Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Blogger dan CPUV

Sunday, March 8, 2015

C.P.U.V

Apakah?
Sejak tahun 2010, tahun pertama saya mengenali nuffnang dan masukkan nuffnang ke dalam blog, sehingga ke hari ini, jujur saya cakap. Saya tak tahu sangat apa kebendanya CPUV tu. Almost 5 years! Baru tahun ni saya cash out earning yang saya peroleh dari nuffnang. Tak banyak pun. Less than RM200. Tapi, alhamdulillah. Rezeki juga tu.

 

Tu dia.. Since May 2010 you alls. Lama tak i blog with nuffnang?
Tahun ke-5 baru nak cash out. 
Sekarang chek dah faham kenapa ada blogger yang boleh dapatkan pendapatan melalui blog. 
Inilah maksudnya, goyang kaki pun masuk duit. Asalkan tangan dan akal aktif mengupdate blog. Lagi tinggi kekerapan orang ke blog kita, lagi tinggilah earning yang kita dapat. Pasif income. Inilah dia. 

 

Dan ini adalah CPUV saya yang terbaru.
Lepas cash out hari tu, terkejut jugalah bila status nuffnang bertukar jadi non-gliterrati. Dah macam nak meroyan kejap. Tapi, hari ni bila buka balik, boleh tersenyum.
Maunya tak senyum? Dah status gliterrati lah..

Penting ke status ni?
Dari fahaman yang tak seberapa ni, penting jugalah. Sebabnya....
Nuffnang bagi advertisement for CPUV campaigns ni dengan priority utama pada gliterrati members. Jadi? Haruslah meng"glitterrati"kan status sendiri! Hahaha...

Apa-apa pun, thank nuffnangs! 
Still waiting for the payment check. Katanya sebulan plus-plus lepas cash out baru dapat payment.

(^____________________________^) 
 
 



Episode 66 : Bila masuk dapur

Saturday, November 1, 2014

Urmmmm..
Ada tak yang macam terpinga-pinga je bila mak mentua suruh masuh dapur? Atau pun diperli dengan nada baik punya..

"Hai, goyang kaki je dekat ruang tamu ni?"

Dalam erti kata lain dia nak bagitahu,
"Tak reti-reti ke nak masuk ke dapur buat apa-apa yang patut?"

Hahaha.. Ok! Saya bukan menantu siapa-siapa. Cuma saya seorang yang suka "menguasai" dapur bila balik ke rumah. (^_^)

Maklumlah, tak payah tunggu dapat mak mentua, mak sendiri pun dah selalu sangat bising-bising suruh masuk dapur. Kata mak, dia tak halang anak-anak dia nak belajar tinggi-tinggi. Nak gaji ribu-raban. Tapi, tetap merendah diri dan tahu buat kerja dapur. Beb! Kalau gula dengan garam pun kau tak tahu beza, haru! Kerja pilah juta-juta pun. Tak guna juga. 

Bila masuk dapur untuk sediakan juadah tengah hari, kebiasaannya....

1.  Membasuh
Saya akan basuh semua pinggan-cawan-periuk kotor yang tak terbasuh sebelumnya. Manalah tahu sisa-sisa pagi tadi. Kan berkecah dapur tu. So, first thing to do haruslah basuh dan bersihkan semuanya. Kalau boleh, singki kena kosong dari apa-apa barangan. =D

Beb! Sekalipun kau tak reti masak, kalau dah buat step pertama ni mak mentua pun tak jadi nak berangin. Kihkihkih..

2. Kenal pasti menu masakan
Tengok barang-barang basah yang ada dalam dapur rumah atau rumah mak mentua kau tu, lepas tu buat quick decision nak masak apa. Penting tau! Sebab kalau kau pun tak tahu nak masak apa, macam mana nak siapkan bahan-bahan masakan. Ye tak?

Benda paling mudah, kau jumpa je mak mentua dan cakap lek lok,
"Mak teringin nak makan apa? Chek boleh masakan"


Walaupun dalam hati kau menyumpah-nyumpah tak reti masak. Hahaha.. Niat dan usaha kena ada. Tindakan datang kemudian. Tapi, biasanya kalau kau dah biasa dengan suasana dapur dan tahu masak yang asas, setakat nasi beriani dan nasi arab tu kau google je. Tak pun youtube. Zaman dah moden beb! Dari handphone tu bawa ke dapur duk buat main facebook, baik cari resepi. Ikut je step by step. InsyaALLAH menjadi punya.

