Jom Kahwin!

Saturday, April 7, 2012


Jom Kahwin! Hahaha... Tajuk tak boleh blah kan? Tak tahu nak letak tajuk apa. Gasak je lah kan? Kalau tulis diary dalam buku, tak payah susah-susah nak pikir letak tajuk apa. tapi dah buat virtual diary, gasak jelah kan tajuk apa pun? Ngee.. Ha! Heee... Bukan-bukan. Tidak seperti yang kamu fikirkan.. Sahaja nak kongsi-kongsi tentang 4K yang sedang berlangsung dekat Aloq Staq ni. 4K ini adalah Karnival Kahwin-Kahwin Kedah. Karnival ini diadakan selama 3 hari bermula semalam, 6/4/2012 sehingga esok, 8/4/2012. Kalau tak salahlah kan.. Dekat mana? Dekat Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Dekat dengan Mahkamah baru tu..
 

Ada apa? Haaa.. macam-macam ada. Niat sebenar pergi karnival ni sebab ye kata ada pameran perkahwinan Di Raja Kedah. Perkahwinan di raja beb! Itu yang nak pergi tengok tu. Selebihnya? Selebihnya, dipenuhi dengan booth-booth perunding perkahwinan yang turut serta. Perghhhh... banyak sungguh booth a.k.a banyak sungguh pakej-pakej perkahwinan yang disediakan. Tak terkiralah. Sana sini orang hulur flyers pakej. Ada pakej fotografi, busana, pelamin, meja makan, kek tingkat-tingkat dan pakej door gift pun ada!

Dipendekkan cerita, apa-apa yang berkaitan dengan kerja kahwin-kahwin ni semuanya adalah. Sesuai sangat untuk bakal-bakal pengantin di luar sana. Ahaks.. Masa-masa macam nilah pun diorang nak buat promosi sehingga 70% potongan, percuma itu ini.. Kalau rasa-rasa memang tengah merancang nak berkahwin tak lama lagi, bolehlah pergi serbu ke stadium ni. Parking? Tak payah risaulah. Parking besar. Luas. Orang pun taklah ramai sangat! 

Benda yang paling suka bila attend karnival macam ni adalah dekorasi dan hiasannya. Heaven pada saya. Hik hik hik.. Tapi, dalam banyak-banyak tu saya suka dengan hantaran dari kraftangan mengkuang ni. Memang kampunglah kan? Tapi, saya memang pencinta kraftangan. Unik dan terserlah kemelayuannya di situ. Unsur tradisional yang tak luput dek zaman. 
Karnival ni tak adalah sebesar Karnival Jom Heboh TV3 mahupun Sua Rasa TV9. Kalau berjalan tiada tujuan, sejam pun dah cukup nak melawat semua booth. Tapi kalau berniat nak survey-survey harga pakej photoshoot, pelamin dan sebagainya, take your time. Stadium tertutup ni sangat sejuk.. Walaupun cuaca di luar panas membahang.. =D

Oklah tu.. Menjamu mata dulu. Kalau nak tunggu kahwin baru nak pergi karnival macam ni, tak tahulah bila kan? Sementara tengah lapang-lapang ni, moleklah pergi berkunjung ke karnival ini. Dibuka kepada umum mulai jam 10.00pagi sehingga 10.00 malam. Masuk adalah percuma... Jomlah datang beramai-ramai!.. Heee~






0 comments: