Salam Maal Hijrah

Thursday, November 24, 2011

Salam Maal Hijrah.. 1433Hijrah!!


Wah.. ter"advance" pula.. Tak sangkakan? Begitu cepat masa berlalu. Tahun baru islam bakal menjelma. Urmm..kena fikir azam tahun baru ni.. Tak payah tunggu New Year yang itu.. Buat azam masa tahun baru islam kan lebih afdhal.(^______^).. Azam 1432H? Urmmm..alhamdulillah..dah pun tercapai. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang mengaturkan setiap sesuatu di muka bumi ini. Bersyukurlah..

1 Muharram 1433H jatuh pada hari Sabtu ahad ni.. Bersamaan dengan 27hb November 2011. Semoga kita diberikan kesempatan untuk duduk dan membacakan doa akhir tahun dan awal tahun. Lebih manis bila tahun ini diakhiri dengan bacaan doa dan tahun baru dimulakan dengan bacaan doa. Lagi sehari lebih je lagi..

Ikut kalendar islam, hari baru bermula lepas maghrib kan? Urmm..teringat sambutan maal hijrah masa dekat mrsm dulu. Sambutan yang saya maksudkan adalah bila mana orang ramai berpusu-pusu untuk mengimarahkan masjid dari sebelum maghrib sehinggalah beredar selepas isya'. Saya rindukan suasana itu..(-_____-) 

Jap..jap.. Kalau 1 Muharram itu jatuhnya pada hari sabtu, dan ikut kalendar islam lepas maghrib dah masuk hari baru..maknanya maghrib esok dah masuk 1 Muharramlah kan? sebab hari ni dah 29 Zulhijjah.. Am i right?? Urmmm.. so, sebelum maghrib esoklah baca doa akhir tahun dan lepas maghrib baca doa awal tahun kan? Kalau hari sabtu baru nak baca, dah masuk 2 Muharram.. Eh, betul ke tidak aku ni?? Urmm..tido dululah..esok mesti tahu jawapannya..

Adios..Oyasumi minnasan~

p/s: kalau sempat, esok nak kongsikan pula tentang 10 Muharram.. atau orang-orang kita panggil hari Asyurra.. Sana sini orang akan kacau bubur asyura..=D


psssss...planner i salahlah.. ye tulis sampai 29Zulhijjah je..Huhuhu..by the way dah azan maghrib.. Yok solat..lepas tu kita baca doa awal tahun..


Salam Maal Hijrah 1433.. Selamat Tahun baru buat semua muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk muka bumi ini..(^____^) Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. Jom berhijrah!!

1 comments:

maszull said...

assalamualaikum sara...selamat tahun baru Hijrah...:)