3. Masak Nasi
Yup! Perkara paling utama kena buat adalah masak nasi! Tak kisahlah tengah hari tu nak makan nasi putih, nasi hujan panas warna warni atau nasi beriani pun, yang paling penting kau kena tanak nasi dulu. Sebab tanak nasi ni lama. Sementara tunggu nasi masak barulah boleh buat yang lain.

Dan nak masak nasi ni kena ada skills juga. Yang paling penting, selawat banyak-banyak. InsyaALLAH, menu tengah hari yang kau masak akan jadi sedap dan paling sedap dalam dunia. Sebab dimasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Wahhh..gitu! Ahaha...

4. Food Preparation
Masak tu kejap je. Tapi yang lama dekat prep ni. Fuh! Ponat weiii.. Kalau ikan tu baru balik dari pasar, kena pesiang dulu. Pastu basuh pula. Fiu~ Mujur mak kandung chek yang buat semua tu. Chek tinggal nak kupas bawang, potong sayuq dan masak ja.

Realiti mak mentua? Wallahualam.
Kau ada mak mentua kan? Fikir sendirilah. Yang belum ada mak mentua tu, tak payah nak serabutkan otak. Spend your time well with your own mom! 


Masakan paling asas dan paling mudah nak masak macam ayam masak kicap, kari ikan, gulai lemak cili padi, sambal sotong, kangkung goreng dan etc. Eh, banyaklah yang basic dan mudah sesangat untuk masak. Antara nak belajar dengan tidak je. Kalau nak lagi advance macam daging masak hitam, rendang ayam dan entah apa lagi tu, google jelah dekat laman sosial ye? Pak cik Google sedia berkhidmat untuk anda.

5. Masak!
Dah siap food preparation bolehlah mulakan aktiviti memasak. Biasanya, sayur masak last. Sebab sayur ni kalau masak awal-awal nanti tak sedap. Kihkihkih..

Kalau dekat dapur tu ada dua port masak, guna dua-dua sekali. Memasak ni kena parallel. Kalau nak masak satu-satu, jenuh weiiii.. Lainlah kalau memang ada 1 je dapur memasak. Kalau ada 2-3, guna aje serentak. Jimat masa. Mak mentua pun tak bising dok tanya bila nak boleh makan. Ahaks..



Tapi, bila dah guna banyak dapur tu janganlah pula pi dok berangan. Ado juga yang goreng ikan hangit karang. Dari elok-elok mak mentua nak upgrade jadi menantu kesayangan, terus kena downgrade jadi menantu tak reti masak. Ohnomnomnom..

Kalau dengan mak sendiri, biasanya kena bahan ajelah. Nak masak pun sibuk lagi berfacebook, twitter bagai. Mahunya ikan atas dapur tu tak hangit! Kihkihkih..

Lagi?
Oh ya! Dah siap masak tu, rajin-rajinlah kemaskan dapur semula ye. Dah reti guna, takkan tak reti nak kemas? Tak gitu?
Lepas tu, Hidanglah siap-siap makanan tu atas meja (kalau u olls makan atas mejalah). Siapkan semuanya lepas tu dengan lemah lembut pergilah panggil
"Mak, jomlah makan. Chek masak asam pedas ikan pari. Abang cakap, favorite mak"

Hahaha.. Korang dah kahwin kan? Pandai-pandailah buat ayat. Ayat standard saya,
"Mak, jom makan! Angah dah lapaq ni"

Muahahahaha... Dengan senyuman mak mai duduk dekat meja dan menikmati hidangan tengah hari. Wahhhh gitu!



Pandai ke masak Sara?
Perghhh.. soalan cepu mas tu. 
Jawapannya.. Bolehlah.. setakat nak hidup. 

Kalau kau tanya nama ikan selain kembong, pari dan jaket, saya pun menganga juga. Yang saya tahu, bila masuk pasar, ikan ni buat gulai. Ikan ni sedap buat sambal. Bla..bla..bla.. Kalau tanya nama ikan, hanya mampu sengih je.

Apa yang penting!
Jangan malu bertanya. Dan jangan segan untuk belajar sesuatu yang baru. 
Praktis make perfect!
Setinggi mana pun ilmu yang kita ada, sehebat mana pun kerja dan jawatan yang kita ada, dan sejutawan mana pun duit dalam bank, biarlah perut mak abah suami dan anak-anak kita diisi dengan air tangan kita. Sekali sekala ok je makan luar! Not a big harm dude!

Tapi kalau selalu? Lu pikirlah sendiri! Ok. itu je. Bye!




Harus dimiliki!

Friday, March 29, 2013

Salam Jumaat!

Hari ini saya nak kongsikan satu buku. Buku ni saya jumpa dekat Popular KL Festival City secara tidak sengaja..
Warna dan ilustrasi halaman hadapan menarik perhatian saya untuk melihat dan membelek buku tersebut.

Buku apa?
Naaaa....

Tadaaa...

 

Haa....
"Al-Quran pertama ku- Juzuk Amma"

Sangat awesome!
Di dalamnya ada asbabul nuzul bagi setiap surah-surah dalam Juzuk Amma. Dan kalau tak salah saya, Asbab maksudnya penyebab. Bila google, asbabul nuzul maksudnya...

  "Asbabun nuzul dalam bahasa Melayu bermaksud sebab-sebab sesuatu ayat itu diturunkan. Al-Quran ini telah Allah turunkan ke Luh Mahfuz secara sekali gus, tetapi diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur2. Sebahagian ayat-ayat Al-Quran merupakan refleksi kepada sesuatu peristiwa. Peristiwa itu merupakan sebab ayat itu diturunkan, dan ini akan memberi kefahaman yg lebih jelas tentang risalah Allah yg disampaikan oleh Rasulullah. Perlu diingatkan bahawa peristiwa-peristiwa yg berlaku itu telah tersurat dalam takdir Allah akan berlaku dengan kekuasaanNya, selari dengan ayat Al-Quran yg diturunkan beransur2 kepada Nabi S.A.W "

InsyaALLAH.. betul maksudnya itu.
Di dalam buku ni juga ada penceritaan dan maksud surah-surah Juzuk Amma. Pendekatan dan ilustrasi yang digunakan sangat menarik! Saya suka.. Berhajat nak beli, tapi sebab jumpa tanpa perancangan, saya hold dulu.

Lain kali, saya beli..
Dan pada pendapat saya, buku ini wajar dimiliki oleh kita semua. Lepas ni, bila nak dodoikan anak atau adik kecil tidur, tak payahlah dok baca kisah dongengan untuk jadi bedtime story.. Sebab kisah-kisah dalam Juzuk Amma ini lebih menarik untuk dijadikan sebagai bedtime story..

Semoga lepas ni, kita akan lebih memahami dan mengingati asbab penurunan surah-surah al-Quran.. InsyaALLAH..

Till then,
XoXo
 

 



Tahukah anda ? : Wujudnya Jambatan Hidup.

Sunday, March 17, 2013

Tahukah anda?
Tak rugi kalau sekali sekali kita menonton Siri Dokumentari di TV1..
Tambahan pula ketika TV3 menayangkan cerita hindustan yang agak membosankan..

Tahukah anda?
Reka bentuk bangunan/fasiliti yang terbaik di dunia adalah Jambatan Hidup?
Tahukah anda apa itu Jambatan hidup?


Living bridge!
Jangan ingat bas je ada double deck. Jambatan pun ada double deck ok! (^__^).
Cantik sungguh Jambatan hidup ni. Very-very natural sight-seeing.


Tahukah anda di manakah letaknya Jambatan hidup atau Living Bridge ini?

A bridge in Meghalaya constructed by the living roots of fig trees. This is actually "sustainable living architecture"

Tahukah anda?
Kalau nak tonton dokumentarinya, dijemput.. Tambah pengetahuan..

 

Dan tahukah anda?
Saya baru je tahu.. Hehehe...

Till then,
XoXo..




p/s : next would be "Masjid Lumpur"!



Belajar dan diajar~

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum....


Semalam, pergilah attend satu public talk yang dibuat di Dewan Jumaah, UTM IC kat sini ni. Ada dua orang speaker yang bercakap tentang learning and teching in higher education. Err.. macam tak ada kaitan je kan dengan apa yang tengah disibuk-sibukkan sekarang? Tapi, nak kongsi juga. Speaker pertama jelah ek..heee 


Speaker 1 : Prof. Elliot P.Douglas, University of Florida
Title : Effective Teaching in STEM Education.
STEM stand for Science, Technology, English and Mathematics. Tak ada kaitan dengan subjek EST yang ambil dalam SPM tahun 2005 dulu ok.. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, jom saya kongsikan 3 nasihat dari Prof.Elliot kepada pendidik-pendidik di luar sana.


1. Teaching is about student learning, not disseminating information
2. Your students are not like you
3. You must genuinely like your students, believe they want to learn and believe they have the ability to learn.


Haaa... Nasihat ini sangat penting dan ada benarnya. Faham tak? Ke ada yang tak faham? Kalau ikut pemahaman saya, untuk nasihat yang pertama tu.....


Teaching means pengajaran yang kata akarnya adalah ajar/didik. Mengajar untuk pelajar belajar. ^^,. Bukannya mengajar untuk mencerakinkan maklumat. Pelajar datang untuk belajar dan diajar supaya yang kelam jadi cerah, yang tenggelam jadi timbul, yang samar jadi jelas. Mereka datang belajar dan diajar untuk memahami dan mengetahui. Jadi, janganlah asyik mencerakinkan maklumat sehingga yang tenggelam terus tak timbul, yang samar terus tak jelas. Ahahaha.. Faham ke tidak? Tak pandailah nak buat ayat. Tapi yang penting, ajar mereka apa yang mereka tidak tahu. Dan ajar mereka sehingga mereka tahu apa yang mereka tak tahu.. Jangan komplekskan pengetahuan mereka dengan aktiviti cerakin maklumat yang lebih kepada aktiviti syok sendiri.. heee..


Untuk nasihat yang kedua pula: Your students are not like you..
Ya! that's right. Janganlah samakan IQ mereka dengan IQ kamu ketika kamu di usia mereka. Pastinya berbeda! Jangan juga samakan pengetahuan mereka dengan pengetahuan kamu ketika kamu di usia mereka. Mestilah tak sama! Know your students! Kenal pelajar kamu. Kelebihan dan kelemahan mereka. Dan dari situ tackle mereka. caranya? Masing-masing punya kaedah yang berbeza.. Just take note that "mereka bukannya kamu ketika di usia mereka!".


Nasihat yang ketiga... Urrmmm..simple! Like and believe! Yakin dan percaya pada kemampuan mereka. Mereka datang, maknanya mereka hendak belajar. Mereka gagal bukan kerana mereka mahu gagal. Tapi mungkin apa yang kita sampaikan tidak sampai pada mereka. Jangan asyik cari salah pelajar atas kegagalan mereka. Cuba post-mortem semula teknik pengajaran dan pembelajaran yang kita gunakan. 


Saya tabik pada warga pendidik di luar sana. Sungguh! Tugas mendidik anak bangsa adalah tugas yang paling mulia!... Berbahagialah kamu dengan amanah yang diberikan itu..


Saya sayang cikgu-cikgu saya. Anda bagaimana?


p/s:
cikgu-cikgu di SRB Mejar Jenderal Dato' Ibrahim (1995-1997), SRK Wira Penrissen(?)(1997-1998)-> hahaha..tak ingat nama sekolah.. yang pasti depan kem penrissen tu.. , SK Haji Hasan Itam (1999-2000), MRSM PDRM (2001-2005), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2006-2007) dan Universiti Teknologi Malaysia (2007-2011)...





Cuba teka.. (-o,^)'

Sunday, November 28, 2010


Hai..hai..hai..
hari ni nak main teka teki sikit.. 
saja nak menambahkan pengetahuan korang-korang semua..

Teka-teki hari ini...
Apakah nama tumbuhan di bawah ini?????
Kalau tuan hamba bijak bistari, jangan malu jangan segan sila tinggalkan jawapan di ruangan komen..

Haaaa....sapa dapat jawab, sila angkat kaki dan tangan anda sekarang.. hehehe...


Pertama kali saya tengok daun ni masa balik kampung tok dekat Kubang Sepat Raya Aidilfitri hari tu.. Mak insist sangat nak petik daun ni.. Katanya sedap buat sayuq ayaq.. huh, sayuq apa plak tu? Urmm...sejenis makanan..itu pasti..


