Sara ingat nak buat satu segmen. R&B.. Hahaha..apa segmen tu? Ala-ala Muzik R&B..Ngee... Tapi....
Urmmm..tengoklah nanti kalau betul-betul serius nak buat. Nak buat kena istiqamah.. Kalau tak nanti, marah kawan-kawan blogger ye dak? Ok.. Tinggalkan dulu kisah ini.
Hari ni Sara nak kongsikan sebuah cerita. Ini adalah realiti. Tiada rekaan. Kenyataan semuanya. Al-kisah berlaku semasa Sara balik bercuti ke Kedah minggu lepas. Kan ada cerita dalam entrie sebelum ni al-kisah ber"re-union" dan attend wedding kawan.
Ok. Kira sambunganlah ni..
Habis je wedding tu, lepas dah bergambar dengan pengantin, sara bagitahu pada kawan-kawan yang sara nak balik. And diorang pun nak pergi Pulau pula lepas tu. Pulau di sini adalah Pulau Pinang.(^o,-)
Al-kisahnya, dari Nibong Tebal kami gerak ke Tikam Batu sebelum pergi ke Sungai Petani. Sebab Sara ambil bas dari Sungai Petani ke rumah. Senang nak turun depan taman rumah. Kalau tak salah, Sara naik bas pukul 6 masa tu. Naik double deck. Duduklah atas since kat bawah dah full kan? Note:- Bas ni henti-henti bukannya bas ekspress..
Al-kisahnya, tengah relaks-relaks atas bas double deck tu sambil melihat panorama alam dari balik tingkap, tetiba dengar orang bernafas yang sangat kuat dah laju.. Hap hap hap.. Cam pelik, pusinglah belakana konon-konon nak "take a look" j..hee..
Sekali kan? Sekali nampak ada seorang gurl ni tengah semput. Muslim. Dan dekat deck atas tu cuma ada 3 orang perempuan je including dia dan saya. Selebihnya lelaki.. Dalam 4-5 orang lagi. The other gurl is indian. This indian girl yang duduk dekat dengan this malay girl, bangun g tengok malay girl. Blur blur pun, at last sara bangun juga. Nak tengok apa yang berlaku. But suddenly, nafas malay girl ni sangat laju. Muka pun dah pucat. Cuak beb! Apa nak buat??? Help!!!
"Bagitahu pak cik bas!" Spontan sara bagitahu. Sebenarnya dok kalut. Amik phone dia. Tanya dia nak contact siapa ni?
Dia tunjuk 1 name pada contact list tu.. But then, orang yang dihubungi tak nak angkat.. What der? Sudahnya dia mesej btau "Ada pape sms je tak payah call.."
Aigoo... tengah emergency kot ni.. Dia punya phone dah lah maju sangat. Sara ni failed sket dengan telefon hebat-hebat ni..
"Isy, macam mana nak guna phone ni??" Haa..antara yang kaluar dari mulut bila dah kalut-kalut ni..heee.. Tak lama lepas tu, tangan dan badan dia pula yang dah kejang. Biasalah bila bernafas tak teratur dalam erti kata lain, semput..Oksigen tak sempat circulate dalam badan. Saya pernah jadi dulu.. (^____^) Bila dah crame, lagilah kalut jadinya kan?
Pak cik bas naik. Ye suh bawa this malay girl turun bawah since atas tu agak beku sket. Nak dijadikan cerita, i ni dahler berbaju kurung, nak kena bawa this malay gurl turun tangga dalam bas yang sedang bergerak. Mujur ye pakai seluar..so, i jaga diri i dululah.. Takut pula terselak sana sini masa pimpin dia turun.
Sampai kat bawah, ramai plak lelaki.. Adalah seorang mak cik dan kakak tu.
"Telefon ambulanslah.."
"Err..mana tahu no.phone ambulan dekat sini.."
"Jap-jap, pak cik driber ni tepon wife dia, nurse.."
"Telefon 999..bagitahu nak ambulans.."
Dalam hati "Aku ke yang kena telefon?.."
Ala..sudahnya tekan jugalah 999..
"Saya nak ambulan.. Ada orang semput dalam bas.."
"Bas tu di mana sekarang?."
"Bas tengah bergerak. Dari Sungai Petani ke Alor Setar. Sekarang..sekarang..Kejap ek....
Pak Cik, kita kat mana sekarang?.."
"Dekat Sg.Limau.."
"Haa..dekat Sg.Limau."
"Apa nombor pendaftaran bas?."
"Ha?? Pak cik, dia tanya no.bas?"
"ABC1234" rekaan ye..
"ABC1234"
"Bangkok ke Philipines?"
"Laa..Pak cik ngarot apa ni.. Saya kat Sg.Limau on da way ke Aloq Staq jalan biasa. Saya nak ambulans, bila waktu pula sampai Bangkok dengan philipines ni?"
Serabut weh.. dahler nak tengok dah nak sampai kawasan rumah ke belum. Tetiba tanya soalan gini plak..
"Err.. tak pelah saya sambungkan ke Hospital Yan." Lah..nak minta ambulan pun susah!..
"Ye Cik Saradatul, apa boleh saya tolong?.." Eh, tahu nama aku? Gasaklah.. Kena cerita lagi? sabar je...
"Pak cik kita kat mana dah ni?."
"Kota Sarang Semut.."
"Wallaweh.. Pak Cik, saya nak berhenti dekat Simpang Empat. Dah sampai nanti bgth ek."
"Ambulan mana?."
"Pak cik ambulan suh pak cik bas bawa bas slow-slow.. Ambulan dari Yan nak kejar.."
Beberapa minit kemudian...
"Cik Saradatul, Sekarang dekat mana ye? Kita hantar bas dari Alor Setar.."
"La pula..."
"Bak handphone dia. Saya nak turun dah.. nak amik no.dia..If orang ambulan call saya bagi no.dia pula.."
Hari dah makin kelam. Janji dengan mak n abah lepas maghrib nak antor adik balik hostel plus jenjalan cari barang..
"Dik, dah sampai Simpang Empat."
"Ok. Terima kasih Pak cik. Ambulan tu dari Aloq Staq. Saya dah btau dia no.bas.."
Turun depan medan MARA. Call adik, minta ambilkan depan Ministore..
Sampai rumah, telefon berbunyi.
"Cik Saradatul, sekarang bas ada dekat mana?."
"Err.. saya dah turun dari bas.. Tapi baru je 5 minit yang lepas bas gerak dari simpang empat.."
"Owh..5 minit yang lalu?."
"A'a.."
"Oklah.. Kami telefon cik saradatul sebab nak dapatkan maklumat sebab cik saradatul yang telefon tadi.."
"Baiklah. Maaf, saya tak boleh follow orang sakit tu sampai ambulan sampai.."
Fuhh..gitulah corat coret kisah petang-malam sabtu lepas.. Penat sungguh.. Oh ya! Malam tu gerhana bulan..
Haaa..panjang pula cerita.. point dia, bila buat panggilan kecemasan ke 999, mereka ada rekod maklumat kita. Tak sempat berkenalan pun..Tup tup orang yang menerima panggilan kecemasan dari saya tahu nama saya. Memula pelik juga.. Tapi bila fikir secara logik, barulah tahu..
(^____^)
Dah tak tahu apa yang berlaku pada that malay girl. Ada juga saya telefon, tapi tak berangkat.. Tak pelah.. Saya telefon 999 sebab memang ada kecemasan. Dan semoga that malay girl tak apa-apa..
Now..i rest my case..hahahah..