkan pukul 12.25 tengah malam.. Yeay! Tak tido lagi.. Tengah basuh baju... Of courselah gunakan perkhidmatan Dobi layan diri yang kena bayar RM2.00 tu.. Tak denye saya ni rajin berbenor nak tonyoh baju tengah-tengah malam gini.. Hahahah...

Kalau siang pun belum tentu rajinnya.. So, masuk je lah dalam mesin tu.. Jimat tenaga.. Orang nak kata saya malas ke apa, suka hatilah..Janji saya happy..Gumbira..Enough!..hahaha..

Eh, entrie kali ni tulis sebab nak balas tag dari seseorang.. wow!..Seseorang yang dah lama tak bertemu.. Sempat bertegur sapa di alam maya sahaja.. Oh! Rindunya sama kamu...

Kita layan Tagging darinya dulu ya!

Rules :
1. Link to your taggers and post these rules in your blog.
2. Share 7 fact about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their name as well as link to their blog
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Simple rules, isn't it? So, nak jawab pun semudah yang mungkin.. Iyo je kan? Apa 7 fakta tentang diri saya yang nak saya kongsikan kat sini ye? APa je yang orang tak tahu dan nak saya ceritakan?

1. Saya seorang remaja perempuan.. Ya! itu pasti..

2. Tak kenal maka tak cinta...sebab pada yang tak kenal mesti ingat saya sombong cos i don't know how to start a relationship or the best word is friendship...
BUT..
i'm serious in relationship and friendship. And i love people around me very much.

3. My passion is book.. Hahaha..betul tak? Tapi saya memang hantu buku.. I don't like shopping stuff but once masuk dalam kedai buku, i spend a lot on it. ANd the most likely surely Novel Cintan-cintun and Any book yang relate dengan crafting.... Love very much..

4. I love something creative. ANd now i'm falling in love with felt craft.. Tapi tak berkesempatan lagi nak berkenalan dengan craft ini.. Nanti-nanti kot..

5. I'm just realize yang saya ni seorang yang cerewet. Ye! Tak tipu. Sebabnye...itu tak makan.. ini tak suka.. itu tak lalu.. dan macam-macam lagi. Endingnya, lapar tapi tak tahu nak makan apa.. hahaha..padan muka sendiri..

6. Antibodi badan saya sangat lemah.. Tak percaya? Tak percaya sudahlah.. tak suruh percaya pun.. Yang pasti, kena sikit je air hujan, konfem esoknya tu saya demam. Kurang air sikit je dalam badan, terus collapse.. hahaha..tumbang tak pernah lagilah..

7. Last untuk merepek tentang diri sendiri. Saya seorang manusia yang selalu mencari kesempurnaan dalam setiap yang saya lakukan.. sampai rasa tak nak buat apa-apa sebab takut hasilnya tak sempurna... wahaha.. dasyat tak?

Itulah sahaja tentang diri ini.. dan banyak lagi pelik tapi benar yang tak dapat dikongsikan di sini.. Nak tahu, meh berkenalan dulu.. wahaha...

And perlu tag 7 person...they are :
1. Fiq
4. Fyza

Agak-agak, diorang tahu tak yang diorang kena tag kalau saya tak gtau kat komen diorang? urmm...tengok je lah mcam mana.. mata dah ngantuk..nak publish post je lah..
nyte..


** My Econ lecturer saids to us this thing : " Tak normallah kalau zaman remaja tak de boyfriend atau girlfriend ". And jawapan saya ..."i'm thinking of looking for a husband not a boyfriend...am i part of abnormal person??" hahaha.. you tell me then..



Kuih Lapis Oh Kuih Lapis

Tuesday, July 20, 2010


Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog sendiri. Sedangkan ada banyak cerita yang nak diceritakan. Ada banyak pengalaman yang nak dikongsikan. But..lets make it one by one. mana-mana yang still teringatlah. Ok, seperti yang dijanjikan dulu. Nak share gambar-gambar macam mana nak buat kuih lapis. But this time, my mom yang buat kuih lapis ni untuk saya bawa masa jamuan akhir praktikal hari tu. Cara my mom buat nampaklah sket seninya.. hahahah..