Mak cakap lagi.... arwah Wan dulu suka sangat makan sayuq ni.. Rupa dia dah macam sayur bayam.. tapi dia tumbuhan menjalar.. ala-ala pokok sirih..

Jom kita zoom dekat sikit...


Itu buahnya.. dah macam blueberry je...hahaha...
Mak kata lagi, daun ni elok tuk ubat penyakit batu karang.. Mula-mula tengok, tak terasa nak makan. Tapi bila mak masak buat sayuq manis, fuhh sedap gak.. Hehehe..
Kalau kena ghupa, dok kampung tak yah kuaq duit pun bleh makan sedap2..


Buah dia ni orang tak makanlah..simpan buat benih.. 
Itulah kisahnya.. Ok..selamat meneka... 
Teka jangan tak teka..

Hadiah??
Urmmm..tak tahulah..tengoklah..nanti saya fikir nak bagi apa.. tak de tarikh tutup..saje suka-suka..



Keabadian Masa Dan Hakikat Takdir

Monday, May 17, 2010


Buku “Keabadian Masa dan Hakikat Takdir” ditutup rapat. Buku yang berasaskan fakta yang dibaca semula dua hari yang lalu akhirnya sampai jua ke muka surat terakhir. Kebenaran yang dirungkai membuatkan aku terfikir berulang kali. Andai benar apa yang dihujahkan lewat terbitan buku setebal 138 muka surat ini, sememangnya aku antara manusia yang berada dalam kerugian.

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..”

Kenapa aku katakan aku antara manusia yang rugi? Kerana aku antara manusia yang sering mengejar keduniaan. Manusia yang tahu bersyukur tetapi sukar untuk sujud kepada DIA yang satu. Penulisan Harun Yahya yang telah dialih bahasa ini sedikit sebanyak membuka ruang mindaku. Membuka mataku yang selama ini sering ditutupi kebendaan. Aku inginkan kemewahan yang pada hematku akan menjamin kehidupanku pada masa hadapan.

Aku sering idamkan banglo yang besar untuk keselesaan seisi keluargaku. Tetapi aku sering lupa untuk mencari sebanyak mungkin bekalan untuk kehidupan hakikiku di dunia yang sebenarnya. Kehidupan di dunia realiti ini hanyalah sebuah pengembaraan dalam mengumpul bekalan untuk kehidupan yang lebih kekal. Tapi, aku sebagai manusia biasa sering terlupa tentang fakta yang satu ini.
KEABADIAN MASA DAN HAKIKAT TAKDIR

Membaca tajuk, pada mulanya aku tidak menangkap apakah yang cuba disampaikan oleh penulis. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk membaca setiap rangkaian huruf yang membentuk ayat itu. Pada peringkat awal aku membaca, bagaikan sesak pemikiranku dengan 1001 fakta yang dihidangkan. Seakan tidak mampu dicernakan oleh kotak mindaku. Hasilnya, buku ini ku letak ketepi. Seakan tidak mampu untuk menghabiskan keseluruhan isinya. Dan hari ini, setelah empat hari berehat di rumah, aku manfaatkan masa-masa lapangku untuk menghabiskannya.

“Kepercayaan kepada satu dunia luaran yang terbentuk di dalam otak kita hanyalah satu tindak balas yang terbentuk di dalam otak kita oleh isyarat elektrik”

Inilah titik permulaan atau asas utama kepada kefahaman teks yang seterusnya. Sukar untuk memahami kalau kita cuba untuk mengekang kotak fikiran dari menerima sesuatu yang lebih meluas. Malah, dalam buku ini turut memuatkan petikan kata-kata dari saintis-saintis dan ahli falsafah berkenaan fakta yang dihujahkan. Penemuan sains membuktikan apa yang diceritakan di dalam kalam Allah itu. Penemuan yang kukuh untuk menyangkal falsafah ahli materialism bahawa kehidupan manusia adalah berasaskan kebendaan.

“Kita mempercayai kewujudan benda-benda hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia digambarkan kepada kita melalui persepsi atau tanggapan kita.”

