Oh! Sentap kejap! Kita nak tegur sebab tak nak awak hanyut dan terus rosak. Dan yang paling penting, kita tegur sebab kita sayang awak. Awak teman kita. Mestilah kita sayang kan? Tapi, macam ini respon yang saya dapat? "Jangan sibuklah!"..
Aih, mestilah kita kena menyibuk awak. Bukannya apa, esok-esok kalau jadi yang bukan-bukan, awak tarik juga kita suruh menyibuk. Jadi, sebelum jadi yang bukan-bukan baiklah kita menyibuk sekarang..
"Isy, kau ni tak ada kerja lain ke? Sibuk nak jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri sudahlah!"
Awak marah ke? Nak kata kita ni tak ada kerja, bohonglah kan? kita bukannya ada bapa gula dan ibu gula nak bagi duit bulan-bulan tanpa buat apa-apa kerja. Tapi, kalau bukan sekarang, esok-esok awak menambahkan juga kerja kita dengan perihal awak. Baiklah kita kerjakan dulu sekarang. Orang kata, buat kerja jangan tangguh-tangguh.. Sibuk nak jaga tepi kain orang? Aih, awak. Bila zaman pula awak pakai kain? Jangankan kain batik, kain baju kurung pun susah kita nak tengok awak sarung tahu tak? Bila pulanya saya sibuk jaga tepi kain awak?
Beberapa bulan kemudian....
"Kau cakap senanglah, yang tanggung aku!"
Aih, memanglah.. Cakap pakai mulut. free dan tak menyusahkan sesiapa. sebab tulah jadi senang. Awak nak saya cakap susah ke?? Lagi satu, dah awak yang buat, memanglah awak yang tanggung. Takkan tetiba awak buat, kita yang kena tanggung? Dulu kita bising-bising, sibuk-sibuk.. Awak kata kita tak ada kerja, sibuk jaga tepi kain awak. Sekarang?
"Ye lah..yelah.. Kau nak tolong ke tak?"."
Isy, awakk... kita bukanlah tak nak tolong.. Tapi, belum tentu awak terima apa yang kita akan katakan nanti. Maklumlah, kita ni tak ada pengalaman lebih macam awak. Nasihat kita? Aih, tak pasal-pasal awak tong sampahkan je nanti. Baiklah kita diam. Kain baju kurung kita ni pun tak terjaga sangat dah..
^^,
*****************************
Pernah tak? Pernah tak? Heee.. selalu sangat kita dengar orang cakap "Jangan Sibuklah!".." Kau! Jangan jaga tepi kain aku boleh? Diri sendiri tak hebat mana, sibuk nak jaga hal orang!" Berdesup lalu tepi cuping telinga. Sentap beb! Sentap!.. Tapi, hakikatnya tak boleh pakai dah ayat ni. Mahu atau tidak, kita kena jaga tepi kain orang. Dan sebagai masyarakat yang prihatin, kita WAJIB jaga tepi kain orang. Jaga je. Jangan menyibuk nak mengata orang pula!.
Nak jaga macam mana? Aih, tunduklah tengok tepi kain tu kotor ke tidak.. ^^,
Dalam erti kata lain, selain daripada menjaga hal diri sendiri, kaum keluarga dan anak-anak.. Sangatlah wajar kalau kita luangkan sedikit masa untuk ambil tahu hal orang sekeliling kita yang lain. Contohnya, eh! Mamat mana pula yang bagi gula-gula lollipop dekat anak si Minah ni? Meh, aku snap sket muka mamat tu. Eh, eh... sesuka suki je mamat ni pegang-pegang anak Milah jiran sebelah rumah aku nih.. dan macam-macam..
Bukannya apa, kalaulah tetiba jadi macam ni...
"Semah! Semah! kau nampak tak adib? Anak aku tu.." Riuh sekampung anak hilang. Sekurang-kurangnya dek kerana jaga tepi kain orang tadi, bolehlah juga membantu Minah yang hilang anaknya tu.
Kau kenapa Minah? Macam tak ketahuan je aku tengok.
"Milah, anak aku. Adib! Dari tadi aku cari, tak jumpa-jumpa. Kau ada nampak dia tak? Tadi dia main dekat-dekat situ."
Laaa.. anak kau tak balik lagi ke Minah? Jap-jap. Tadi aku nampak ada dua orang mamat ni dok bagi gula-gula lolipop kat anak kau..
"Mamat? Kau kenal tak?."
Aku pun tak tahu sangat siapa diorang. Tapi, sempat jugalah aku snap gambar diorang. Hansem habaq kat ang! ^^,
Tup tup.. rupa-rupanya, mamat-mamat tak cukup akai tu yang culik anak si Minah ni. Mujurlah Milah ni sibuk jaga tepi kain orang. Dapat juga dia tolong bagi informasi dekat polis. Kalau Milah ni buat dek jee, matilah budak tu tak sempat jumpa mak bapaknya..
Samalah juga halnya dengan situasi yang ini pula..
Dulu, aku cakap hang kata aku berleteaq. La ni, dah susah tau pula hang cari aku. La ni, hang ceghita kat aku pokok pangkal akaq semualah pasai ni. Memang aku nak jadi busybody sat! Tapi bukanlah busybody sampai tergadai body macam hang. Aku nak busybody jaga tepi kain hang sebab nak tolong hang juga! Nak aku tolong, cerita sampai timbul semuanya. Aku tak mau yang tenggelam-tenggelam, tersirat sampai berselirat semua tu. Esok-esok, yang bersirat selirat nilah nak nyusahkan aku. Hang story sampai aku puas hati..
Tapi....
Nak juga tapi-tapinya. Dahlah. Suruh aku tolong. Dah aku nak tolong, nak main aci sembunyi pula. Ingat aku ni banyak masa agaknya nak aci-aci sembunyi.
Yelah-yelah..
Dari A sampai Z bercerita. Puncanya? Sebab tak dengaq cakaplah. Dolu-dolu lagi orang dah pesan. Tapi dah mindset dok karang kata manusia-manusia yang tengah berletiaq ni hanya sibuk nak jaga tepi kain dia, itulah jadinya. Nasihat macam masuk telinga kanan berdesup keluaq telinga kiri. Orang cakap, buat tak gheti. Bila dah kena, sibuk pula suruh orang tolong. Atas dasar peri kemanusiaan dan nak jaga tepi kain kau untuk masa depanlah, wujud manusia-manusia ni membantu.
Jadinya, sebagai konklusi untuk Jumaat petang ni, kalau orang bagi nasihat tu, dengaq! Tak ada pengalaman, tak bererti tak da ilmu! Takkan nak bagi nasihat, kena ada pengalaman dulu? Agak-agaklah kan? Kalau pengalaman kerja, pengalaman mengajaq dan diajaq tu bolehlah terima juga. Kalau pengalaman putus cinta, ditebuk madu dibuang sepah(?).. Aih, tak perlu pengalaman kot sebab ilmu tu lagi penting dari pengalaman yang entah apa-apa tu. Lagi satu, kalau orang dok sibuk jaga tepi kain hang tu, bergumbiralah selagi dia tak menjaja kisah hang. Pasai apa? Pasai dia sayang kat hanglah dia jaga tepi kain hang dengan jayanya!..
0 comments:
Post a Comment