Ok. nampak tak gambar tepung kat atas tu? ha..itu hasil campuran 3 jenis tepung. Tepung gandum + tepung beras and tepung ubi. 


Dan..yang di atas ni pulak, gambar kuih lapis yang dah siap buat. Sedap. Tapi yang ini potongan yang kat tepi loyang bulat, sebab tu bentuk dia tak berapa nak petak. Yang potong elok-elok dah pun saya masukkan dalam tupperware untuk di bawa ke jamuan. Lupa pula nak snap gambar kuih yang elok tu. tak pelah..yang kat atas ni bukan tak elok, cuma tak simetri petak-petak je...


Ok, macam mana nak buat kuih ni, dah pun saya story kan dalam entri sebelum ni. Take a look at it kalau terlupa.. Menu hujung minggu

Layanlah gambar-gambar yang ada ni. Oh yea! tengoklah gambar di atas, gambar yang bawah di hujung sebelah kiri.. itulah 3 jenis tepung yang saya gunakan. masih berbaki.. boleh buat kuih lagi tu.. Tak rugi pun buat kuih ni.. bukan guna banyak bahan pun..


Cawan tu adalah parameter pengukur yang saya gunakan. Setiap lapisan kuih lapis dihasilkan menggunakan 1 cawan, cawan tersebut. My mom cakap, kalau start guna cawan ni, sampai habis kena guna cawan ni.. kalau tak nanti dia tak balance. Dan kuih ni pun tak guna minyak. Kurang kolesterol. hehehehe..selamat mencuba ya!


Penat!

Thursday, July 15, 2010


Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni.. Bukan apa..masa tu banyak, cumanya keadaan diri yang tak mengizinkan. Within a month, dah dua kali demam! adoi..

Tapi yang kali ni sangat teruk. Sakit tekak sampai tak lalu nak makan. akibatnya.... Badan tak dapat nak buat tenaga.. Jalan sikit je dah semput. Kalau biasa, makan nasi sampai tambah berpinggan-pinggan.. Sekarang, dapat makan 1/4 pinggan jer.. itupun makan nasi ngan sup...

Rindu sup dekat rumah.. Sup dekat sini, pedas. hilang selera makan. huhuhu...
Tulis blog di waktu kengkawan pergi shopping kat Jusco sempena J card. Nak ikut, tapi sedar diri.. Kang kalau terjatuh, pengsan ke, sapa yang susah?? betul tak?? so, rehatlah kat bilik ni ha..

nak cakap apa lagi? ha..sejak isnin petang hari tu, selepas diserang virus demam dan selsema ni, macam-macam ubat dah telan. Panadol Soluble.. Panadol Actifast.. air cap badak... Panadol Extend..dan yang terkini Vitamin B complex untuk jana tenaga. memandangkan badan saya teramatlah lemah. Nak menapak beberapa tapak pun dah rasa semput.. Kena duduk, amik nafas dulu.. Teruk2.. cepatlah sihat.. sem baru dah mula ni...

huhuh...T___________T

Last day Praktikal

Thursday, July 1, 2010

Assalamualaikum...

Ohayou Gozaimasu..Yoroshiku Onegaishimasu...

YeeHaw!!..Hari ni last day saya buat praktikal kat BEMS HSB.. Gembira wei dah nak habis.. Tinggal nak tunggu pukul 5 petang je tuk thumb print yang terakhir..hehehe..

Pastu, bubbye BEMS HSB.. 

Dan, selama 10 minggu berpraktikal ni, sayalah pengguna tetap Plaza Tol Alor Setar(S) menghala ke Plaza Tol Alor Setar (U).. Kos perjalanan adalah RM1.20 untuk satu hala selama 10 minggu...

Satu hala ja sebab beberapa minggu yang lalu, saya start guna jalan bawah untuk balik ke umah..jimat duit..

Tapi.....
Elaun tak masuk lagi...
Berakhirnya Praktikal, maknanya tak bleh nak online free dah..hahaha..Sebab malas nak pi bayaq broadband yang macam lembap je kat area rumah saya tu..

Neway, naik sem nanti baru leh online dan update blog lagi... 

daa...
note : Gambar-gambar Kuih Lapis yang saya ceritakan dalam entrie sebelum ni, akan saya upload..tapi cam lambat sket je..