Sebuah persepsi? Dalam erti kata lain, ia hanyalah imej yang terbentuk semata-mata mengikut prospek pemikiran kita. Andai objek, binatang, manusia yang terbentang di balik retina kita hanyalah sebuah persepsi semata-mata, apa pula yang akan menjelaskan kebenaran kepada lima deria milik kita? Sememangnya buku tulisan Harun Yahya ini mengupas isu ini dengan lengkapnya. Apa yang kita lihat umpama sebuah mimpi. Dalam maksud yang mudah, kehidupan kita di dunia luaran ini sebenar-benarnya adalah sebuah mimpi. Bila kita akan dibangkitkan dalam kehidupan yang abadi, hanya DIA yang mengetahui. Untuk lebih memahami isi yang hendak disampaikan ini, aku cuba memahami konsep mimpi saat kita lena.

Bila tiba waktu untuk beristirehat, pastinya tilam dan bantal menjadi sasaran. Mengharapkan mimpi indah menemani malam hari. Adakalanya, apa yang dimimpikan sangat indah. Sehingga tidak terasa untuk bangun dan keluar dari keindahan mimpi. Namun ada kalanya, mimpi yang dialami amat mengerikan. Seakan tidak mahu lena. Mengharapkan siang masih panjang.

Begitulah kehidupan yang sedang kita alami sekarang. Sangatlah rugi kalau masa yang ada tidak digunakan sebaiknya untuk mengumpul bekalan bagi kehidupan yang abadi. Bagi yang ingin memahami lebih mendalam, rajin-rajinkanlah diri anda untuk membaca buku ini. Sebuah buku hasil penulisan Harun Yahya. Andai saya tidak tersilap, buku Harun Yahya banyak yang diolah ke bentuk e-book.

Marilah membaca…Membaca amalan yang mulia…

Sahabat Dunia Akhirat

Saturday, May 15, 2010

Assalamualaikum... Ohayou!!!!

Hari ni nak tulis pasal Sahabat Dunia Akhirat. Kebetulan pula, pagi tadi buka jer TV muncul Fitrie Yahya ngan Ust. Hasrizal. Kalau tak silaplah. Dalam slot Motivasi Pagi. TV3. Actually tak berniat pun nak tengok. Nak iron tudung sebenarnya. Al-maklumlah.. Orang bercuti, saya kena g keje! Half Day!. Tengah2 dok iron tudung ni, bukalah TV. Tajuknya pun best juga. Sahabat dunia Akhirat. Tak wrote down pape pun. cos tengah menyeterika. Tak cukup tangan nak pegang Pen and kertas. But adalah isi2 yang tertangkap di kotak minda ni..

Antaranya...

Dalam 7 golongan yang akan mendapat keteduhan di padang mahsyar nanti adalah:

Dua sahabat yang berkasih kerana Allah Taala.

****Ok! take note ye pada mereka-mereka yang banyak pengetahuannya berbanding saya. Tegur andai yang tertulis ini salah.

Urmm.. Tinggi nilai persahabatan ni. Bila kita nak berkawan mesti kita fikir nak kawan dunia akhirat. Tak mau kawan time duniawi jer. Akhirat none!.. Tak buleh..Tak buleh cenggini.

And yang paling menarik minat saya tuk mendengar lagi slot motivasi ni adalah:

Ust. Hasrizal ni ada cakap;

Kawan yang baik adalah kawan yang berjaya, bukan sorang-sorang. Tapi dia berjaya sebab kawan-kawan dia berjaya. Dia berjaya membawa kawan-kawan dia untuk sama-sama berjaya.

*** Ayat ni ayat saya sendiri. Point yang disampaikan tu baru point Ust. Hasrizal.

Dan banyak lagi input-input yang menarik. Yang paling penting, dalam membina sebuah persahabatan...Kita tak leh KEDEKUT!!

Bukan je KEDEKUT dari bab DUIT. Yang lebih PENTING...JANGAN KEDEKUT ILMU!!
Bukankah ilmu tu akan berkembang kalau kita kongsi-kongsikan? Dan Ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada orang lain, kenapa nak disembunyi-sembunyikan. Betol tak? Setuju tak?

Dan Kalau boleh, dalam berkawan ni, janganlah kita KEDEKUT MASA. Maksud saya kat sini, bila kawan kita dalam kesusahan, janganlah KEDEKUT sangat dengan MASA kita. Masa ni kawan kita sakit, dalam kesusahan dia minta tolong kita. Tapi kalau kita terlalu pentingkan diri, agak-agaklah kan? kalau esok-esok kita pula yang jatuh sakit. yang susah, kawan kita ni nak tolong tak? Fikir-fikirkanlah ek? Tak yah r sampai kawan minta tolong kita temankan dia jumpa doktor ke, pergi hospital ke, kita bagi alasan;

Homework aku banyak, tak siap lagi. Tak bulehlah wei, aku banyak kerje. and macam-macam lagi..

Tolonglah berperikemanusiaan sikit. Bukan mahal pun harga yang perlu dibayar untuk sebuah pertolongan tu. Lagipun, dia minta tolong teman je. bukannya dia suruh korang terjun bangunan ke. Pergi disko ke. Buat benda ngarut-ngarut kan?

*** Tapi tak taulah kan kalau dalam world ni ada juga spesies yang minta upah bila kawan minta tolong.. hehee.,..

Hehe..Okeylah.. macam dah mengarut. Kang ada yang ingat saya nak lepas geram plak kat dalam blog ni. Tapi sukacita ingin saya tekankan disini adalah.. Jagalah persahabatan yang telah anda bina. Jangan kerana sikap yang egoistik, pentingkan diri dan segala yang negatif itu merosakkan persahabatan anda.

Okeylah...
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. ('o,')

わたし は だいがくせい です。。。。

Thursday, April 1, 2010


わたし は だいがせい です。。。

Bila Exam semakin hampir.....

Hari ni nak ambil mood study..sebab exam dah dekat. Tak habis-habis dok buat benda lagho..entah bila nak kembali fokus...Astaqfirullah...

********************************************************************

はじめまして

わたし は さら です
わたし は おんな の ひと です
わたし は UTM の FKE の だいがくせい
わたし の せんもん は でんき こうがく です
わたし は 3ねんせい です

わたし は MARESHIA の KEDAH から きました
わたし は 22さい です
どうぞ よろしく おねがいします。。。。。

********************************************************************

Kembali ke bahasa ibunda kesayangan saya, bahasa Melayu. Nak tahu apa yang saya tulis kat atas tu? Inilah tulisan hiragana. Yang paling asas. Bagi yang pernah belajar bahasa jepun, mesti tahu macam mana nak baca. Bak kata sensei saya, tahu baca tapi tak faham sebab saya baru 100% celik hiragana walaupun nak membaca pun macam merangkak-rangkak jer. Tapi apa yang saya tulis ni saya faham.

Kalau nak temuduga dengan company Jepun, leh r guna pengenalan diri yang ringkas ni. sure kagum orang yang mendengar walaupun hakikatnya, kita tak terror mana pun.



STUDY..STUDY..and STUDY.. Exam is just around the corner.. i need something to boost up my focus..my mood..apakah???

Jadual Peperiksaan saya:

7hb April 2010
Reading _ 2.00pm_P16
&
Japanese Language 1_8.00pm_DSI

9hb April 2010
Clinical_9am_p05-305




11hb April 2010
Anatomi & Fisiologi _9.00am

14hb April 2010
Instrumentasi_9.00am_P05-105

All The Best SARA!!!..All the best my frends!!!...
がんばって ください!!!



"Senipis Kulit Bawang"

Thursday, February 4, 2010

Suatu Renungan untuk masa hadapan......

Sebuah artikel hasil penulisan seorang hamba ALLAh yang hanya ingin dikenali sebagai DR Aii...
Perkongsian ringkas tapi padat. FREEMASON, ILLUMINATI dan ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH..

Isu-isu yang sedang berlegar di ruang nafas masyarakat kini. Isu-isu yang sedang merobek iman anak muda.. isu-isu yang mula menggugah fahaman islamik anak muda...Isu-isu yang mungkin akan merosakkan akidah kita suatu hari nanti kalau pendekatan islamik yang sebenar-benarnya tidak digunakan......



Renungkan bersama.....Selami erti Islam yang sebenar-benarnya...




"Genggamlah islam seperti menggenggam bara api sampai jadi arang....Gigitlah islam dengan gigi geraham sekuatnya. Yakinlah Islam adalah agama yang benar....ISLAM IS THE WAY OF LIFE....Wallahualam...."